Home » , » Masa yang berlalu begitu pantas..

Masa yang berlalu begitu pantas..

Assalamualaikum... 
Hari ini aku pergi ke kuliah seperti biasa. Agak malas sebenarnya. Tapi ku gagahkan jua diri ini. Dalam kuliah aku rasakan mata aku berpinar-pinar. Rasa seperti semua perkataan yang keluar dari mulut lecturer Somalia aku tu menari-nari atas kepala aku. Aku tengok nota, aku nampak katil. Aku tengok lecturer aku nampak bantal. 

Inilah akibat kelampauan aktiviti malam. Syok sangat surf internet sampai tak sedar dah pukul 2:00 pagi. Cepat sungguh masa berlalu. Aku ambil handset tengok tarikh. Dah nak masuk bulan 4! Aduh! Bila fikir-fikir balik, apala perkara berfaedah yang aku dah buat dalam semester ni di UUM.hmm.. Harap-harap adala..huhuu. 

Tiba-tiba aku teringat yang 28 Mac hari itu besday rumet aku! Dah cukup 23 dah yer Ain Atiqah. Dah boleh kahwin!..heheh.. Apa-apa pun, selamat hari lahir untuk rumet tersayang. Semoga dengan meningkatnya umur mu, meningkat jugalah iman mu. Selain itu, semoga meningkat jugalah ketinggian mu..(Gurau!hehe).. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga diri mu sentiasa berada dalam redha Allah swt. Amin ya rabb. 

Tinggal 2 bulan je lagi kita dapat tinggal sama-sama. Lepas ini u kat Kluang dan i kat Segamat. Mai la datang rumah yer...hahah..Tiada titik noktah dalam sebuah perhubungan yang di namakan PERSAHABATAN. Sayang kamu!! Hadiah coming soon ok.. huhuu.. 

Tamat kisah rumet. Esok banyak benda yang perlu diselesaikan. Mid term dan oral Spanish. Terbelit-belitlah lidah aku esok. Wish me luck ok!.............Akhir kata........................... Menulis itu indah!! (^___^)

10 comments:

E n t o y C a i r o said... [Klik sini untuk balas]

oo ceq ain atiqah teman roomate mu...
so follower sy yg ke 40 itu...kroni-kroni kamu la ye..hehe...

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@entoy: haha..ceq ain atiqah masuk blog kamu n follow blog kamu tanpa pengetahuan sy. alih2 sy tgok dia yg ke-40 tu..(jeles)hihii..sumenye kebetulan..

E n t o y C a i r o said... [Klik sini untuk balas]

oouh realy?...hehe..

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

ofcozz!!huhuu

Dekcik said... [Klik sini untuk balas]

hehe..sampai nmpak katil eh..

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@dekcik: lebih kurang camtulahh..ngantok sgt gamaknyee..hehe

Absarina Surfina said... [Klik sini untuk balas]

masheh my roomate...huhu

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@ain: welkem! =)

Unknown said... [Klik sini untuk balas]

salam kenal... msa tu mmg xdpt d jangka ap lg lau sibuk ngn internet.. hri dmi hri x kta kra..skejap je msa brlalau kn..hehe..i folo u folo me back yer... http://josrevalution.blogspot.com/2011/04/kisah-bapak-anak-daranya-bedah.html

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@josrevalution
salam kenal..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...