Salam..
First, agak-agak pandai sambung title tu sila lah sambung sendiri yer. Macam mana boleh pilih blog title "Hati Ini Milik Mu"?. Aku sendiri tak pasti. Masa tengah sibuk-sibuk nak pilih tu tiba-tiba terlintas nama ni. So teruskan jela. Jangan kata aku jiwang karat sudah. Yang aku maksudkan dengan "Hati Ini Milik Mu" ni adalah pemilik hati ni hanya Allah swt. Dia yang mencipta dan mematikan kita so dah tentulah segala yang ada pada diri kita ni hak Allah swt. Betul tak? Betul kan!..heee. Sebenarnya nak letak title Blog Budak Pandai sama macam blog address.. Tapi tak nak lah berbangga-bangga bagai. Tak lah pandai mana pun..hihii
Second, jangan pelik la kalau aku kurang menggunakan bahasa sms di blog ni. Sebabnya itu adalah salah satu teknik aku untuk meramaikan pengunjung. Walaupun ada la juga sikit-sikit terlepas bahasa sms, "takpe" lah.. Dimaafkan..huhuu..kalau nak tahu macam mana cara nak tarik lebih ramai pengunjung atau dengan kata lain "traffic" rajin-rajinlah tanya dengan en.google okay!
Third, blog ini adalah blog bebas. Maksud aku, takda tujuan yang sebenar masa aku mula-mula nak buat blog. Hanya sekadar suka-suka dan suka hati akulah nak buat entry pasal apa pun...(ganasnya ayat)hee.. Blog ini adalah tempat untuk meluahkan perasaan, juga sebagai catatan perjalanan seorang yang bernama "Hamidah Binti Jamal", selain sebagai satu platform untuk berdakwah!(mudah-mudahan)..
Last, merujuk perkara-perkara yang telah dihuraikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa blog ini adalah blog untuk saya menaip apa sahaja yang terlintas di fikiran.(akibat terlalu banyak buat assignment ayat dalam blog pun dah macam ala-ala ayat assignment..heheh)..Akhirulkalam..Sentiasa lah berbahagia dengan apa yang anda ada dan perolehi..(motif?????) hahahha..(gelak beso)
update 1: Blog title sudah ditukar kepada Blog.Budak.Pandai atas sebab-sebab untuk menaiktarafkan lagi mutu blog ini. Sekian terima kasih..hehe
0 comments:
Post a Comment