Home » » ..............

..............

Memang sengaja aku biarkan tidak bertajuk. Kerana tiada kata-kata yang tepat dapat menggambarkan perasaan aku sekarang. Baru lepas baca mesej dari salah seorang yang aku amat-amat sayangi. Seorang yang membesar bersama-sama. Makan minum bersama-sama. Seorang yang hidup sebumbung dengan ku sejak aku kecil hingga kini. Seribu kemaafan ku mohon atas kesilapan ku itu. Tujuan aku tidak lain dan tidak bukan hanya untuk MEMPERTAHANKAN mu. Jauh sekali mahu memburukkan mu. Tolonglah faham. 


Kau soroklah macam mana pun kisah kau, macam mana sakit perasaan kau, macam mana susah payahnya diri kau, KAMI tetap mengetahuinya kerana pertalian hati KAMI dengan kau sangat utuh. 


Senyuman manis yang kau berikan, pahit  yang KAMI nampak. Bahagia yang kau tunjukkan, duka yang KAMI lihat. Kerana antara KAMI dan kau tidak ada jurang yang memisahkan. 


Bahagianya kau, bahagia jugalah KAMI. Deritanya kau, derita jugalah KAMI. Tariklah balik penyesalan kau terhadap aku.. Ayat yang kau berikan amat pedih. Tak tahan aku menanggungnya.. Ya Allah! Salahkah aku??? (T_T) Seandainya memang aku yang bersalah, maafkan lah aku. Aku SAYANGKAN kau! 


Mood: Sangat-sangat sedihh... 

2 comments:

Absarina Surfina said... [Klik sini untuk balas]

jika niat kita baik, InsyaAllah hasilnya juga baik...=)...tenang2..

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@ain: tq..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...