Home » » Peringatan untuk diri ini...

Peringatan untuk diri ini...

Assalamualaikum.. 

Dah pukul 3:50am. Tapi masih tak tidur lagi. Hanya mengadap en.laptop mencari sedikit maklumat untuk presentation minggu depan. Terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan. Tapi tetap nak tunggu minit-minit terakhir baru terhegeh-hegeh nak siapkan. 

Hari ini tak ada beza dengan hari-hari semalam. Tetap masih di bumi Sintok melihat gelagat manusia yang bermacam-macam ragam. Ada yang mencuit hati, ada yang membuatkan hati ini tersentuh dan ada juga yang membuatkan aku berasa geram. 

Melihat gelagat manusia yang bermacam-macam ragam tu membuatkan aku terfikir yang kita ni semakin lupa dengan hukum agama. Termasuklah tuan punya diri yang sangat-sangat lemah ini. Namun, aku sentiasa mengingatkan diri sendiri, yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk minta agar dijauhkan. Amin-amin ya rabb... Sememangnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Tapi tidaklah salah andai kita cuba untuk mencari kesempurnaan itu demi kehidupan yang indah di akhirat sana. 

Pada aku, hidup ini sangat-sangat mudah untuk kita jalani andai kita tahu di mana kita berada dan apa matlamat kita. Itu adalah apa yang aku fikir. Dan perlu di ingat kalau nak di ikutkan fikir, semua orang boleh fikir macam apa yang aku fikir ini. Tapi nak buat tu yang susah. Aku sendiri pun mengakuinya. 

Tidak mudah untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan tetap lagi-lagi kalau benda tu tidak selalu kita buat. Tapi cubalah! Aku sendiri masih mencuba dan terus mencuba. Nak tak nak tetap kena paksa diri. 

Walaupun kadang-kala rebah tapi bila memikirkan nafas yang boleh terhenti bila-bila masa menjadikan aku takut! Sangat-sangat takut.  Tak dapat aku bayangkan andai kata nafas aku terhenti dalam keadaan aku tidak bersedia. Ya Allah...Ya Allah.. Aku berlindung kepada Mu!

Tidak mahu aku kenang apa yang telah terjadi. Dan tidak juga aku mahu bertanya apa yang akan berlaku esok hari. Yang penting adalah hari ini. Kerana hari ini akan menentukan di mana aku esok hari. Kerana hari ini jugalah yang akan memperlihatkan adakah aku berjaya berjuang dalam hidup ini. 

p/s: Jangan ditanya apa kata orang... Tapi tanyalah apa kata ALLAH....
        Mencari redha ALLAH itu yang utama.....
        Masih memperbaiki diri sendiri...... (-_-)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...