Home »
kembara hidup
»
Hamidah@Dila@budakpandai
Sila baca betul-betul.. Bahaya pada barang siapa yang tak baca betul-betul..hihii
Entri ni khas cerita pasal aku je. Tak ada kena mengena dengan orang lain samada yang masih hidup ataupun tak. Ramai member-member tanya kenapa family aku panggil aku dengan nama dila sedangkan nama dalam kad pengenalan aku hamidah. Bahkan bukan family aku je yang panggil aku dengan nama dila ni. Sedara mara, orang kampung dan ramai juga member-member masa sekolah dulu panggil aku dengan nama dila. Okey! terus menuju pada matlamat yang satu. Kenapa nama aku boleh berubah dari hamidah jadi dila.heheh… Alkisahnya bermula di sini..
Masa sesi pengenalan diri dengan kawan-kawan kat sekolah rendah dulu, aku pun sibuk la juga nak kenalkan diri aku ni dengan budak-budak lain. Nak kata peramah tak juga lah. Tapi aku ni jenis rimas bila tengok orang senyap-senyap sangat ni. Rasa gatal je mulut ni nak bertanya.heheh.. So langkah pertama aku cari la budak-budak yang agak penyenyap ni dengan tujuan untuk cari kawan nak bual-bual. Kenapa aku cari budak-budak yang penyenyap ni?? sebabnya kalau aku cari budak-budak yang banyak cakap ni automatically aku pula yang akan jadi penyenyap!hahah..
Bila dah jumpa sasaran aku pun terus buka langkah. Tanya ala-ala macam ni.."err…nama awak sape ekk” Budak tu pun tersengih-sengih nak jawab soalan aku. Yela..baru masuk sekolah kan. Malu-malu la sikit. Bila da lama masing-masing tunjuk belang. ok! berbalik pada soalan tadi, bila budak tu dah bagi tahu nama dia, aku pun dandan tu terus bagi tahu nama aku. Ala-ala macam ni la bunyinya.."nama kite hamidah tapi mak kite panggil kite dila..heee” (padahal budak tu tak tanya pun mak aku panggil aku nama apa). Bila aku jawab macam tu budak tu pun buat muka ala-ala terkejut sambil bertanya balik kat aku.."eh..nape mak awak panggil awak dila..jauhnye beza hamidah ngan dila”.. Bila dia tanya macam tu aku pun jawab la balik.."suke ati mak kite la nak panggil kite ape pun..mak kite, bukan mak awak!”..okey..sila jangan percaya yerr.. Tak tergamaknya aku nak jawab macam tu..huhuu.. Aku jawab macam ni la “kite pun tak tau la nape mak kite panggil dila..nanti kite tanye mak kite ekk” okey..perbualan kami tamat di situ sebab cikgu kelas kami dah masuk. Tapi persoalan budak tu menyebabkan aku tak boleh tumpukan perhatian sepenuhnya masa belajar. Aku nekad untuk tanya kat mak aku balik sekolah nanti.
Bila dah sampai rumah, aku relaks-relaks dulu..makan dulu..mandi dulu..pergi sekolah agama belah petang dulu..balik sekolah agama aku tidur dulu..then malam tu baru aku menempel kat mak aku untuk bertanyakan soalan cepumas tu. Sebelum tu aku pastikan dulu abah tak ada kat situ..sebabnya aku ni takut sikit banyak dengan abah aku ni.huhuu..soalan aku ala-ala macam ni la.."mak, camne name org (dulu bahasakan diri “org” dengan mak) boleh jadi ke hamidah??nape orang-orang kat sini sume panggil dila, bukan hamidah?? nape mak??..aku bertanya dengan nada ingin tahu…"sebabnye ko kan anak angkat..mak amik ko dari org indon mane ntah!!” erkk??? suara yang sangat-sangat aku kenal. Akak aku la!.tiba-tiba je ada. Tadi tak ada pun!! Bila aku dengar jawapan akak aku tu terus aku pandang mak aku. “betul ke mak?????” (sedih….). Mak aku yang agak terperanjat dengan jawapan akak aku tu terus ketawa..akak aku pun ketawa juga!. Drama apakah ini..Rasa macam nak keluar dari rumah tu tang tu juga.. Nasib baiklah mak cepat-cepat cakap yang jawapan akak aku tu tak betul pun! Saja nak bergurau..(lega)..
Lepas tu mak pun cerita la kat aku macam mana boleh munculnya nama dila ni. Mak cakap, dulu masa aku kecil aku sakit. Selalu menangis melalak-lalak tak berhenti..(kecik-kecik dah menyusahkan orang tua aku ni T_T..)Bila selalu sangat macam tu mak aku pun bawa la aku jumpa seorang ustaz. Nak dipendekkan cerita, ustaz tu suruh tukar nama atau dengan kata lain panggil dengan panggilan selain hamidah. So dari situlah munculnya nama dila. Sejak bayi lagi aku dah dipanggil dengan nama dila sampai la sekarang. Abah aku pernah la cuba untuk panggil nama sebenar aku hamidah sebab dia kata nama dila tak ada maksud, tapi sekejap je..lepas tu lupa, panggil dila balik. Mungkin sebab nama dila ni dah terlalu sebati dengan diri aku. Jadi…Begitulah kisahnya..
Bila dah besar ni aku pernah la search kat internet kes-kes yang sama ala-ala kes aku ni. Dan antara sebab musabab yang aku dapat la kan..antaranya mungkin sebab nama hamidah tu tak sesuai dengan aku, selain tu dulu pun seorang ustaz aku pernah cakap kalau nak bagi nama kat anak jangan bagi nama-nama yang berat maksudnya takut-takut si anak tak mampu nak bawa. kalau korang nak lagi faham apa maksud ustaz aku tu pandai-pandai la korang cari sendiri ok. Aku pun tak berani nak explain lebih-lebih sebab aku bukan ahlinya. Dan…..aku pun pernah la terfikir, maksud nama hamidah tu “yang terpuji”..adakah diri aku ni tak mampu nak bawa maksud “yang terpuji” tu??? Aku pun tak pasti. Untuk lebih selamat dan mudah, jangan fikir benda-benda macam ni. Allah lebih mengetahui dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.. Tamat di sini cerita pasal hamidah a.k.a dila..
Rasa macam panjang sangat pula entri ni. Belum cerita pasal hamidah a.k.a budakpandai lagi. Oleh sebab jari aku dah lama sangat bermain-main di en.keyboard ni, aku buat keputusan untuk berhenti di sini. (penat arr).. Lain kali la aku sambung okey!..Akhir kata………………selamat maju jaya kepada semua!!!motif????hahahaha..(nak suruh korang ketawa sbenonye..ketawe tak???ala ketawa laa..plzzz……..=)
p/s: penyenyap=pendiam, dandan=masa tu juga(aku pun tak pasti sangat..tapi dah biasa sebut sejak-sejak duduk kedah ni..hehe), menempel=dekat-dekat/melekat
2 comments:
hahahaha...pocah perut..hahaha...(pura)..but nice honest story!!.
@entoy: poyo la pak entoy ni...huhuu
Post a Comment