Home » , » Cara ajar anak cepat bercakap

Cara ajar anak cepat bercakap

Assalamualaikum sahabat-sahabat, ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian..

Sebelum aku meneruskan tujuan sebenar aku, ingin sekali aku mengingatkan kalian-kalian semua bahawasanya aku ni BELUM ada anak lagi. Kenapa aku BELUM ada anak lagi? Sebab aku BELUM kahwin lagi. Dan kenapa tiba-tiba aku ingin sekali timbulkan persoalan ini? Sebab aku tak nak la korang salah faham. Apa yang aku kongsi ni adalah dari pengalaman aku sepanjang menjadi makcik (makcik ke? bunyi macam dah tua sangat la pulak) kepada 3 orang anak buah yang amat-amat aku sayangi ni. Sebelum tu nak bagi korang tengok sikit anak-anak buah aku yang comel-comel ni!
184738_200997569913169_100000087817944_795919_4790414_n 35858_1317357937568_1339345442_30704805_3361203_n156341_1480080645534_1339345442_31037269_2449550_n 190107_191786970856087_100000743552690_534458_2838656_n

Comel kan! Orang kata budak-budak masa kecil memang la comel. Nak tahu diorang comel ke tak tengok masa diorang dah besar nanti. Kalau masih lagi comel maknanya memang terbukti comel la tu. Yeke? Betul ke? Fikir la sendiri yer.

Berbalik pada topik, macam mana cara nak bagi anak cepat bercakap, supaya tak takut orang, supaya aktif dan banyak-banyak lagi? Kalau nak tahu teruskan membaca okey.. Di ingatkan sekali lagi apa yang aku kongsi kan di sini adalah hasil dari pengalaman aku sendiri. Tapi bukan sebagai mak ayah la. Hanya sebagai pemerhati dan aku pun pernah jaga anak-anak buah aku ni. So..tahu la sikit-sikit kan.
  • Biasakan berbual dengan anak-anak. Sejak hari pertama dia lahir bercakaplah dengan mereka. Walaupun diorang belum lagi faham apa yang kita sampaikan, sekurang-kurangnya diorang masih lagi boleh mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut kita. Kenapa aku cadangkan macam tu? Sebabnya aku selalu tengok abang-abang aku, akak aku dan akak-akak ipar aku berbual dengan anak-anak diorang. Masa diorang berbual dengan anak-anak diorang, aku perhatikan anak buah aku tu asyik tengok je mulut diorang. Mungkin anak buah aku pelik kenapa la benda tu asyik buka tutup je kan. Lepas tu mulut anak buah aku pun muncung-muncung la konon nya nak ikut mak ayah diorang bercakap juga. Tapi kesian, hanya dengar suara je tanpa kata-kata.huhuu.. Hasilnya anak buah aku memang cepat bercakap! Tapi bila dah pandai cakap tak berhenti lah pula cakapnya. Layankan jela.
  • Rajin-rajinlah nyanyikan diorang lagu. Pastikan lagu yang mudah-mudah dan enjoy. Kenapa? Sebabnya aku selalu tengok akak aku nyanyikan lagu untuk anak dia. Lagu apa? “Twinkle Twinkle Little Star” ..heheh. Sampaikan aku pun dah terikut nyanyi sekali. Apa rasional nya nyanyi lagu depan anak-anak ni? Setakat yang aku perhatikan bila akak aku nyanyi kan lagu tu untuk anak dia, anak dia mesti ikut. Tak dapat ikut dengan mulut, dia akan goyangkan badan dia. Aku pernah jaga anak akak aku yang bernama Aqilah ni. Masa tu tak ada sapa nak jaga dia sebab akak aku kena kerja dan tak sempat nak cari orang untuk jaga. Then aku pun tawarkan la diri untuk jaga Aqilah ni sebab kebetulan masa tu tengah cuti semester. Akak aku di Selangor dan aku di Segamat. Korang bayangkanlah betapa jauhnya Aqilah ni merantau jauh dari ummi dan ayah dia dengan umur dia yang lagi sebulan nak setahun tu. Tapi dia steady je masa akak aku nak tinggalkan dia. Tak nangis pun. Akak aku rajin telefon semata-mata nak dengar suara si Aqilah ni dan yang paling aku tak boleh lupa, bila dia dengar suara akak aku nyanyi lagu kesukaan dia tu terus je dia goyangkan badan dia. Dia tahu okeyy tu ummi dia!! Bila aku nyanyi tak ada pula dia nak goyang-goyang badan.hmmmm..Selain tu dengan nyanyian diorang akan lebih cepat hafal. Nyanyi lagu baik-baik la yer..
  • Jangan biasakan cakap pelat-pelat dengan anak. Makan jangan disebut “mamam”. Susu jangan disebut “cucu”. Biasakan sebut perkataan dengan betul. Bukan apa, budak-budak kecil ni sangat-sangat cepat belajar dan ingat. Diorang akan ikut setiap perbuatan dan percakapan kita. Contoh anak buah aku yang bernama Qayyum tu, masa kecil-kecil lagi dah pandai ajuk-ajuk orang. Kalau tengok orang suap makanan dalam mulut, dia pun ikut suap. Padahal kat tangan tak ada makanan pun. Lagi satu, kalau anak-anak suka cakap pelat-pelat, selalu lah betulkan. Kena rajin okey! Selalu ingatkan diorang cara sebutan yang betul.
  • Sentiasa dedahkan anak-anak dengan perkataan yang baru. Tiap-tiap hari okey!. Banyak faedahnya. Contoh, satu hari tu aku pergi jalan-jalan dengan family aku kat Melaka. Abah aku teringin sangat nak naik Menara Taming Sari so kami sekeluarga pun beli la tiket yang sangat-sangat mahal tu. (nasib baik abah yang bayar..hehe). Nak dipendekkan cerita masa dah kat atas menara tu, anak buah aku yang bernama Ain ni sebut satu perkataan yang aku tak faham sambil jari telunjuk dia tunjuk ke arah manusia-manusia yang sedang seronok berenang kat swimming pool. Rupa-rupanya dia sebut perkataan “fish”. Dari atas menara nampak macam ikan kat dalam tasik la..huhuuu.. Masa tu baru aku tahu yang abang dan akak ipar aku rajin sebut perkataan benda-benda ataupun binatang dalam bahasa inggeris. Korang faham tak apa yang aku cakap tu. Maksud aku, bila depan Ain ada katak ataupun gambar katak, dandan dia sebut “frog”. Bila dia nampak bola dia akan sebut “ball”. Sebabnya dari kecil dah di ajar macam tu. 
Sebenarnya banyak lagi tips-tips yang aku nak bagi. Tapi memandangkan sekarang dah jam 12:58am, aku rasa aku patut berhenti sebab esok ada kelas! Insyaallah kalau ada lagi tips-tips baru yang aku dapat hasil dari pemerhatian aku ni, aku akan sambung pada entri yang seterusnya. Tips-tips macam ni bukan hanya untuk orang yang da ada anak je. Yang belum ada anak dan yang belum kahwin pun boleh baca sebagai panduan-panduan awal... Mata dah bagi tanda-tanda untuk tidur.. Apa lagi..Selamat bertiduran la! 

p/s: Masa mula-mula nak buat entri ni aku rasa macam mengarut sebab aku belum ada anak lagi pastu belum kahwin lagi pulak tu.  Tapi tak kisah la. Sebab aku terlalu minat sangat-sangat dengan budak-budak..so….ada aku kisah???? Biar apa pun orang nak kata asal kita bahagia...okey???;-)

2 comments:

michiko_boyz said... [Klik sini untuk balas]

cepat2lah kawin wak.....nnt mst ade anak senciri...hehehehe

Anonymous said... [Klik sini untuk balas]

Wahh...tips berguna utk org2 mcm saya yang baru dapat ank buah nie.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...