Home » , » Jangan persoalkan takdir ALLAH

Jangan persoalkan takdir ALLAH

Assalamualaikum…

Kali ni tajuk entri aku agak serius bunyinya. Memang kena serius dalam hal-hal macam ni. Dan ini juga adalah salah satu sebab kenapa aku buat blog. Untuk sampaikan sesuatu perkara yang tak dapat aku sampaikan secara berdepan. Blog inilah sebagai salurannya. Ini adalah kisah benar yang berlaku beberapa minggu yang lepas. Teruskan membaca okey!

 

Satu hari tu aku terbaca satu post kawan aku kat facebook dia. Aku dah lupa ayat-ayat dia. Tapi lebih kurang macam ni la bunyinya. “Sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang Allah takdirkan untuk kita”. Kalau tuan punya facebook baca tolong betulkan ayat di atas yer. (tapi ala-ala macam ni la kan maksudnya..heeee). Lepas tu aku pun komen kat post tu. Sangat-sangat ringkas aku komen “takdir ALLAH penuh HIKMAH”. Then, tak lama kemudian ada kawan-kawan yang lain turut serta komen. Dan bila aku baca komen-komen tersebut, hati aku betul-betul terkilan, sedih dan kasihan… Antara komen-komen yang aku ingat adalah: 

“Allah tak adil sebab bagi nasib yang berlainan terhadap hamba-hambanya” 

“aku tak nak jadi jahat, tapi Allah dah takdirkan aku untuk jadi jahat. Lepas tu kat akhirat nanti aku masuk neraka kena azab dengan Allah. Padahal bukan aku yang nak jadi jahat tapi Allah dah takdirkan camtu. Camne tu?” 

“Seorang kaya dan seorang lagi miskin. Yang kaya memang sangat beruntung sebab memang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya. Yang miskin pula perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi kaya. Dan kadang-kadang walaupun dah berusaha bersungguh-sungguh tapi tetap miskin. Kenapa Allah nak susahkan hamba-hamba dia?”  

 

Sebelum aku teruskan entri ni aku nak korang semua beristighfar banyak-banyak.Astagfirullahalazim…Astagfirullahalazim….Astagfirullahalazim!!! Diorang mengatakan bahawa tujuan diorang timbulkan pertanyaan seperti di atas bukanlah bermaksud nak mempertikaikan atau mempersoalkan apa yang Allah dah buat. Hanya nak mencari suatu kebenaran dan kepastian. 

 

Okey! Pada aku pula, tak ada apa yang perlu kita ragui dengan Allah. Malah tak sepatutnya timbul persoalan kenapa Allah buat macam ni, kenapa Allah buat macam tu. Seorang Islam sepatutnya percaya dan amat-amat yakin pada takdir Allah. Jalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Kita ni hanya seorang hamba. Hamba yang telah Allah ciptakan dengan sempurna tanpa cacat cela dan telah dibagi bermacam-macam nikmat. Nikmat untuk melihat, nikmat untuk bercakap, nikmat untuk makan dan banyak lagi. Apa lagi yang kita nak. Andai kata Allah minta kita membalas balik nikmat-nikmat yang Dia dah bagi kat kita, tak kan mampu kita untuk membalasnya. 

 

Di sini aku bagi satu contoh, katakanlah Ahmad seorang pembuat anak patung. Bila patung tu dah siap, Ahmad letakkan patung tersebut di dalam sebuah kotak. Esoknya Ahmad keluarkan patung tersebut untuk di letak di atas meja. Esoknya lagi Ahmad rasa patung ciptaannya tu perlu diubah bentuknya dan Ahmad pun ubahla patung tersebut. Kenapa Ahmad nak ubah patung tu? Sebab bagi Ahmad patung tu akan nampak lagi cantik bila diubah. Macam tu jugalah antara kita dengan Allah. Allah yang menciptakan kita jadi bergantung kepada Allah nak buat kita macam mana pun. Segala yang kita ada sekarang ni pun hanyalah pinjaman semata-mata.

 

Allah juga tak pernah nak menyusahkan hamba-hambaNya. Setiap takdir Allah pada kita sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Percayalah. Andai kata dilanda ujian atau musibah anggaplah ianya sebagai teguran dari Allah supaya kita lebih menghambakan diri padaNya. Kenapa Allah tegur? Sebab Allah sayangkan kita dan supaya kita tak terus leka dengan keseronokan dunia. Apa yang aku kongsi kan kat sini adalah dari sudut pandangan aku sendiri dan juga hasil pertanyaan aku kepada seorang sahabat yang lagi arif tentang hal agama. Aku tak mampu nak bagi dalil-dalil yang berkaitan sebab tahap aku bukan di situ. Andai kata ada silap di mana-mana tolong betulkan okey.. Pembetulan dari anda sangat di alu-alukan. (^____^)

 

Akhir sekali aku harap sangat-sangat korang baca satu artikel yang lagi mantap sebagai panduan dan penaik motivasi korang semua. Klik (di sini) untuk baca artikel tersebut. Dan petikan ini aku ambil dari artikel tersebut. 

“Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

p/s: Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu...

5 comments:

Rina Azam said... [Klik sini untuk balas]

Insya Allah..rina akan selalu berbaik sgka dgn Allah..setiap ujian ada hikmahnya kan..jgn sesekali meraguiNya..:)

Anonymous said... [Klik sini untuk balas]

=)...

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@rina: yurp!!perlu yakin okeyy..=)

@anonymous: tq!=)

solomolo said... [Klik sini untuk balas]

perlu Beriman kepada Qada dan Qadar... Insyallah, semua akan berjalan lancar...

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@solo molo: sgt2 betul..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...