Sibuknya!!

AKU NAK MENULIS..
TAPI MASA YANG KU PUNYA HANYA SEBENTAR..
SANGAT SIBUK WAKTU INI...
RINDU DENGAN KAMU WAHAI BLOG!!!

p/s: Nak masuk U susah..Nak keluar pun susah..
Macam-macam borang kena isi..Nak packing barang lagi..
Dulu masa awal-awal datang bawa satu beg je..
Tapi bila nak keluar ni alih-alih tengok dah ada  tiga beg!
Adehhh...

Malam ku bermimpi

Klik untuk dengar lagu.


P: Malam Ku Bermimpi
Hai dengan Satu Bintang
Berkata-kataku Di Jendela
Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang
Asmara Bergelora Meresap Ke Dada

L: Malam Ku Terlihat Oh Sekuntumlah Bunga
Baunya Harum Menarik Hati
Tak Sanggup Menahan Rasa Asmara
Meresap Mendalam Menusup Di Jiwa

P: Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

P&L: Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda

L: Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

P&L:Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda 
 -End-

Ohh.. Sangat suka layan lagu nih.. Rasa masam lama-lama gitu.. Tersenyum sorang-sorang bila terlalu menghayati liriknya.. Huhuu... Senang hati sangat gamaknya...Till then.. Jangan biarkan misteri menyelubungi hidup anda! Bahagia-bahagia selalu okeyy...^____^


p/s: Masih berbaki 2 paper.. Tapi kenapa aku rasa macam dah habis ni... hehee..

Aku marah!

Assalamualaikum wbt...
Semangat untuk meng"update" blog semakin lama semakin berkurang. Bukan setakat tiada idea yang dapat aku kongsikan, malah tiada masa yang dapat aku luangkan. Kemunculan hari-hari baru aku sentiasa diiringi dengan masalah yang masih lagi belum pernah selesai. Masa tidak dilanda masalah hati memang lapang sentiasa, ingat tuhan pun sekali sekala. Bila masalah datang terus ingat tuhan di mana.Wahai diri! Kamu masih lagi leka. Setakat ini aku masih lagi mampu menghadapinya dengan rasa berakal. Takut-takut juga andai terlalu kecewa hilang akal dengan tiba-tiba.

Penat hati, penat perasaan, penat segalanya. Kalau boleh diluahkan segalanya pasti puas terasa. Tapi aku lebih suka memilih jalan memendam rasa. Kalau mak ada di depan mata pasti terubat segala derita. Argh! Jangan dikata benda yang tiada. Andai diberi masa akan ku pulang ke rumah berjumpa keluarga. Tahukah kalian betapa sejuknya hati bila melihat wajah-wajah yang di sayangi. Aku rindu itu! 

Di waktu ini jangan diberi kata semangat berpujangga. Ianya hanya akan membuatkan aku menjadi lagi sedih..sedih...sedih...dan sedih... Pergi kau jauh-jauh air mata! Masa terlalu suntuk untuk melayan perasaan bagai. Aku perlu terus mencari dan mencari! Jangan pernah berhenti. Semangat, datanglah pada aku. Aku perlukan kau! Sudah!! Tamatkan kisah ini. Yang pasti perjuangan perlu diteruskan. Pasti ada sesuatu untuk kamu dila! Sekian~~


*****************************************


Beberapa hari yang lepas blogspot tidak dapat aku log in. Mungkin ada masalah barangkali. Tapi aku pun tidak kisah sebab tidak ada niat lagi untuk meng"update". Tapi hari ini aku betul-betul  geram. Aku jadi sakit hati bila tengok ada komen-komen kalian yang hilang entah ke mana. Mood untuk meng"update" pun menurun serta merta. Jadi kepada kalian semua, andai ada komen yang tidak berbalas bukan kerana aku puncanya. Tapi kerana blogspot yang dah melenyapkannya. 


*****************************************


Aku bukanlah seorang yang baik. Tapi aku mahu menjadi orang yang baik. Untuk itu, aku sentiasa berusaha dan berusaha. Kadang-kadang usaha aku tidak menjadi. Mungkin sebab penat bila menjadi terlalu baik. Pada aku tidak susah untuk menjadi seorang yang baik tapi sangat susah untuk mengekalkan kebaikan itu. 

Seseorang pernah cakap kat aku "life is unfair". Bila aku tanya kenapa. Dia kata apa yang dia nak susah sangat nak dapat. Tapi bila tiba orang lain, senang-senang je boleh dapat. Ada orang tak perlu belajar pandai-pandai dah boleh dapat kerja best. Syaratnya sebab ada orang dalam. Tapi bila tiba orang lain, kena belajar susah payah baru boleh dapat kerja best. Malah ada yang langsung tak dapat kerja. Bila dia tanya pendapat aku, aku hanya diam. Hanya pandangan kosong yang mampu aku berikan. Aku takut pendapat yang aku keluarkan nanti dipengaruhi  rasa marah aku yang masih lagi berbaki ni. Semoga hati aku terus kuat mengatakan bahawa setiap apa yang  berlaku pasti ada hikmahnya. End...


Malas nak fikir tajuk

Assalamualaikum wbt...
Yeah! Done with one! Erkk.. Before that.. Alhamdulillah.. 5 more paper to go. Banyak lagi ni. Mata dah ala-ala en.panda. Bukan sebab tak tidur malam study tapi sebab memang tak boleh tidur! Aduhh.. Mahu buat lagu mana ni. My kawan sampai minum ubat batuk semata-mata nak bagi tidur...huhu.. Kalau aku boleh minum ubat batuk tu dah lama aku minum tapi sebab tak kena dengan anak tekak yang sangat-sangat cerewet ni so tak boleh la kan.

 Semuanya gara-gara minggu studyweek yang terlalu panjang. 2 minggu tu. Oleh sebab lama sangat cutinya maka ramai lah member-member yang berpusu-pusu nak balik kampung. Yang tak balik kampung macam aku dan kawan aku ni stay jela kat kolej kononnya study la. Tapi hampeh.. 

Malam-malam dok tengok movie sampai dah tak reti nak berhenti. At last kesannya sampai minggu exam ni. Tak pandai nak tidur malam! Yang pelik tu masuk dewan exam tak mengantuk pulak. Yela dok tengok soalan banyak sangat tak sempat kot nak pandang kiri kanan. Apa-apa pun Alhamdulillah.. Masih boleh menjawab dengan tenang. Walaupun sebenarnya dalam hati ini gemuruh bagai tapi muka still kena comel okey!hahah...(ayat nak gembirakan hati sendiri ni..)

Tengah minggu exam pun sempat lagi nak update blog. Sangat-sangat sempat! Rasa macam tak seronok kalau satu hari tak buka blog. Dah jatuh cinta dengan blog ni. Pengakuan terbuka ni. >_< . Okey la. Entri ni sekadar entri kosong. Hanya ada cerita aku. (tiba-tiba rasa nak bercerita..) Orang yang selalu dok melayan aku bercerita dah tak ada. So aku pun berceritalah kat blog ni. Hopefully KAMU membaca ini. 

Sedikit kata-kata untuk KAMU. Andai marah mu disebabkan dari  keterlaluan aku dalam berkata maaf ku pinta. Sesungguhnya tidak pernah terlintas di hati untuk melebihi taraf mu. Jalan yang KAMU pilih sekarang adalah pilihan mu. Mungkin ada niat mu yang tersirat. Tapi diri ini dah tak kisah. Asal KAMU bahagia dengan jalan mu. Andai "angin" mu telah reda KAMU tahu di mana boleh mencariku. 

p/s:

Jangan malas-malas wahai hati..."tanpa mujahadah kamu tak akan ke mana-mana dila"

May Allah bless us! Mood sangat-sangat tenang hari ini.. Mungkin sebab dapat ganti tidur lepas balik exam tadi..huhuu (^___^)

Untitled

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar kalian semua? Baru hari ini teringin nak tanya khabar kawan-kawan semua. Sebelum ni tak ada pun. Inilah yang dinamakan jiwa sedang kacau. Apa yang bukan kebiasaan itula yang akan dibuat. Apa-apa pun alhamdulillah aku masih lagi mampu mengucapkan syukur kepada Allah di atas segala nikmat yang aku perolehi hari ini. Bila hati sedang resah begini aku selalu ingat pada bait-bait lagu ni.

Kesenangan yang datang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari genggaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..


Ya ALLAH..andai ada rezeki ku ke arah itu, kau berikanlah kekuatan untuk aku terus bersabar. Jika tidak, kau masukkanlah aku dikalangan hamba-hamba-Mu yang redha dengan ketentuan-Mu...amin.... 
p/s: Mahu balik rumah tengok muka mak abah. Hati  tersangat-sangat rindu..Tapi entah bila.....

e.x.a.m.m.o.o.d.

Assalamualaikum wbt...
Rasa dah lama sangat tidak menconteng-conteng di sini. Aku benar-benar dalam kesibukan. Tak pernah rasa sibuk macam ni. Sibuk apa?? Aku pun tak sure la. Korang layankan jelee...

My final exam is coming!!! Tapi satu buku pun tak buka lagi ni kecuali mukabuku. Memang tiap-tiap hari aku buka.

11 May-25 May.. Tak ada masa aku nak update blog tapi itu tidak bermakna "no blogging"!huhu.. Doakan kejayaan diri ini. Semoga exam ni akan menjadi exam terakhir aku di sini. Amin ya Rabb...

14, 15, 16..tanpa gap!adehh.. 


Kepada sahabat-sahabat yang berada dalam mood exam, selamat berjuang di medan peperiksaan.
Semoga dipermudahkan untuk menjawab. Insyaallah..
Pray for our success!


p/s:   
Adakah kita hanya akan sedar dan memahami apa yang diinginkan oleh ibu dan ayah setelah kita sendiri menjadi seorang emak atau menjadi seorang bapa? Kalau begitu, kita mungkin sudah terlewat..(-_-)
-selamat hari ibu-

Rindu KAMU...

Assalamualaikum wbt.....
Alhamdulillah masih lagi di sini...
Tiap-tiap hari menghadap en.laptop membuatkan hati ini terdetik kebosanan...
Tapi tidak pula aku membiarkan ianya sepi kerana hanya inilah satu-satunya peneman diri...

Di subuh nan sepi ini...
Ada sesuatu yang bermain di hati...
Indahnya hidup jika ada yang menemani...
Lagikan bahagia hidup jika hati telah terisi...
Siapakah yang bakal bertakhta di hati...
Siapa juga yang akan menjadi peneman sehidup dan semati...

Adakah engkau sunyi???
Atau sepikah bila engkau sendiri???
Hati ini berbisik sendiri...
Tidak cukupkah Allah di hatimu???
Ragukah engkau dengan ketentuan-Nya???
Tidak percayakah engkau pada janji-Nya???
Hati ini bermonolog lagi...

Astagfirullahalazim....
Ampunkan aku di atas khilaf ku ya Allah...
Ampunkan aku juga kerana lalai ku pada dunia Mu ya Rabbi...
Bersyukurlah kerana diri ku masih begini...
Kerana dengan cara ini aku terselamat dari salah satu nikmat duniawi yang sementara amat....
THANK YOU ALLAH FOR THE BLESSINGS YOU HAVE GIVEN...
 
 

p/s:
ALLAH...aku merindui-Mu...(-_-)



Burung apa???...Burung Hantuu....

Assalamualaikum everyone!!
Apa cer?? Ce cite..ce cite....(Mood tak stabil..huhuuu)

Oleh kerana ketiadaan pekerjaan maka dengan senang hati dan gembiranya jari-jari ini menekan-nekan en.keyboard dengan niat untuk menconteng-conteng di dinding blog ini. (Padahal exam minggu depan je ni...)

Dah berapa malam tak tidur ni??? Aku pun tak kira. Yang pasti rutin aku sekarang tiap-tiap malam jadi burung hantu tapi bila siang bertukar jadi???....(paham-paham sendiri sudahla...huhuu)

Tapi bak kata kawan aku sorang tu... "bile lagi kite nak camni mid..nanti dah abis U keje..xde mase dah nak jaga malam ni..ofcozla tido awal..pastu bile kawen...xleh dah nk relaks tdo siang..mse ni la kite pulun abihh.."

Aku yang memang tengah berfikir makin jadi terfikir-fikir dengan kata kawan aku tu.. Dan sampai sekarang aku masih lagi berfikir... Akhir kata.... Benarkan aku berfikir dengan tenang....

Till then... Hiduplah dengan tabah... Hati jangan dibiar resah.. Andai diri lemah.. Jangan pernah rebah.. Kerana hidup ini tidak pernah menjanjikan bahagia pada mereka yang cepat mengaku kalah!.. Errkkkk...korang faham tak?? Faham tak??....huhuuu.... Tak ada bakat nak berpujangga bagai tapi nak jugak buat.. (mengade nii namenye...)

p/s:
Sangat-sangat jeles dengan mereka-mereka yang dah habis exam... >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...