Home » , » Skrin Laptop Rosak?

Skrin Laptop Rosak?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua… 

Apakah punca skrin anda rosak? Bagaimanakah cara untuk menjaga skrin laptop supaya tahan lama? Dan bagaimanakah cara untuk anda tahu samada skrin anda yang rosak atau motherboard yang rosak?....... Apa macam?? Ada gaya-gaya macam seorang pe"repair” laptop terhandal tak??? hahahh.. Minta maaf la banyak-banyak. Saja nak jadi seorang yang poyo sekejap. Untuk mengelakkan masa aku terbuang begitu sahaja baiklah aku buat satu entri untuk korang baca. (ada orang baca ke??) Tolonglah baca okey..hehee

 

Korang ada pengalaman skrin laptop rosak tak? Kalau ada berapa yang korang kena bayar untuk gantikan skrin yang baru? Sepanjang aku hidup sama-sama dengan laptop aku ni, cuma sekali je dia buat hal. Bila format dah ok balik. Aku tak kisah kalau kena format sebab data-data semua memang awal-awal dah siap backup. Tapi kali ni penyakit dia memang sangat-sangat serius. Aku punya skrin laptop main kenyit-kenyit mata dengan aku. Mula-mula aku dapat detect skrin aku problem bila ada garis-garis warna-warni keluar dekat paparan skrin. Aku biarkan dua tiga hari nak tengok mana la tahu esok-esok hilang ke kan. After seminggu alih-alih aku tengok bukan setakat garis-garis warna-warni yang keluar malah skrin aku tu berkelip-kelip. Cuba korang kelipkan mata korang. Haaa..macam tu lah gamaknya. Sampaikan kepala aku pun pening tengok skrin aku ni.

 

At last, aku pun buat keputusan untuk hantar kedai. Sebelum tu aku search dulu kat pakcik google apa sebenarnya masalah laptop aku ni. Dari maklumat-maklumat yang aku dapat memang sah lah skrin aku yang problem. Then aku survey la harga untuk baik pulih dan harga untuk ganti skrin baru. Ya Allah! Mahalnya! Mahal pun mahal la. Yang penting kamu cepat-cepat sihat yer en.laptop. Sekarang bila dah hantar kedai dan ganti skrin baru rasa macam dapat laptop baru pun ada sebab aku suruh abang kedai tu cuci sekali kipas laptop aku ni. Biasalah pakai pun dah 3 tahun habuk dah berkumpul-kumpul. Bila on tu bunyi bising je kan. Bila dah cuci ni senyap sikit.

 

Dekat sini aku nak pesan pada korang semua terutamanya kaum-kaum hawa ni. Kalau ada apa-apa problem dengan laptop janganlah terus hantar kat kedai. Senang-senang je kena tipu nanti. Internet kan ada. Gunakan sebaik-baiknya. Tanya dulu kat pakcik google apa sebenarnya masalah laptop korang tu. Selain tu tanya pada orang-orang yang lagi arif bab-bab macam ni. Minta pendapat dari sesiapa dulu okey! Aku nak share kan 1 blog dan 1 website yang boleh korang buat rujukan kalau ada apa-apa masalah pasal laptop ke, netbook ke dan lain-lain. Dan yang bagusnya diorang ni orang melayu. Sokong bisnes MELAYU!!! Kalau nak tengok just klik okey! (^___^).. Sebelum tu nak bagi korang tengok skrin aku yang lama. Bila tengok gambar macam tak ada apa-apa yang rosak je kan. Simpan buat kenangan je la..

Image(1027)Image(1028)Image(1029)1: nuzulquran.com  2: Wangsamaju computer repair

 

p/s: Sentiasalah belajar untuk menghargai sesuatu sebelum ia hilang dari pandangan mata kita....

9 comments:

Ibu Ammar said... [Klik sini untuk balas]

skrin laptop i dah mula berkelip2 bila surf guna mozilla. guna chrome ok je. eii. baru guna dua tahun.hukhuk

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@alia: kalau mcm kes sy surf guna mozila ke chrome ke ie ke still berkelip jugak..=)

Anonymous said... [Klik sini untuk balas]

kena jaga laptop elok2 la pasni . takot jugak kalao jadi camni . huhu .

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@Fatin Najwa
huhu..mmg kne jage..kalo dah rosak mmg parahh la jwbnye..=)

rafiza ruslan said... [Klik sini untuk balas]

laptop sy baru pecah skrin laptop. agak2 berape cost die ek T_T

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@rafiza ruslan
kalo pecah mknanya kena tukar 1 set baru la..dlm 600 kot..cubala survey kat mudah.my k..

~ yoona ~ said... [Klik sini untuk balas]

lappy sy baru guna 2 hari dah skrin retak..smpai skg xtau mcm mn boleh retak..padahal elok2 dah letak kat meja

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@~ WafleCoKLAt ~
ade yg tolong retakkan kot..hee

Anonymous said... [Klik sini untuk balas]

as'kum,spa2 tau apapunca da garis panjang dkat skrin laptop bla tgok dri dkat nmpak cm titik2 hitam yg halus..stressss btul bla fkir nk hntar kdai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...