Home » , » Apa tu Bachelor of International Affairs Management????

Apa tu Bachelor of International Affairs Management????

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian… 
Untuk pengetahuan korang (yang tak nak tahu tu tak apa), aku merupakan salah seorang student yang mengambil course yang aku sebut kat title tu di UUM. Atau dengan perkataan lain course INTAF. Kalau kat UUM, student-student course lain tanya ambil course apa? Cakap INTAF diorang faham lah tu. Perlu ke untuk aku buat entri untuk course ini??Pada aku sangat perlu. Kenapa?? Sila baca dibawah.. 


Pertama, bila makcik-makcik atau pakcik-pakcik kat kampung aku tanya ambil course apa aku akan cakap aku ambil course perhubungan antarabangsa. Lepas tu mesti makcik-makcik dan pakcik-pakcik tu jawab “wahhh…antarabangsa laa.. Mesti kena banyak pergi luar negara nanti kan” 


Kedua, bila kawan-kawan aku dari universiti lain tanya aku ambil course apa. Aku akan jawab aku ambil course International Affairs. Lepas tu mesti diorang tanya aku balik. “tak pernah dengar pun nama course tu, belajar pasal apa ekk??? Kalau dah habis belajar kerja apa ekk??? 


Bila kena tanya camtu rasa macam geram pun ada. Tapi tak kisah la. Sememangnya course aku ni jarang di dengar di Malaysia. Tapi sebenarnya  kalau korang pergi universiti-universiti lain pun banyak juga course INTAF ni. Cuma nama je yang lain. Sebabnya cuba kalau aku cakap aku ambil course Sains Politik. Mesti korang tahu kan..kan2!… 


Sebenarnya course INTAF dengan Sains Politik lebih kurang banyak sama. Sebab sepanjang aku ambil course ni semua subjek yang aku belajar berkaitan dengan politik. Kalau 5 hari aku ada kuliah, 5 hari tu lah aku belajar pasal politik. Best ke belajar pasal politik ni?? Bergantung pada minat la. Kalau korang jenis yang suka berdebat, suka nak ambil tahu pasal isu-isu semasa, suka nak ambil tahu keadaan politik sesuatu negara tu, suka nak selidik pasal orang-orang yang berpolitik ni, silakan lah untuk ambil course ni..huhuu.. 


Aku selalu dengar sesetengah pengkritik kata “politik itu kotor”. Dan aku sebagai seorang student yang belajar politik nak bagitahu yang “politik” itu tak kotor. Orang yang terlibat dalam politik itu juga tidak kotor. Yang kotor adalah orang yang “bermain” politik. Kalau tak faham, fahamkan lagi okeyy!heheh.. Tak nak banyak bebel kali ni. Cukup setakat ini. Panjang umur kita jumpa lagi. 


p/s: Bila cakap pasal politik ni tiba-tiba aku teringat dekat assignment-assignment aku yang berlambak tu.. Bila nak start buat ni..Wahai diri..kenapa kamu malas sangat ni..(T_T)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...