Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah aku masih di sini. Aku masih mampu menaip. Aku masih mampu berfikir dengan baik. Juga masih mampu menggunakan segala nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah... Dua hari aku meninggalkan blog ini tanpa sebarang catatan. Bukan kerana dilanda kesibukan, cuma tiada idea yang dapat aku kongsikan.
Bila seharian tidak menulis rasa jiwa bagaikan sepi. Mungkin rasa ini akan berkurang bila aku sudah bosan dengan alam blog ini. Tapi buat masa ini, izinkanlah aku mencatat segala rasa dan buah fikiran aku di sini. Maafkan aku juga andai terdapat catatan rasa di blog ini yang berbentuk emosi dan peribadi. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang kadang-kala tidak mampu menahan gelodak di hati. Sebagai salah satu terapi diri, blog inilah yang ku cari.
Hari ini tiba-tiba hati terasa seperti ada sesuatu yang perlu aku kongsikan dengan kalian. Semoga ianya dapat dijadikan sebagai peringatan kita bersama.Sedang aku membelek berita harian online di en.laptop, mata aku tiba-tiba berhenti pada satu tajuk yang membuatkan aku berfikir sejenak.
Aku terfikir apa sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka sehingga meraka sanggup berbuat begitu. Apa yang mereka cari dalam hidup ini. Tidak takutkah mereka dengan azab Allah. Aku teringat kata-kata dari seorang ustaz yang hadir di sini untuk memberi ceramah.
"Tanda Allah sayang pada kita, bila kita mahu membuat kejahatan akan muncul satu musibah untuk kita. Itu maknanya Allah suruh kita berfikir dan belajar dari musibah tersebut. Tapi tanda Allah tidak sayang pada kita, bila mana kita membuat kejahatan, kita tidak berasa apa-apa. Malah akan mengulangi kejahatan tersebut."
Astagfirullahalazim.. Tiba-tiba hati menjadi sangat-sangat takut. Aku takut bila mana hidayah Allah itu pergi tanpa sempat aku gunakan sebaiknya. Hidayah Allah itu perlu dicari bukan dinanti. Ya! Aku juga teringat dengan satu pesanan dari seorang yang aku kasihi.
"Hidayah Allah itu ada dimana-mana. Ia tidak pernah jauh melainkan kita yang jauh darinya"
Benar hidayah itu milik Allah dan Dia lah yang berkuasa menentukan pada siapa akan diberikan hidayah itu. Tapi usaha untuk mendapatkannya berada di tangan kita sendiri. Bagaimana kita mahu mendapat hidayah Allah sedangkan Al-Quran dan Sunnah yang wajib dijadikan sebagai panduan kita ketepikan. Kita mahukan hidayah Allah, tapi kita sendiri tak berusaha untuk dekat pada-Nya. Sama-sama kita renungkan....
Satu lagi kata-kata beliau yang sentiasa tersemat diingatan.
"Tidak susah sebenarnya nak menilai seseorang. Lihat saja pada solat 5 waktunya. Jika sempurna solatnya maka sempurnalah cara hidupnya. Tapi jika solat 5 waktu itu sahaja tidak mampu di jaga maka adalah cacat celanya"
Maksudnya di sini seseorang yang menjaga solatnya pasti mampu menjalani hidup dengan cara yang selamat dan diredhai. Kalau dilihat masalah-masalah sosial yang berlaku sekarang, walaupun pelbagai kempen dan usaha membanteras giat dijalankan tapi masalah ini tidak pernah dapat diselesaikan. Malah semakin berleluasa. Kalian rasa apa sebenarnya yang menjadi punca semua permasalahan ini. Jawapannya adalah solat.
Perkara ini sekiranya diulas dengan Al-Quran dan Hadis maka semakin panjanglah entri ini. Tapi seperti yang aku katakan pada entri-entri yang lepas. Tahap aku bukan di situ. Apa yang aku kongsikan di sini adalah melalui pemahaman aku dan juga pesanan dari orang-orang yang rapat dengan ku. Semoga dengan cara menulis begini akan dapat memberi manfaat pada kita semua. Aku sendiri masih belajar memperbaiki diri. Sama-samalah kita...wallahualam....
p/s:
Kalau nak tahu apa yang membuatkan aku tiba-tiba berfikir begini klik SINI.
Seorang yang amat aku kasihi adalah abah aku! Terima kasih abah....
14 comments:
terima kasih, yach mungkin hanya kata itu yang saya dapat tulis, dan memang pantas untuk saya tulis, disini saya kembali diingatkan untuk kembali mengingat kebesaranNYA, kembali bersimpuh pada parmohonan, kehidupan memang sangat banyak memiliki hal yang perlu kita kaji, termasuk bersosialisasi dengan Tuhan...
silahkan berbagi disini...
http://ngopitubruk.blogspot.com/p/kolom-curhat_25.html
Sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran terhadap ape yang berlaku di sekeliling kita... InsyaAllah
yup!hidayah Allah tu ada di mana2..nice entry
"Hidayah Allah itu ada dimana-mana. Ia tidak pernah jauh melainkan kita yang jauh darinya"
suka ayat statement ni..
Allah ya Allah.. maha suci Allah.. ya nur~
@M. Hidayat
nice words..tq..=)
@Ahmad Syakir Bin Mohd Nassuruddin
insyaallah...semoga bermanfaat...
@mujahidah muslehah
tq..=)
@Iffa masih seperti dulu
time kasih pd abah sy yg sntiase memberikan kata2 yg sgt mengesankan jiwa..btw..tq yer..=)
terima kasih...ini semua bleh dijadikan hidayah untuk kita semua yg hidup didunia yg sementara...
have a nice day !!
tengs dilla.. p'kongsian yg ckp b'makna..
@♥ain_nia♥
sama2 perbaiki diri..=)
@aiman rashidd
tq!
@♥e'in♥
welkem..sharing is loving...^___^
Post a Comment