Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah... Syukur pada Allah untuk segala nikmat ini. Untuk rezeki..kebahagiaan..dan kedamaian ini. Buat keluarga yang sentiasa bersama di dalam susah dan senang. Masih ku ingat sewaktu permohonan ku untuk masuk ke maktab tidak diterima. Keluarga akulah yang menaikkan semangat aku kembali untuk tidak pernah berputus asa. Mereka jugalah yang bersusah payah mengambil bermacam-macam borang permohonan untuk aku memohon di tempat pengajian yang lain. Dan alhamdulillah sekarang aku di sini. Terima kasih mak, abah, along, angah, akak, ali dan pudin. Sayang kamu semua!
Buat teman-teman yang sudi berkongsi suka dan duka. Ain, wani dan dayah jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Sedihnya kita, sedih jugalah korang. Gembiranya kita, gembira jugalah korang. TQ so much! A big hug for all of you my friend!..^___^ Tidak dilupa pada teman-teman lama yang sering bertanya khabar. Aku tetap sama seperti dahulu yang kau kenal. Tiada yang berubah melainkan saiz badan.(kihkihhh :-P)
Buat "kamu" yang kadang-kala ada dan kadang-kala tidak ada. Kadang-kala sejuk dan kadang-kala panas. Kadang-kala sayang dan kadang-kala benci. Walaupun begitu, aku tahu kau sentiasa mengambil berat tentang diri ini. Terima kasih kerana menjagaku sehingga kini. Walaupun jauh di mata namun "kamu" terlalu dekat di hati ini.
******************************************
Bila aku baca balik ayat-ayat aku di atas muncul perasaan sedih di hati. Betapa sikitnya orang-orang yang hadir dalam hidup aku.....(-_-)
p/s: Hanya sekadar renungan untuk diri sendiri. Walau setinggi mana kita berdiri, walau berjuta duit kita miliki, walaupun berpijak bukan di bumi sendiri. Jangan pernah lupa asal-usul diri.....
4 comments:
awat wat ayat cmtu .....len mcm je bdk nie..
@one-nie mana ada lain lah..sama je..saje nk buat 1 entri utk org2 yg disayangi..at least kalau tuan punya blog ni dah xde masih ada sesuatu yg dia tinggalkn utk org2 yg dia sayang!
nak gak~~tp tak tersenarai dlm list.. (",)whatevr,take care n good luck for u'r entire life~~May Allah Bless
p/s:love you friend~
@Anonymous
tak tersenarai bukanlah bermaksud tak penting.hanya terlepas pandang.maafkan aku sahabat!!tinggalkanlah nama supaya lepas ni aku tak terlepas pandang kamu lagi..sorry!
Post a Comment