Home » » Doa Dari Anakmu...

Doa Dari Anakmu...

Dia: nape diam??
Aku: Tak de benda nak dibualkan...
Dia: kalo geram..marahlah..kalo sedih..luahkan...kalo bosan, ckap..
Aku: ................
Dia: -sign out-

***********
Assalamualaikum wbt....
Sesungguhnya aku bukanlah seorang yang mudah untuk dikenali dan difahami. Aku akui itu. Bila ditanya kenapa aku lebih suka mendiamkan diri daripada berkata-kata..aku sendiri tak pasti kenapa. Yang pasti aku lebih suka melihat dan mendengar daripada berkata. 

Pernah sekali seorang rakan bertanya kenapa aku lebih suka mendiamkan diri. Jawapan aku senang, "malas nak bercakap". Tergelak rakan aku dengan jawapan tu. Mungkin dia rasa aku sedang bergurau tapi hakikatnya memang aku malas. Malas untuk berkata-kata. Mungkin juga aku takut andai apa yang keluar dari mulut aku mampu membuatkan sesiapa berkecil hati. Jadi jalan terbaik adalah diam. 

**********

Apapun, Alhamdulillah.. Masih diberi peluang merasa indahnya dunia. Syukur Alhamdulillah.. Tidak ternilai harganya. Namun sahabat dan juga DIRI, indah dunia cukuplah sekadar dimata. Jangan di bawa sampai  ke hati, takut padahnya melarat ke mati.

Masa aku kini banyak dihabiskan di rumah. Memasak, mengemas rumah, mencuci pakaian merupakan rutin harianku. Terkadang mengeluh dek kerana kerja rumah yang tidak akan pernah habis. Tapi bila melihat keadaan mak yang banyak menghabiskan masa di atas katil dan solatnya yang berbangkukan kerusi membuatkan hati aku menjadi sayu. Aku jadi marah dengan diri sendiri. Selayaknya aku dihukum kerana mengeluh dengan ibu sendiri..Maafkan dila mak...T_T

Biarlah sepenat mana, sekurang-kurangnya hati ini teramat senang kerana masih dapat melihat mak menjamah makanan hasil air tanganku. Biar sesusah mana, sekurang-kurangnya aku bahagia bila mendengar gurauan mak terhadap sup aku yang tak berapa nak sedap tu..\\>.<//..

Ya Rabb...
Sembuhkan ibuku...
Gugurkan dosa-dosanya..
Jika memang ini ujian untuk ibuku...
Jangan Kau bebankan melebihi kesanggupannya...
Terima seluruh amal baiknya...
Sayangilah dia..
Ya Rabb...
Hanya pada Mu ku berserah...
Amin...amin...

-Doa dari anak-anakmu-



Mood : Hanya sekadar catatan kosong..Diri ini tenang di sini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...