Assalamualaikum wbt...
Semangat untuk meng"update" blog semakin lama semakin berkurang. Bukan setakat tiada idea yang dapat aku kongsikan, malah tiada masa yang dapat aku luangkan. Kemunculan hari-hari baru aku sentiasa diiringi dengan masalah yang masih lagi belum pernah selesai. Masa tidak dilanda masalah hati memang lapang sentiasa, ingat tuhan pun sekali sekala. Bila masalah datang terus ingat tuhan di mana.Wahai diri! Kamu masih lagi leka. Setakat ini aku masih lagi mampu menghadapinya dengan rasa berakal. Takut-takut juga andai terlalu kecewa hilang akal dengan tiba-tiba.
Penat hati, penat perasaan, penat segalanya. Kalau boleh diluahkan segalanya pasti puas terasa. Tapi aku lebih suka memilih jalan memendam rasa. Kalau mak ada di depan mata pasti terubat segala derita. Argh! Jangan dikata benda yang tiada. Andai diberi masa akan ku pulang ke rumah berjumpa keluarga. Tahukah kalian betapa sejuknya hati bila melihat wajah-wajah yang di sayangi. Aku rindu itu!
Di waktu ini jangan diberi kata semangat berpujangga. Ianya hanya akan membuatkan aku menjadi lagi sedih..sedih...sedih...dan sedih... Pergi kau jauh-jauh air mata! Masa terlalu suntuk untuk melayan perasaan bagai. Aku perlu terus mencari dan mencari! Jangan pernah berhenti. Semangat, datanglah pada aku. Aku perlukan kau! Sudah!! Tamatkan kisah ini. Yang pasti perjuangan perlu diteruskan. Pasti ada sesuatu untuk kamu dila! Sekian~~
*****************************************
Beberapa hari yang lepas blogspot tidak dapat aku log in. Mungkin ada masalah barangkali. Tapi aku pun tidak kisah sebab tidak ada niat lagi untuk meng"update". Tapi hari ini aku betul-betul geram. Aku jadi sakit hati bila tengok ada komen-komen kalian yang hilang entah ke mana. Mood untuk meng"update" pun menurun serta merta. Jadi kepada kalian semua, andai ada komen yang tidak berbalas bukan kerana aku puncanya. Tapi kerana blogspot yang dah melenyapkannya.
*****************************************
Aku bukanlah seorang yang baik. Tapi aku mahu menjadi orang yang baik. Untuk itu, aku sentiasa berusaha dan berusaha. Kadang-kadang usaha aku tidak menjadi. Mungkin sebab penat bila menjadi terlalu baik. Pada aku tidak susah untuk menjadi seorang yang baik tapi sangat susah untuk mengekalkan kebaikan itu.
Seseorang pernah cakap kat aku "life is unfair". Bila aku tanya kenapa. Dia kata apa yang dia nak susah sangat nak dapat. Tapi bila tiba orang lain, senang-senang je boleh dapat. Ada orang tak perlu belajar pandai-pandai dah boleh dapat kerja best. Syaratnya sebab ada orang dalam. Tapi bila tiba orang lain, kena belajar susah payah baru boleh dapat kerja best. Malah ada yang langsung tak dapat kerja. Bila dia tanya pendapat aku, aku hanya diam. Hanya pandangan kosong yang mampu aku berikan. Aku takut pendapat yang aku keluarkan nanti dipengaruhi rasa marah aku yang masih lagi berbaki ni. Semoga hati aku terus kuat mengatakan bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. End...
10 comments:
SABAR JELAH. BIASA LAH. KITE TAK DPAT PUASKAN HATI SETIAP ORANG KAN
hurm..sbr ye awk..jgn sdih2..stiap ape yg terjadi ade hkmahnya..insyaALLAH.
yang penting sabar..sabar banyak2 tau..mana tau disebalik sabar itu ada ganjaran..INSYAALLAH..
@CIK FERRA AWW
tq cik ferra..=)
@cikida
tq cikida..insyaallah..mudah2an..=)
@cik sakura
yurp!msih bersabar dan tersenyum dengan riang ni..hihi..tq..=)
sbr ya kakak syg...chill ya,.,,=))
ALLAH sntiasa mnguji kta dgn keadaan skeliling . sabar (:
@amoi~
ohh..time kase adik sygg...chill je nihh...^___^
@Scya Lollita
will do..thanks!=)
Post a Comment