Home » » Cikgu Tadika je??????

Cikgu Tadika je??????

Situasi A

Orang itu : ko watpe skrg??keje dah???
Aku : haa...da keje...=)
Orang itu : keje pe??
Aku : Cikgu tadika....=)
Orang itu : owhhh...sementara la ni ehhh...ok2...
Aku : (-_-!)

**********
Situasi B

Orang itu : midah!!ko wat pe skrg????
Aku : keje kat tadika..ngajar anak2 kecik..=)
Orang itu : laa...ko x apply ke jawatan XXXXX aritu??
Aku : errr...x pun...
Orang itu : rugila ko..gaji ok tau..standard degree...
Aku : huhuuuu...xpelaaa...rezki kat sini...=)

**********
Situasi C

Orang itu : ko niee....degree in International Affairs...tp keje kat tadika..ajo budak2..x berbaloii...
Aku : heheeeeeeeeee......^_______^ 

**********
Situasi A

Sepanjang saya bekerja di sini belum terlintas lagi di fikiran ni untuk apply kerja lain. Kenapa mesti timbul persoalan "sementara"??? Jawapannya TIDAK! Apa yang saya buat sekarang ni adalah kerana minat. Yer!saya sangat suka dengan budak-budak. Sejujurnya, selesai saja sesi praktikal tahun lepas, terus saya cari mana-mana tadika yang sesuai untuk saya bekerja. Kadang-kadang saya terfikir. Hina sangatke jadi guru tadika ni......(SEDIH)

Situasi B

Bukan duit yang saya kejarkan. Bukan gaji tinggi yang saya gilakan. Kalau fikir duit@gaji memang dari awal-awal lagi saya tolak jauh-jauh karier seorang guru tadika ini. Tapi...kerana di tadika inilah bermulanya perubahan saya. Kerana adanya anak-anak kecil inilah yang membuatkan diri ini lebih dekat dengan Allah. Mana mungkin saya tinggalkan tempat yang sangat-sangat berkat ini. Bohong jika saya kata saya tidak jeles melihat rakan-rakan sebaya yang lain kerja di company-company besar yang gajinya sudah terang-terang beriban-riban. Tapi saya yakin, ganjaran dari Allah itu lebih besar dan bermakna. Inilah saham akhirat saya..I'Allah...(HAPPY) 

Situasi C

Huhuuu...Setiap kali ayat ini kedengaran di telinga, saya hanya mampu ketawa kecil. Dalam hati memujuk diri..(takpelah dila...saba2....kita kan kerja di jalan Allah..Ape yg x berbaloi pulokk!(Senyummmmmmm)). Entahla ekk.. Sepanjang saya ajar anak-anak kecil ni tak pernah sedetik pun berasa rugi. Malah saya berasa pahala saya sentiasa berjalan. Setiap hari saya ajar anak-anak kecil ini akan ilmu Allah. Dari yang tak kenal alif, ba, ta..sekarang dah pandai baca buku "qiraati". Daripada yang tak kenal ABC, sekarang sudah lancar membaca. Malah baru-baru ini sempena hari guru saya dapat banyak kad hasil buatan mereka sendiri dan di dalam kad itu tertulis "i love you teacher hamidah". Ohh!!touching!! Walaupun agak comot dan tulisannya ada yang turun bukit naik bukit tapi saya bangga! Berbaloi juga hasil didikan saya. (ALHAMDULILLAH)

p/s: ALLAH KNOWS BEST.....Assalamualaikum...=)

13 comments:

Lynn said... [Klik sini untuk balas]

Salam..tq sudi jenguk k.lynn ye..Rasanya pengalaman dan situasi kat atas tu dah penah terjadi kat k.lynn dah..biasalah tu...org yg tak rasa apa yg kita rasa takkan faham apa yg kita rase..kuatkan semangat..cikgu tadika tu pun keje yg suci ape..?kan?kan?

Unknown said... [Klik sini untuk balas]

Along..Sekiranya AKHIRAT yang dicari sebagai satu pengharapan insyallah dunia dan akhirat kita dapat..3 amalan yang menjadi jambatan pahala selamanya selepas kematian yang antara salah satunya adalah ilmu yang bermanafaat..selagi ilmu ditaburkan dan dikembangkan selagi itulah kita dalam rahmat allah..MULIANYA TUGAS GURU..........TERUSKAN KHIDMAT BAKTIMU

Cik mama said... [Klik sini untuk balas]

Sebenarnya keja yg cam ni laa yg sgt-sgt mulia, mengajar anak-anak kecik yg putih bersih, cik mama penah mngjar d tadika, sgt seronok, hati pun seng sgt, bila kita ngajar dgn ikhlas, kita dpt rasa hasilnya.. tp skg dah tak ngaja kat tadika dahh.. rindu ngan anak-anak tadika masa tu. ^_~

Follow sini

Bulan Syurga Firdausi said... [Klik sini untuk balas]

tetap pendidik & pewaris nabi :) nawaitu yg penting . . .

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

seronok kan mengajar tadika. budak2 nye comel je.. tengok karenah diorang tu best.

abaikan je cakap2 org lain.

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

alhamdulillah....terima kasih semua....=)

Cik Aqilah Wardah said... [Klik sini untuk balas]

^_^

rasa macam seronok je jadi cikgu tadika.. sy rasa, dengan kanak-kanak je org dewasa akn jd diri diorang sendiri...

insya Allah, He will lead the way..
gud luck!! ;)

p/s: nak start jadi cikgu tadika jgak nxt week.. huhu...

nur_fid said... [Klik sini untuk balas]

Assalamualaikum...
MasyaAllah... sucinya hati adik, sanggup menerima upah dunia yang sedikit untuk meraih habuan akhirat yang besar.

sebenarnya akak pun ada impian utk menjadi cikgu tadika. tapi sedang menunggu masa yang sesuai.... banyak komitmen menyebabkan akak x boleh meninggalkan profesion sekarang. InsyaAllah satu hari nnt akak akan letakkan jawatan juga. dan di masa itu mesti akan ada mulut yang berbunyi 'ruginya berenti kerja...' tapi bagi akak lagi rugi jika mengejar dunia sehingga tanggungjawab yang hakiki terlepas entah ke mana.

terima kasih kerana memberi sedikit semangat kepada akak untuk mencurahkan ilmu dan kasih kepada kanak2. \\moha impian akak untuk mempunyai tadika sendiri akan terlaksana.

amin

Anonymous said... [Klik sini untuk balas]

assalammualaikum..
kak..sy azian.
sy nk minta tolong, beri tunjuk ajar dan nasihat blh? camner yer nk mulakan langkah menjadi guru tadika..
yan umo 21, bru grad diploma in science UiTM, now degree, fikiran yan selalu fikir nk jadi guru tadika sebab minat..kos yan ambil skg ni agak sukar..
hope kak blh bantu serba sedikit...=)
by email..yan.zian@yahoo.com

Unknown said... [Klik sini untuk balas]

Hai,

Kalau ikutkan I ni memang taklah penyabar sangat *ke tak sabar lansung eh?* tapi bila tengok cara cikgu2 Irish kat Tadika - Di wangsa Maju, KL - deal dengan budak2 including my anak tu buat I rasa malu dengan diri sendiri. Sabar betul cikgu2 tu mendidik anak I, mom dia ni pulak asyik nak jadi singa je bila mendidik anak huhuhhuhu.
Selalunya I ni insaf kejap je lah pastu masa naik angin lupa balik kui3x.
Cikgu2 tadika mmg sgt penyabar.. I respect mereka.

Anonymous said... [Klik sini untuk balas]

@Anonymousaslkm. Yan kami di mcdc di bukit antarabangsa ingin menawarkan tugas sebagai guru tadika kpd sesiapa yg berminat. Sila hubungi di talian berikut; 0133446851

Wawa said... [Klik sini untuk balas]

As'salam,actually I pn ambik course yg sama dr UUM..seriusly memang susah nak dpt kerja sb pasaran dan permintaan x ada.Mohon govt berkali2 pn susah juga x dpt ditmbh pula dengan pointer sy yg x cemerlang.Sya pn berminat kerja sebagai guru tadika sebab suka kanak-kanak but my parent lak payah sgt sb sedara mara semua tahu ada degree kn x kan kerja cikgu tadika? lagipun nak cover payment kereta,bilik sewa everthing perlu income yg byk..masa kerja contract gaji RM2k pn x cukup..now me x der kerja kembali yg selalu dpt kerja contract jek x de tetap sush lak tu nak dpt kerja sesuai bidng ni ayik2 call centre :(
*sedih sebab jobless kembali*

Wawa said... [Klik sini untuk balas]

As'salam,actually I pn ambik course yg sama dr UUM..seriusly memang susah nak dpt kerja sb pasaran dan permintaan x ada.Mohon govt berkali2 pn susah juga x dpt ditmbh pula dengan pointer sy yg x cemerlang.Sya pn berminat kerja sebagai guru tadika sebab suka kanak-kanak but my parent lak payah sgt sb sedara mara semua tahu ada degree kn x kan kerja cikgu tadika? lagipun nak cover payment kereta,bilik sewa everthing perlu income yg byk..masa kerja contract gaji RM2k pn x cukup..now me x der kerja kembali yg selalu dpt kerja contract jek x de tetap sush lak tu nak dpt kerja sesuai bidng ni ayik2 call centre :(
*sedih sebab jobless kembali*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...