Home » » Kisah Baru I

Kisah Baru I

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menulis di sini. Ketenangan itu masih ku rasa. Niat aku untuk lebih rajin mengupdate blog tidak kesampaian. Idea juga semakin berkurangan. Ya! Aku sangat sibuk menjalani latihan praktikal sampaikan tiada masa untuk menjengah ke sini walaupun sebentar. Bulan lepas langsung tidak merasa cuti Sabtu dan Ahad. Semuanya gara-gara sibuk dengan program jabatan. 

Pengalaman aku membuat latihan praktikal di sini membuatkan aku takut untuk menghadapi situasi bekerja yang sebenar. Takut andai aku tidak mampu membahagikan masa dengan baik. Takut juga sekiranya aku terlalu sibuk dengan kerja sampaikan tidak punya masa untuk diri sendiri dan keluarga. Tapi, siapalah kita yang nak menentukan apa yang akan berlaku pada masa  depan. Yang penting usaha kita pada hari ini yang akan menentukan apa yang akan berlaku esok hari. Aku teringat pada satu kata-kata hikmah. "Esok sudah tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku hari ini, tapi hari ini masih lagi boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok". 

**********

Tidak banyak yang aku boleh coretkan untuk kalian. Sekadar mengisi masa yang masih berbaki. Suasana untuk bekerja juga semakin pudar dek kerana raya yang semakin menghampiri. Bulan Ramadhan kali ini merupakan bulan yang penuh dengan dugaan untuk aku. Mungkin ini peluang yang diberikan oleh Allah untuk aku  menghapus dosa-dosa lama. Tidak ingin sekali aku bersangka buruk. Setiap ujian yang Allah turunkan pasti ada sebab musababnya. Aku pasti. Aku beruntung dan sangat-sangat bersyukur kerana keluarga sentiasa di sisi. Namun aku sedikit terkilan kerana telah banyak menyusahkan mak dan abah. Ingat bila habis belajar boleh la aku tolong sikit-sikit mak dan abah. Tapi belum sempat aku membalas jasa mereka datang pula dugaan sebegini. Takpee...SABAR....

**********

Oleh kerana takut aku tidak sempat untuk membuka blog pada waktu-waktu yang akan datang ingin sekali aku mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Juga selamat menyambut hari raya khas untuk kalian semua. Semoga rahmat Allah swt sentiasa bersama kita semua..Wassalam~~


 
p/s: 7 September 2011.. Temujanji dengan doktor pakar pulak! Mohon doa kalian semua..Hopefully everything going very well.....^____^

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...