Showing posts with label nukilanku. Show all posts
Showing posts with label nukilanku. Show all posts

Tentang hati

Jika wanita cantik yang kau cari, 
bukan aku orangnya.. 
Jika wanita solehah yang kau inginkan, 
bukan aku orangnya..
Jika wanita ayu yang kau dambakan, 
bukan aku orangnya.. 
Jika wanita kaya yang kau angankan, 
bukan aku orangnya.. 
Jika wanita berpurdah yang kau idamkan, 
juga bukan aku orangnya.. 
Tetapi jika kau mencari wanita yang hendak dibimbing, 
akulah orangnya...

p/s: Sekali-sekala melayan perasaan itu logik. 
Siapalah kita untuk membelakangkan fitrah yang memang telah Allah tetapkan pada setiap hati...

teacher tak baca bismilllah la tu…sebab tu salah…

“Teacher..teacher..nape huruf “g” teacher tu panjang sangat ekonyee…”soal salah seorang anak murid aku dengan penuh perasaan ingin tahu.

Bila aku tengok semula huruf “g” yang aku tulis memang sah la terpanjang sikit ekornya. Tapi pada aku ok je. Cuma mungkin untuk anak-anak kecil ini agak pelik bagi mereka.

“Ha ar la…Teacher rasa teacher tersalah tulis la..takpe..takpe…teacher buat semula yerr…” Dengan rasa yang tidak berperasaan aku pun padamlah “g” tersebut dengan niat untuk menulis semula “g” yang baru. Belum sempat aku menulis tiba-tiba datang satu suara yang sangat-sangat aku kenali.

“Tu laa…teacher tak baca bismilllah la tu…sebab tu salah…” Errrkkkk….Sentap!! Tapi muka tetap kena cool.

“hehee…mekasih Haziq sebab ingatkan teacher…okeyyy, sekarang teacher baca bismillah k…Bismillahirrahmanirrahim….sambil tangan aku menulis huruf “g” di whiteboard.

“Haaa….kan da cantek tuuu…sebab Allah tolong la tuu…” seloroh si anak kecil itu. Allah….terkedu aku seketika. Selepas itu aku lebih berhati-hati dengan segala tindak-tanduk aku sebab anak-anak kecil ini pemerhati yang sangat-sangat hebat!

May Allah bless u Haziq!teacher sayang kamu….

Mood: Mendidik dan terdidik….
Wassalam...

Aku Juga Manusia Sepertimu

Semalam...
Manusia itu ketawa..Ketawa dek kerana melihat lucunya keletah seorang manusia itu...
Semalam..Manusia itu melonjak kegembiraan...Kerana impiannya berkongsi hidup dengan seorang manusia itu tercapai...Semalam juga...Manusia itu tersenyum bahagia...Bahagia kerana merasakan betapa kasihnya seorang manusia itu terhadap dirinya...

Namun...Hari ini...Manusia itu sedih...Sedih kerana harapan yang disandarkan terhadap seorang manusia itu hancur berkecai...Hari ini...Manusia itu menangis...Menangis kerana merasakan peritnya hidup yang dilalui bersama seorang manusia itu...Hari ini juga...Manusia itu kecewa...Kecewa kerana ditemukan dengan seorang manusia itu...

Dan kini...Seorang manusia itu datang...Datang memohon seribu kemaafan sejuta keampunan...Ditangisinya segala kesalahan..Juga dipenuhinya segala kekurangan...Hanya satu yang diinginkan.. Kembalilah kepadanya...

Namun...Manusia itu tetap tegar dengan pendiriannya..
"Tiada kemaafan yang bisa ku berikan untukmu...Hidupku susah keranamu...Apa yang ku hajatkan tidak mampu lagi kau tunaikan.. Pergilah.. Lepaskan ku.. Jangan dicari aku lagi.."

Betapa kecewanya hati seorang manusia itu...Dosa apakah dirinya sehingga tidak boleh dimaafi...Salah apakah dirinya sehingga dibenci...Dipujuk segala rasa di hati...

"Maafkanlah diriku.. Salahku bisa ditegur..Silapku bisa diperbetul...Bukankah sifat seorang manusia itu sentiasa berubah...Andai hari ini aku bisa menjadi baik, tidak semestinya esok diriku masih lagi baik...Begitu juga sebaliknya..Lihat saja dirimu.. Dulu cintamu hanya untukku..Susah senang janji bersama...Tapi kini sekelip mata dirimu berubah..Malah kesusahanku menjadi beban bagimu..Besar apakah salahku hingga keras benar hatimu untuk memaafkan...Kita berdua punya salahnya...Telah ku maafkan segala salahmu terhadapku..Dan kau.. Maafkan lah diriku.. Maafkan ku kerana aku juga manusia sepertimu.. Manusia yang punya banyak kekurangan...Manusia yang sentiasa khilaf dalam mencapai tujuan hidup..Tiada yang sempurna dalam diriku.."

Seorang manusia itu tidak pernah lelah dalam memohon kemaafan..Tidak pernah jemu malah tidak pernah bosan...

Khas buatmu seorang manusia itu...Semoga kau sabar dalam bersabar~~

**********
p/s: Sekadar tulisan biasa yang terhasil dari imaginasi sendiri..Sempena menyambut kedatangan awal Muharam ni jom kita sama-sama menjadikan diri kita lebih baik dari semalam...Jangan hanya setakat memohon kemaafan tapi berilah juga kemaafan..Tak rugi pun malah disukai...Then, daripada kita melihat kekurangan orang lain baiklah kita lihat dan kaji kekurangan diri sendiri..Oke! Salam Maal Hijrah buat sahabat bloggers semua..^__^

Kau Tak Rasa Apa Yang Aku Rasa

"Kau lain Dila. Nasib kau sentiasa baik. Keluarga kau bahagia. Bukan macam aku, ada je yang tak kena. Aku rasa langkah aku ni semuanya tak betul. Malang je sentiasa..." Luah Mia sambil tangannya mematah-matahkan ranting kecil di hadapannya. Kecewa barangkali dek kerana ujian yang tidak putus-putus melanda.

"Siapa kata keluarga aku bahagia? Siapa cakap nasib aku sentiasa baik?? Aku ni 24 jam duduk depan mata kau ke sampai kau boleh nilai susah senang hidup aku macam mana??" Mia memandang tepat anak mata aku. Mungkin terkejut dengan jawapan aku. Bukanlah aku bermaksud untuk mengecilkan hatinya. Tapi aku perlu lebih tegas kali ini. Aku sudah muak mendengar segala keluhan dan rungutan Mia. Aku juga bosan menjadi pendengar yang terlalu setia. Hari ini aku mahu Mia faham akan sesuatu.

"Tapi aku tau hidup kau senang. Hidup kau tak dilanda masalah. Apa yang kau nak selalu kau dapat. Keluarga kau juga sentiasa sokong dengan apa je perkara yang kau nak buat. Kau beruntung~~"

Aku tersenyum~~
Perlahan-lahan aku menggeleng kepala. Kalaulah kau tahu apa yang ada dalam hati ini Mia... Bisikku di dalam hati~~

"Dari celah sisi mana yang kau nampak sampai kau boleh cakap hidup aku senang. Mata yang melihat tidak cukup untuk menafsir segala apa yang ada dalam hati. Senyum yang aku pamerkan tak semestinya bahagia yang ada dalam hati ni Mia..."

Mia menundukkan pandangannya. Mungkin sedang memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk menggambarkan betapa kecewanya dia terhadap hidup yang dijalani.

"Cukup-cukuplah Mia. Jangan terlalu kau fikir malangnya hidup kau. Fikiran kau terlalu negatif hinggakan kau tak nampak nikmat-nikmat lain yang jauh lebih berharga. Cara kau bercakap seolah-olah kau dah berputus asa dengan rahmat Allah."

Mia masih tetap dengan posisinya. Diam~~

"Jangan macam ni Mia~~"
"Tuhan takkan membebankan hamba-Nya melebihi dari kemampuannya. Kau seorang yang kuat sebab tu Allah uji kau. Kau selalu lihat apa yang orang lain ada sampaikan kau tak sedar apa yang kau ada. Kau sepatutnya bersyukur kerana sekurang-kurangnya kau ada keluarga. Ada manusia yang hidup sebatang kara hingga terpaksa menumpang kasih dengan orang lain. Kau kena bersyukur Mia~~ Ujarku perlahan.

"Tapi keluarga aku tak macam keluarga orang lain. Semua buat hal masing-masing. Ada keluarga pun macam tak ada." Mia membalas.

"Ya Allah Mia, sudah-sudahla merungut. Kau sedar tak yang diri kau sekarang ni sedang dihasut syaitan. Kau sedar tak yang sekarang ni syaitan dah berjaya bawa kau sikit-sikit masuk dalam perangkap diorang. Kau tak percaya ke dengan Qada' dan Qadar yang Allah dah tetapkan. Sudahlah~ Istighfar banyak-banyak. Kau kena percaya setiap kesulitan dan kesusahan yang kau hadapi sekarang pasti ada kesenangan di penghujungnya. Takpalah kau susah di dunia yang penting kat akhirat sana kau senang..Insyaallah~"

"Kau senanglah cakap~~
Kau tak rasa apa yang aku rasa~~"
Pantas Mia membalas kata-kataku. 

Susahnya diri ini untuk membuatkan kau sedar Mia. Ya Allah.. Bantulah aku~ Bantulah aku menyedarkan sahabatku ini akan nikmat-Mu yang tak terkira banyaknya...

"Hidup manusia di dunia ni memang takkan pernah sama Mia. Kau takkan rasa apa yang aku rasa dan aku juga memang takkan rasa apa yang kau rasa. Malah walaupun kadang-kadang cerita kita sama, tapi perasaan yang kita alami tetap berbeza. Kau kena ingat ujian yang Allah beri untuk hamba-hamba-Nya tu berbeza-beza. Kesenangan yang Allah bagi untuk sesetengah hamba-Nya juga merupakan ujian. Allah nak lihat samada mereka terus leka dengan kesenangan yang diberi atau sebaliknya. Ada manusia Allah beri dia ujian kemiskinan supaya andai satu hari dia senang dia akan sentiasa membantu golongan-golongan miskin kerana dia dah pernah merasa menjadi miskin. Ada manusia pula Allah uji dengan cara hidup sebatang kara agar andai satu hari nanti datang seorang anak yatim piatu kepadanya akan dia bantu kerana dia pernah merasa susahnya hidup tanpa keluarga. Sabarlah Mia~~Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada hikmah disebaliknya.." Panjang bicara aku kali ini.

Ku lihat Mia. Ada air mata yang jatuh. Tiba-tiba hati ini menjadi sayu melihat wajah yang sedang menangis itu. Ku rapatkan diri dengan Mia lalu ku peluk sahabatku ini.

Semoga kau terus tabah sahabatku~~

-T.A.M.A.T-


Mood: Kadang-kadang kesusahan yang kita alami sekarang mungkin nilainya tinggi di sisi Allah swt. Kita tak tahu tapi Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya..

Maaf untuk segala kekurangan~~


4.48 PM...24 Nov 2011
:::depanlaptop:::
jom Asar!^__^

Maafkan Aku Untuk Setiap Dukamu...

"Maafkan aku atas segala silapku terhadapmu. Maaf juga untuk segala janji yang aku taburkan untukmu selama ini. Biarpun dunia merestui kita. Aku tetap dengan keputusanku. Demi kasihku padamu..kau aku lepaskan.." Tegas Fikri sambil tangannya kaku di papan kekunci laptopnya. Ada sebak di dadanya yang perlu ditahan. 
"Aku perlu kuat!" Bisik hatinya. 

Ada air mata jernih yang bergenang di mata Maisarah. Kata-kata Fikri sangat menghiris hatinya. Perit~~ Namun, digagahkan juga hatinya untuk menerima. Apa yang berlaku hari ini sudah Maisarah jangkakan. Kelakuan Fikri yang sering mengelak untuk berchatting menandakan ada sesuatu yang sedang berlaku. 

"Kenapa......." Hanya perkataan itu yang mampu di taip Maisarah ketika ini. Luka dihatinya sangat pedih mencucuk hati. Hilang segala janji manis. Hancurnya sebuah harapan. Tiada lagi kata-kata indah yang bermain di benaknya..

"Jalan yang kita lalui ini salah Maisarah. Indahnya benar-benar menggoda jiwa namun hakikatnya palsu semata. Aku kasihkan kau dan aku teramat sayang akan keturunanku. Bagaimana mungkin untuk aku mendidik keturunanku ke jalan-Nya seandainya sejak awal lagi diri ini telah terpalit dengan dosa. Aku takut dengan hukuman Allah. Teramat takut diri ini sekiranya kelakuanku hari ini akan merosakkan keturunanku esok hari. Demi kebaikan kau dan aku, inilah jalan yang sebaiknya.." Kini Fikri telah ketemu dengan kekuatan yang dicari. Dia yakin akan keputusannya. Dia pasti inilah yang terbaik untuk dirinya dan Maisarah. Matanya merenung kotak kecil di skrin laptopnya. Sunyi~~

Gugur satu persatu air mata Maisarah. Kata-kata Fikri sangat terkesan dihatinya. Kali ini tangisnya bukan kerana Fikri. Tapi tangisnya berbau keinsafan. Malunya pada diri sendiri tidak terkata. Mulutnya tidak berhenti menyebut kalimah Allah. Terasa begitu hina dan alpanya dirinya selama ini. Maisarah terdiam merenung kehidupan yang telah dilalui. Sememangnya tidak ada ciri-ciri yang akan ada redha-Nya untuk hubungan itu. Maisarah akur~~

"Kira ini ketentuan dari-Nya, aku terima. Terima kasih kerana membenarkan diri ini hadir dalam hidupmu walaupun seketika. Andai hari ini takdir Allah telah memisahkan kita. Semoga satu hari nanti takdir Allah jua yang akan menemukan kita kembali..." Maisarah mendapat kekuatan untuk terus menaip. Berbunyi sebuah pengharapan di sebalik ayatnya. Dia harap Fikri memahami kata-katanya.

"Maisarah... Maafkan aku untuk keberapa kalinya. Seribu kali kemaafan juga andai kata-kataku ini mengguris hatimu. Jangan kau angankan sesuatu yang belum pasti. Kerana pada anganmu itu kelihatan sebuah harapan. Harapan yang kau angankan menjadi sebuah kenyataan. Namun, jika ianya tidak menjadi seperti yang kau harapkan, pasti kau akan kecewa. Kecewa sekali lagi...." Timbul kerisauan di hati Fikri. Dia berharap Maisarah memahami maksudnya. Tidak sampai hatinya untuk melihat Maisarah kecewa untuk kali kedua.

"Maisarah, ingat pesanku. Jangan berharap dengan insan seperti ku. Harapan kau bila-bila masa boleh aku hancurkan. Bila-bila masa juga boleh aku lenyapkan. Sesungguhnya harapanmu itu tidak layak diberikan kepada aku. Berharaplah dengan Allah. Pasti kau akan bahagia. Aku yakini itu. Doaku sentiasa yang terbaik untukmu. Untuk yang terakhir kalinya. Maafkan aku untuk setiap dukamu. Kecintaan kau terhadap tuhan yang satu pasti akan mengubat segalanya..Insyaallah.." Fikri mengakhiri kata-katanya. 

Pasti Maisarah sedang bersedih ketika ini. Gumam hatinya. 
Namun, dia perlu buat keputusan ini. 
Dia memandang sayu kotak kecil itu. 
Tiada balasan dari Maisarah..

Ya Allah.. Kuatkan dirinya....Dan kuatkan hatiku agar teguh dengan pendirianku ini....

p/s: sekadar catatan memori lalu yang telah di edit...^__^

Kerna Aku Bukan Insan Yang Terpilih...

Dia,
Sedang menangis
Meratap malangnya nasib yang menimpa..

Dia,
Hampir terduduk menyembah bumi
Dek kerana beratnya beban yang ditanggung...

Dia,
Merintih pilu bertanya Tuhan
Salah apakah dirinya hingga diduga sebegitu rupa...

Seandainya aku boleh menggantikan tempat Dia,
Pasti akan aku lakukan..
Biar aku menanggung semua...

Namun....
Aku bukan Dia....
Kerna aku bukanlah insan terpilih seperti Dia...

2:45 PM...19 November 2011...
:::d.a.l.a.m.b.i.l.i.k:::

p/s: andai terhurai segala rahsia-Nya pasti kau juga ingin menjadi seperti Dia....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...