Home » » Kau Tak Rasa Apa Yang Aku Rasa

Kau Tak Rasa Apa Yang Aku Rasa

"Kau lain Dila. Nasib kau sentiasa baik. Keluarga kau bahagia. Bukan macam aku, ada je yang tak kena. Aku rasa langkah aku ni semuanya tak betul. Malang je sentiasa..." Luah Mia sambil tangannya mematah-matahkan ranting kecil di hadapannya. Kecewa barangkali dek kerana ujian yang tidak putus-putus melanda.

"Siapa kata keluarga aku bahagia? Siapa cakap nasib aku sentiasa baik?? Aku ni 24 jam duduk depan mata kau ke sampai kau boleh nilai susah senang hidup aku macam mana??" Mia memandang tepat anak mata aku. Mungkin terkejut dengan jawapan aku. Bukanlah aku bermaksud untuk mengecilkan hatinya. Tapi aku perlu lebih tegas kali ini. Aku sudah muak mendengar segala keluhan dan rungutan Mia. Aku juga bosan menjadi pendengar yang terlalu setia. Hari ini aku mahu Mia faham akan sesuatu.

"Tapi aku tau hidup kau senang. Hidup kau tak dilanda masalah. Apa yang kau nak selalu kau dapat. Keluarga kau juga sentiasa sokong dengan apa je perkara yang kau nak buat. Kau beruntung~~"

Aku tersenyum~~
Perlahan-lahan aku menggeleng kepala. Kalaulah kau tahu apa yang ada dalam hati ini Mia... Bisikku di dalam hati~~

"Dari celah sisi mana yang kau nampak sampai kau boleh cakap hidup aku senang. Mata yang melihat tidak cukup untuk menafsir segala apa yang ada dalam hati. Senyum yang aku pamerkan tak semestinya bahagia yang ada dalam hati ni Mia..."

Mia menundukkan pandangannya. Mungkin sedang memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk menggambarkan betapa kecewanya dia terhadap hidup yang dijalani.

"Cukup-cukuplah Mia. Jangan terlalu kau fikir malangnya hidup kau. Fikiran kau terlalu negatif hinggakan kau tak nampak nikmat-nikmat lain yang jauh lebih berharga. Cara kau bercakap seolah-olah kau dah berputus asa dengan rahmat Allah."

Mia masih tetap dengan posisinya. Diam~~

"Jangan macam ni Mia~~"
"Tuhan takkan membebankan hamba-Nya melebihi dari kemampuannya. Kau seorang yang kuat sebab tu Allah uji kau. Kau selalu lihat apa yang orang lain ada sampaikan kau tak sedar apa yang kau ada. Kau sepatutnya bersyukur kerana sekurang-kurangnya kau ada keluarga. Ada manusia yang hidup sebatang kara hingga terpaksa menumpang kasih dengan orang lain. Kau kena bersyukur Mia~~ Ujarku perlahan.

"Tapi keluarga aku tak macam keluarga orang lain. Semua buat hal masing-masing. Ada keluarga pun macam tak ada." Mia membalas.

"Ya Allah Mia, sudah-sudahla merungut. Kau sedar tak yang diri kau sekarang ni sedang dihasut syaitan. Kau sedar tak yang sekarang ni syaitan dah berjaya bawa kau sikit-sikit masuk dalam perangkap diorang. Kau tak percaya ke dengan Qada' dan Qadar yang Allah dah tetapkan. Sudahlah~ Istighfar banyak-banyak. Kau kena percaya setiap kesulitan dan kesusahan yang kau hadapi sekarang pasti ada kesenangan di penghujungnya. Takpalah kau susah di dunia yang penting kat akhirat sana kau senang..Insyaallah~"

"Kau senanglah cakap~~
Kau tak rasa apa yang aku rasa~~"
Pantas Mia membalas kata-kataku. 

Susahnya diri ini untuk membuatkan kau sedar Mia. Ya Allah.. Bantulah aku~ Bantulah aku menyedarkan sahabatku ini akan nikmat-Mu yang tak terkira banyaknya...

"Hidup manusia di dunia ni memang takkan pernah sama Mia. Kau takkan rasa apa yang aku rasa dan aku juga memang takkan rasa apa yang kau rasa. Malah walaupun kadang-kadang cerita kita sama, tapi perasaan yang kita alami tetap berbeza. Kau kena ingat ujian yang Allah beri untuk hamba-hamba-Nya tu berbeza-beza. Kesenangan yang Allah bagi untuk sesetengah hamba-Nya juga merupakan ujian. Allah nak lihat samada mereka terus leka dengan kesenangan yang diberi atau sebaliknya. Ada manusia Allah beri dia ujian kemiskinan supaya andai satu hari dia senang dia akan sentiasa membantu golongan-golongan miskin kerana dia dah pernah merasa menjadi miskin. Ada manusia pula Allah uji dengan cara hidup sebatang kara agar andai satu hari nanti datang seorang anak yatim piatu kepadanya akan dia bantu kerana dia pernah merasa susahnya hidup tanpa keluarga. Sabarlah Mia~~Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada hikmah disebaliknya.." Panjang bicara aku kali ini.

Ku lihat Mia. Ada air mata yang jatuh. Tiba-tiba hati ini menjadi sayu melihat wajah yang sedang menangis itu. Ku rapatkan diri dengan Mia lalu ku peluk sahabatku ini.

Semoga kau terus tabah sahabatku~~

-T.A.M.A.T-


Mood: Kadang-kadang kesusahan yang kita alami sekarang mungkin nilainya tinggi di sisi Allah swt. Kita tak tahu tapi Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya..

Maaf untuk segala kekurangan~~


4.48 PM...24 Nov 2011
:::depanlaptop:::
jom Asar!^__^

6 comments:

NyRah Rara said... [Klik sini untuk balas]

kita selalu nampak apa yang ada kat orang lain..padahal ALLAH da berikan yang terbaik buat kita ^^

NEPH said... [Klik sini untuk balas]

inilah org cakap...gajah depan mata x nampak...sbb apa, mata dah jadik buta...

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@NyRah Rara
kite xnmpak sbb kite slalu mntak ape yg kite mahu..tp Allah beri ape yg lbih kite perlukan~~ =)

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@NEPH
buta dek krana suka melihat kelebihan org lain smpai xsedar kelebihn dri sendiri...

NEPH said... [Klik sini untuk balas]

salah tu cik dila...buta kerna nampak kaki gajah jew depan mata..sebab tu x nampak...huhu

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@NEPH
huhu..yela..bole diterime..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...