Home » , » Maafkan Aku Untuk Setiap Dukamu...

Maafkan Aku Untuk Setiap Dukamu...

"Maafkan aku atas segala silapku terhadapmu. Maaf juga untuk segala janji yang aku taburkan untukmu selama ini. Biarpun dunia merestui kita. Aku tetap dengan keputusanku. Demi kasihku padamu..kau aku lepaskan.." Tegas Fikri sambil tangannya kaku di papan kekunci laptopnya. Ada sebak di dadanya yang perlu ditahan. 
"Aku perlu kuat!" Bisik hatinya. 

Ada air mata jernih yang bergenang di mata Maisarah. Kata-kata Fikri sangat menghiris hatinya. Perit~~ Namun, digagahkan juga hatinya untuk menerima. Apa yang berlaku hari ini sudah Maisarah jangkakan. Kelakuan Fikri yang sering mengelak untuk berchatting menandakan ada sesuatu yang sedang berlaku. 

"Kenapa......." Hanya perkataan itu yang mampu di taip Maisarah ketika ini. Luka dihatinya sangat pedih mencucuk hati. Hilang segala janji manis. Hancurnya sebuah harapan. Tiada lagi kata-kata indah yang bermain di benaknya..

"Jalan yang kita lalui ini salah Maisarah. Indahnya benar-benar menggoda jiwa namun hakikatnya palsu semata. Aku kasihkan kau dan aku teramat sayang akan keturunanku. Bagaimana mungkin untuk aku mendidik keturunanku ke jalan-Nya seandainya sejak awal lagi diri ini telah terpalit dengan dosa. Aku takut dengan hukuman Allah. Teramat takut diri ini sekiranya kelakuanku hari ini akan merosakkan keturunanku esok hari. Demi kebaikan kau dan aku, inilah jalan yang sebaiknya.." Kini Fikri telah ketemu dengan kekuatan yang dicari. Dia yakin akan keputusannya. Dia pasti inilah yang terbaik untuk dirinya dan Maisarah. Matanya merenung kotak kecil di skrin laptopnya. Sunyi~~

Gugur satu persatu air mata Maisarah. Kata-kata Fikri sangat terkesan dihatinya. Kali ini tangisnya bukan kerana Fikri. Tapi tangisnya berbau keinsafan. Malunya pada diri sendiri tidak terkata. Mulutnya tidak berhenti menyebut kalimah Allah. Terasa begitu hina dan alpanya dirinya selama ini. Maisarah terdiam merenung kehidupan yang telah dilalui. Sememangnya tidak ada ciri-ciri yang akan ada redha-Nya untuk hubungan itu. Maisarah akur~~

"Kira ini ketentuan dari-Nya, aku terima. Terima kasih kerana membenarkan diri ini hadir dalam hidupmu walaupun seketika. Andai hari ini takdir Allah telah memisahkan kita. Semoga satu hari nanti takdir Allah jua yang akan menemukan kita kembali..." Maisarah mendapat kekuatan untuk terus menaip. Berbunyi sebuah pengharapan di sebalik ayatnya. Dia harap Fikri memahami kata-katanya.

"Maisarah... Maafkan aku untuk keberapa kalinya. Seribu kali kemaafan juga andai kata-kataku ini mengguris hatimu. Jangan kau angankan sesuatu yang belum pasti. Kerana pada anganmu itu kelihatan sebuah harapan. Harapan yang kau angankan menjadi sebuah kenyataan. Namun, jika ianya tidak menjadi seperti yang kau harapkan, pasti kau akan kecewa. Kecewa sekali lagi...." Timbul kerisauan di hati Fikri. Dia berharap Maisarah memahami maksudnya. Tidak sampai hatinya untuk melihat Maisarah kecewa untuk kali kedua.

"Maisarah, ingat pesanku. Jangan berharap dengan insan seperti ku. Harapan kau bila-bila masa boleh aku hancurkan. Bila-bila masa juga boleh aku lenyapkan. Sesungguhnya harapanmu itu tidak layak diberikan kepada aku. Berharaplah dengan Allah. Pasti kau akan bahagia. Aku yakini itu. Doaku sentiasa yang terbaik untukmu. Untuk yang terakhir kalinya. Maafkan aku untuk setiap dukamu. Kecintaan kau terhadap tuhan yang satu pasti akan mengubat segalanya..Insyaallah.." Fikri mengakhiri kata-katanya. 

Pasti Maisarah sedang bersedih ketika ini. Gumam hatinya. 
Namun, dia perlu buat keputusan ini. 
Dia memandang sayu kotak kecil itu. 
Tiada balasan dari Maisarah..

Ya Allah.. Kuatkan dirinya....Dan kuatkan hatiku agar teguh dengan pendirianku ini....

p/s: sekadar catatan memori lalu yang telah di edit...^__^

6 comments:

E'in said... [Klik sini untuk balas]

hadoi.. sedihnye cite nie..

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@♥e'in♥
lg sedih diri ini..tp msih mmpu tersenyum...^_^

Ayie Abas said... [Klik sini untuk balas]

hati wanita...ermmm mahu daku menyelaminya...tapi mampukah daku...?

NorFarahin@aien said... [Klik sini untuk balas]

sedih cite ni..tp ad mksud tersirat terselit d situ....huu..
mahalkan harga cintamu,
jangan jadikan cintamu cinta murahan yang tiada nilai pada pandangan..
usah bimbang, suatu masa nanti, bila tiba saat itu,
kamu tetap akan dipertemukan dengan seseorang.. inshaAllah ^^

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@Ayie Abas
sedlm2 lautan, dlm lg hati mnusia..dlmnya lautn bole diduga..dlmnya hati mnusia tiada siapa yg tahu...

cik dila said... [Klik sini untuk balas]

@::Wardatul Shauqah::
amin ya rabb...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...