Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

e.x.a.m.m.o.o.d.

Assalamualaikum wbt...
Rasa dah lama sangat tidak menconteng-conteng di sini. Aku benar-benar dalam kesibukan. Tak pernah rasa sibuk macam ni. Sibuk apa?? Aku pun tak sure la. Korang layankan jelee...

My final exam is coming!!! Tapi satu buku pun tak buka lagi ni kecuali mukabuku. Memang tiap-tiap hari aku buka.

11 May-25 May.. Tak ada masa aku nak update blog tapi itu tidak bermakna "no blogging"!huhu.. Doakan kejayaan diri ini. Semoga exam ni akan menjadi exam terakhir aku di sini. Amin ya Rabb...

14, 15, 16..tanpa gap!adehh.. 


Kepada sahabat-sahabat yang berada dalam mood exam, selamat berjuang di medan peperiksaan.
Semoga dipermudahkan untuk menjawab. Insyaallah..
Pray for our success!


p/s:   
Adakah kita hanya akan sedar dan memahami apa yang diinginkan oleh ibu dan ayah setelah kita sendiri menjadi seorang emak atau menjadi seorang bapa? Kalau begitu, kita mungkin sudah terlewat..(-_-)
-selamat hari ibu-

Nak makan pun ada protokol ke?

Assalamualaikum wbt.....
Rasa sudah lama sangat tidak update blog . Semuanya gara-gara jadual yang sangat-sangat padat. Sampaikan nak buat satu entri pun tidak sempat. Hari ini nasib baiklah ada masa yang boleh dicuri tapi dengan syarat kena taip cepat-cepat. Kalau tak nanti semua kerja tak jadi nak buat. 

Minggu ini macam-macam seminar aku pergi. Seminar keusahawanan la, diskusi politik la, program praktikum la.. Macam-macam la. Belum lagi dengan kuliah yang tak boleh nak ponteng lagi dah. Sebab dah banyak kali sangat ponteng. Kalau ponteng lagi jawabnya semester depan aku ada lagi la kat UUM ni. 

Yang aku suka bab-bab pergi seminar atau mana-mana program ni adalah makanan dia! Makan memang puas hati. Program dari pagi sampai petang. Pagi-pagi dah tersedia sarapan. Pukul 10:30am ada kudapan. Pukul 1:00 pulak makan tengahari. Petang sebelum balik ada minum petang. Kalau lah tiap-tiap hari macam ni makin membulatlah aku jawabnya. Hancur program diet aku. Bila dah makan banyak-banyak menyesal tapi kalau tak makan lagi lah menyesal. Rugi la kan dah bayar tapi tak makan.huhuu..(alasan)

Nak suruh kome semua layan gambar masa aku n the geng pergi kursus etika dan protokol. Kursus ini wajib di ambil untuk budak-budak course aku. Member-member satu batch semua dah ambil masa sem 3&4. Kami je lewat ambil. 

muka masing-masing dah kenyang..habis-habis je dapat sijil terus!^__^

tension sangat tunggu bas tak sampai-sampai..at last call kereta sapu..

kami dah sem akhir di uum ni!!^___^

makan roti jeke?????

sedap!!tapi cepat muak..

roti dah masuk perott...

yang dinanti-nanti....muncul juga akhirnya!

Sebenarnya kursus ini adalah kursus untuk kita belajar macam-mana etika makan yang betul bila kita berada di dunia profesional. Sangat-sangat berprotokol okey! Dan sangat-sangat tidak nikmat bila kena makan dengan etika dan protokol yang betul. Nak pegang sudu dan garfu pun ada cara dia. Malah nak minum air pun ada etika yang perlu diikut. Sebab tulah kalau kita tengok orang-orang korporat ni bila datang majlis makan punyalah sikit je. Sebabnya makan kat rumah atau kedai mamak juga yang best! 

Okey! Tak nak bebel panjang-panjang. Esok ada role play Spanish. So malam ni kena berlatih habis-habisan.    Nak dapat markah punya pasal. Doakan aku dapat berlakon dengan baik!!huhuu... 

p/s: Antara mayonis dan belacan yang mana akan ku pilih???(-_-!)

UPDATE: untuk "tumbesaran gambar dan view yang lebih cantik" sila right clik kat gambar then open in new tab okey!..^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...