Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

kata hati..

Andai rasa marah itu hadir...diam itu pengubatnya....
Andai rasa kecewa itu menghampiri....diam itu penawarnya...
Diam....diam....diam.....
Itu mungkin yang terbaik...

Tetapi berdiam itu dengan manusia.....bukan dengan Yang Esa...

Mahu mengubat hati yang luka...pergilah kepada Allah...
Mahu mencari hati yang tenang...pergilah kepada Allah...
Mahu mengadu domba.....pergilah kepada Allah...
Tiada yang Maha Mendengar melainkan Allah......

Kerana hakikatnya....hati yang sedang terluka itu penciptanya adalah Allah...
Hati yang tidak tenang itu pemiliknya hanyalah Allah.....
Dan hati yang sering berbolak balik itu pemegangnya adalah Allah... 
Maka tiada penawar yang selayaknya melainkan Allah...

Segalanya kembali kepada Allah.....Allahu Rabbi....

Ya Allah...ku mohon keampunan dan rahmat-Mu...biarkanlah hati ini mencintai-Mu sepenuhnya...sepenuhnya Ya Allah! Jika hanya dengan beban ujian-Mu mampu membuatkan hati ini khusyuk merintih terhadap-Mu, maka aku redha Ya Allah...kerana hakikatnya...ujian kegembiraan itu lebih sukar untuk aku hadapi......


pujuk hati...

Kita sering rasa untuk melakukan sesuatu perubahan untuk diri kita... Namun pada orang lain, kenapa mesti nak ubah itu @ ini...yang sudah sedia ada ni pun dah okeyy..yang penting kan niat..(katenyelaa)

Kadang-kadang...bila kita nampak orang pakai sopan-sopan, tutup aurat elok-elok...kita pun teringin nak jadi macam tu...tapi bila dengar orang di sebelah kata.."ala..belum tentu pakai baju labuh-labuh, tudung labuh-labuh tu baik...baiklah pakai biasa-biasa je"

Tapi......banyak kali aku dah fikir...berulang-ulang...kenapa mesti kita kisah dengan kata orang. Kalau kita masuk neraka bukan dia yang boleh tolong kita. Then, kenapa mesti ragu-ragu untuk buat benda yang dah sah-sah memang baik.Ya Allah...bantulah hamba-Mu yang sangat lemah ini ya Allah....kuatkan hati ini agar tetap teguh di atas jalan-Mu....

Kita sering memandang pada sisi dan tempat yang sama. Namun tafsirannya mungkin berbeza. Apa yang ada di hati hanya Allah yang Maha Mengetahui....

“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali

p/s: maaf untuk post yang agak bercelaru....sekadar kata-kata untuk memujuk diri..doakan saya kawan-kawan...

Teacher…oo teacher…


“Teacher…oo teacher….” Bersungguh-sungguh haziq memanggil aku sambil tangannya menggoncang-goncang tangan aku minta diperhatikan.

“Yer haziq sayang…nape…..” aku membalas dengan nada yang agak malas di situ.

“teacherrr…. Haziq rase kan nanti kalo Haziq da besaaa haziq nak jadik orang yang bawak sampah tu..Haziq nak bawak lori sampah la teacherrrr….”  Sambil tangannya menunjuk ke arah beberapa orang yang sedang mengangkut sampah-sampah di luar.

Ternganga sebentar aku dengan kata-kata haziq..... -_-!!!

“teacherrrr…teacher dengaa tak haziq cakap nieee….” 

“Errrr….. haaa..dengarla…teacher  tengah dengar la ni…” Rasa sedikit tidak puas hati dengan kata-kata haziq aku pun bertanya lagi sekali.

“betulke nanti da besaa haziq nak bawak lori sampah..nape haziq nak bawak lori sampah pulakk…??” Beria aku mengaju soalan terhadap haziq.

“yelaaa..haziq nak kutip la sumee sampah kat tanah tuu..kan kotooo..Allah kan suke yang berseh-bersehh..nanti kalo haziq tak kutip nanti makin banyakla sampah..pastuu mesti Allah tak nak dekat dengan haziq….” Allah ya Allah! Touching! Terus aku peluk anak kecil itu. Tak tahan! Mengalir air mata dengan kata-kata si hebat Haziq!Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kamu sayang!=)

Mujahadah Untuk-ku...

Sejak kebelakangan ini rasa seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran. Aku sendiri tak pasti. Mungkin kerana perubahan drastik yang aku lakukan menyebabkan jiwa seperti resah. Ya! Aku resah dengan kehidupan yang aku lalui. Seakan ada sesuatu yang tak kena. Kenapa?? Mengapa??? Semakin banyak persoalan yang seolah-olah sengaja hadir semata-mata untuk melemahkan semangat ini. Ya Allah...hadirkan rasa tabah itu...

Rasa hati yang bercelaru membuatkan aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah berjumpa mak dan abah. Subhanallah...hebatnya penangan seorang mak dan abah. Alhamdulillah...Hati kembali tenang. Aku pasti inilah jalan yang terbaik untuk ku yang telah Allah tetapkan...

Ya Allah.. Jika tempat ini sememangnya terbaik untukku, Kau tetapkan hatiku agar terus di sini..
Ya Allah.. Sekiranya tempat ini juga yang akan membuatkan aku semakin dekat dengan-Mu, Kau cekalkanlah hatiku agar tetap tabah mengharungi ujian-ujian yang akan menjadi penghapus dosa-dosa lalu ku...
Jangan Kau tarik hidayah ini dariku Ya Allah...
Aku pasti ujian ini merupakan tarbiyah dari-Mu...
Hadirkan aku rasa redha dalam mencari keredhaan-Mu Ya Rabbi...

Wahai diri...inilah mujahadah mu...

Mood: Mencari jalan pulang.....Segalanya kembali kepada Allah...

Ujian Itu Indah!

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas kesempatan yang diberikan ini. Terlalu-lalu lama rasanya tidak menjengah blog ini. Tidaklah sesibuk mana tapi mungkin kerana tiada idea dan yang paling penting ketiadaan internet amat-amat menyukarkan aku untuk mengupdate. Dah berangan nak pakai broadband tapi duit pulak TAKDE...so....Tunggu ada duitla yerk.. Sekarang saya adalah penganggur terhormat..^___^ .. Sebelum entri ini menjadi panjang lebar amat-amat ingin sekali aku untuk memberitahu kalian bahawasanya tulisan aku di dalam blog ini akan berubah mengikut mood aku. Jadi janganlah pening kepala bila nampak sekejap aku membahasakan diri "aku" atau "saya". 

**********
Okeylah.. Praktikal pun dah habis. Sekarang aku tengah sibuk mencari peluang-peluang kerja yang ada. Tak kisahlah kerja apapun yang penting halal. Aku pun tak segan silu nak cakap yang aku buat bisnes pisang goreng kat depan rumah. Tapi bukan kat rumah aku, kat rumah keluarga angkat aku. Mula-mula malu-malu kucing jugaklah. Tapi dah lama-lama muka pun jadi muka tak tahu malu. Yang penting duit masuk.huhuuu.. Aku pun tak pernah terfikir akan jual pisang goreng kat depan rumah ni. Semuanya tiba-tiba. Mungkin tuhan nak tunjuk betapa susahnya nak mencari duit. Seriously aku dah merasa. Bukan senang ok. Nak kumpul jadi sepuluh ringgit pun payah. Alhamdullillah, pengalaman ni membuatkan aku lebih menghargai mak bapak aku. Aku jadi kagum kerana walaupun cuma bapak aku seorang yang bekerja dengan gaji yang tak cecah seribu, namun diorang dapat membesarkan kami 6 beradik dengan sempurna. Aku yakin semuanya kerana diorang IKHLAS. Ikhlas dalam membuat apa sahaja. Ikhlas dalam mendidik kami 6 beradik. Ikhlas dalam mencari rezeki yang halal dan yang paling penting ikhlas menghadapi ujian-ujian yang Allah beri. 

Tidak dinamakan "hidup" sekiranya tiada dugaan. Nak dapatkan kehidupan yang indah perlulah bersusah payah dulu. Tapi angan-angan orang sekarang tinggi. Semuanya nak yang indah-indah belaka. Bila tiba-tiba susah mendatang terus jatuh terjelepuk seolah-olah susah tu akan bersama dengan diorang sampai bila-bila. Aku kadang-kadang pelik dengan orang sekarang. Tak boleh susah sikit. Ada je yang mengalah terus. Padahal waktu susah itulah yang akan mengajar kita untuk lebih mengenal erti hidup dan erti bertuhan. Tuhan dah bagi kita peluang untuk muhasabah balik perkara-perkara yang telah kita buat. Mungkin ada silap kita di mana-mana. Kita sepatutnya bersyukur kerana menjadi insan yang dipilih Allah untuk menerima ujian-Nya. Itu petanda yang Allah sayang dan mahu kita membetulkan kesilapan kita. Bayangkan kalau kita terus leka dengan kesilapan kita apakah yang jadi?? Ya Allah!!Tak sanggup nak membayangkan..Terima kasih untuk segala ujian-Mu Ya Allah....

**********
Apa yang aku tulis ni sama-sekali tidak dirancang dan di draf. Tiba-tiba masuk bab ikhlas dan dugaan. Mungkin kerana orang-orang dikeliling aku sedang diuji dengan bermacam jenis ujian membuatkan fikiran aku lebih ke arah itu. Aku sendiri sedang diuji. Tapi mungkin aku sedar yang ujian ini membuatkan aku lebih rapat dengan Allah menyebabkan aku tak terasa beban dengan ujian tersebut. Ya! Tidak mudah untuk ikhlas dan terkadang lupa untuk menahan sabar dengan ujian ini. Tapi keyakinan yang kuat bahawa setiap kesulitan itu pasti terselit kesenangan membuatkan aku mampu menghadapinya hingga hari ini. Kalau kita rasa diri kita sangat susah dan menyedihkan sebenarnya ada orang yang lagi susah dan lagi menyedihkan nasibnya dari kita.  Percayalah!

Sesusah-susah kita, kita masih mampu merasa nikmatnya makanan. Ada orang sampai mati kelaparan kerana tiada makanan. Sesusah-susah kita, kita masih merasa nikmatnya rumah berdinding batu dan beratap. Tapi ada orang terpaksa berbumbungkan langit dan berdindingkan kotak..Ya Allah... Aku bersyukur di atas segala nikmat ini. Nikmat sakit, nikmat susah..kerana dengan nikmat ini mampu membuatkan aku merasa nikmatnya syurga-Mu...Amin...Amiinnn.T_T


p/s: Bersedia untuk temujanji yang ke-4....

Rindu KAMU...

Assalamualaikum wbt.....
Alhamdulillah masih lagi di sini...
Tiap-tiap hari menghadap en.laptop membuatkan hati ini terdetik kebosanan...
Tapi tidak pula aku membiarkan ianya sepi kerana hanya inilah satu-satunya peneman diri...

Di subuh nan sepi ini...
Ada sesuatu yang bermain di hati...
Indahnya hidup jika ada yang menemani...
Lagikan bahagia hidup jika hati telah terisi...
Siapakah yang bakal bertakhta di hati...
Siapa juga yang akan menjadi peneman sehidup dan semati...

Adakah engkau sunyi???
Atau sepikah bila engkau sendiri???
Hati ini berbisik sendiri...
Tidak cukupkah Allah di hatimu???
Ragukah engkau dengan ketentuan-Nya???
Tidak percayakah engkau pada janji-Nya???
Hati ini bermonolog lagi...

Astagfirullahalazim....
Ampunkan aku di atas khilaf ku ya Allah...
Ampunkan aku juga kerana lalai ku pada dunia Mu ya Rabbi...
Bersyukurlah kerana diri ku masih begini...
Kerana dengan cara ini aku terselamat dari salah satu nikmat duniawi yang sementara amat....
THANK YOU ALLAH FOR THE BLESSINGS YOU HAVE GIVEN...
 
 

p/s:
ALLAH...aku merindui-Mu...(-_-)



Bila ilmu tanpa amal...

Assalamualaikum wbt...

Terdapat satu kisah dimana seorang pelajar bertanya pada seorang ustaz. 

Ustaz, tolonglah jawab soalan saya. Saya benar-benar inginkan jawapan dari ustaz.

Ustaz itu menjawab..

Tanya sajalah wahai anak murid ku. Andai ada soalan pasti akan ada jawapannya.

Pelajar itu terus bertanya..

Saya agak pelik tentang satu perkara wahai ustaz. Kenapa ramai orang yang ada pendidikan agama yang tinggi boleh terlibat dengan gejala yang sudah jelas-jelas Allah larang. Malah mereka langsung tidak merasa bersalah. Tolong ustaz jelaskan pada saya. Saya benar-benar ingin tahu.


Ustaz itu tersenyum lalu menjawab..

Jawapannya sangat-sangat mudah wahai anak murid ku. Hal ini kerana mereka hanya punya ilmu tapi mereka tidak beramal dengan ilmu tersebut. Ilmu tanpa amal diibaratkan seperti pohon yang tidak berbuah. Berkatnya  ilmu seseorang itu apabila dia beramal dengannya. 

Bukankah orang bijak pandai sudah mengatakan bahawa ilmu tanpa amal itu sia-sia semata. Kamu belajarlah setinggi mana pun. Tapi sekiranya ilmu yang kamu dapat itu kamu tidak amalkan ianya hanyalah sia-sia malah hanya akan menjadi beban untuk mu di akhirat nanti. 


p/s: 
Tempat: Dewan Seminar Kompleks Pusat Islam Baru (UUM)
Tajuk: Rasuah, Islam dan Mahasiswa

Sekadar renungan bersama

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah aku masih di sini. Aku masih mampu menaip. Aku masih mampu berfikir dengan baik. Juga masih mampu menggunakan segala nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah... Dua hari aku meninggalkan blog ini tanpa sebarang catatan. Bukan kerana dilanda kesibukan, cuma tiada idea yang dapat aku kongsikan.

Bila seharian tidak menulis rasa jiwa bagaikan sepi. Mungkin rasa ini akan berkurang bila aku sudah bosan dengan alam blog ini. Tapi buat masa ini, izinkanlah aku mencatat segala rasa dan buah fikiran aku di sini. Maafkan aku juga andai terdapat catatan rasa di blog ini yang berbentuk emosi dan peribadi. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang kadang-kala tidak mampu menahan gelodak di hati. Sebagai salah satu terapi diri, blog inilah yang ku cari.

Hari ini tiba-tiba hati terasa seperti ada sesuatu yang perlu aku kongsikan dengan kalian. Semoga ianya dapat dijadikan sebagai peringatan kita bersama.Sedang aku membelek berita harian online di en.laptop, mata aku tiba-tiba berhenti pada satu tajuk yang membuatkan aku berfikir sejenak. 

Aku terfikir apa sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka sehingga meraka sanggup berbuat begitu. Apa yang mereka cari dalam hidup ini. Tidak takutkah mereka dengan azab Allah. Aku teringat kata-kata dari seorang ustaz yang hadir di sini untuk memberi ceramah. 

"Tanda Allah sayang pada kita, bila kita mahu membuat kejahatan akan muncul satu musibah untuk kita. Itu maknanya Allah suruh kita berfikir dan belajar dari musibah tersebut. Tapi tanda Allah tidak sayang pada kita, bila mana kita membuat kejahatan, kita tidak berasa apa-apa. Malah akan mengulangi kejahatan tersebut."

Astagfirullahalazim.. Tiba-tiba hati menjadi sangat-sangat takut. Aku takut bila mana hidayah Allah itu pergi tanpa sempat aku gunakan sebaiknya. Hidayah Allah itu perlu dicari bukan dinanti. Ya! Aku juga teringat dengan satu pesanan dari  seorang yang aku kasihi. 

"Hidayah Allah itu ada dimana-mana. Ia tidak pernah jauh melainkan kita yang jauh darinya"

Benar hidayah itu milik Allah dan Dia lah yang berkuasa menentukan  pada siapa akan diberikan hidayah itu. Tapi usaha untuk mendapatkannya berada di tangan kita sendiri. Bagaimana kita mahu mendapat hidayah Allah sedangkan Al-Quran dan Sunnah yang wajib dijadikan sebagai panduan kita ketepikan. Kita mahukan hidayah Allah, tapi kita sendiri tak berusaha untuk dekat pada-Nya. Sama-sama kita renungkan....

Satu lagi kata-kata beliau yang sentiasa tersemat diingatan. 

"Tidak susah sebenarnya nak menilai seseorang. Lihat saja pada solat 5 waktunya. Jika sempurna solatnya  maka sempurnalah cara hidupnya. Tapi jika solat 5 waktu itu sahaja tidak mampu di jaga maka adalah cacat celanya"

Maksudnya di sini seseorang yang menjaga solatnya pasti mampu menjalani hidup dengan cara yang selamat dan diredhai. Kalau dilihat masalah-masalah sosial yang berlaku sekarang, walaupun pelbagai kempen dan usaha membanteras giat dijalankan tapi masalah ini tidak pernah dapat diselesaikan. Malah semakin berleluasa. Kalian rasa apa sebenarnya yang menjadi punca semua permasalahan ini. Jawapannya adalah solat.

Perkara ini sekiranya diulas dengan Al-Quran dan Hadis maka semakin panjanglah entri ini. Tapi seperti yang aku katakan pada entri-entri yang lepas. Tahap aku bukan di situ. Apa yang aku kongsikan di sini adalah melalui pemahaman aku dan juga pesanan dari orang-orang yang rapat dengan ku. Semoga dengan cara menulis begini akan dapat memberi manfaat pada kita semua. Aku sendiri masih belajar memperbaiki diri. Sama-samalah kita...wallahualam.... 

p/s:

Kalau nak tahu apa yang membuatkan aku tiba-tiba berfikir begini klik  SINI. 

Seorang yang amat aku kasihi adalah abah aku! Terima kasih abah....

Bahagia


Aku mahu mencatat sesuatu di sini...
Tapi bukan sekarang...
Mungkin di lain hari...
Aku kembali mengarang...

Mood: Aku bahagia dengan apa yang aku yakini kebenarannya..






Pilihlah apa saja tajuk yang kalian mahu

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..
ihsan dari pakcik google..
Hari ini tak ada tajuk atau topik yang tepat untuk aku kongsikan dengan kalian semua. Walaupun begitu, jari-jari aku daripada tadi meronta-ronta meminta sesuatu seolah-olah mahu menari di en.keyboard. Hati hanya menurut. Apa yang terlintas difikiran itulah yang akan aku luahkan. 

Hanya sekadar berkongsi setiap apa yang dirasa. Tidak pernah aku memaksa kalian untuk membaca. Jika ada yang sudi membaca terima kasih tidak terhingga. Andai tidak sudi tidak mengapa. Kalian berhak memilih apa yang kalian rasa. 

Maaf andai catatan rasa di blog ini membuatkan kalian berasa entah apa-apa. Apa yang aku tulis adalah apa yang aku rasa. Tidak pernah berniat untuk menyinggung sesiapa. Andai ada yang terasa maaf aku pinta. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa. Tidak terlepas dari khilaf dan dosa. Namun aku sentiasa berusaha untuk menjadi lebih dewasa. Sokonglah aku wahai sahabat-sahabat semua. Maaf sekali lagi pada hati yang terluka. 

Andai ada yang salah, tegurlah. Andai ada yang berkecil hati, berterus-teranglah. Jangan dipendam perasaan marah. Kerana implikasinya amat parah. Dendam itu menyakitkan diri. Dendam itu menghitamkan hati.  Ucapkan kemaafan biarpun tidak melakukan kesilapan. Kerana dengan kalimah itu ia mampu meredakan sebuah kemarahan. 

p/s:
Tidak mahu berkata pada sesiapa, hanya sekadar peringatan untuk diri sendiri. Kita sering memandang kehidupan orang lain sangat membahagiakan sehingga kita lupa dengan setiap apa yang kita ada. Bersyukurlah untuk segala nikmat yang telah diberikan-Nya.

Minta maaf untuk ayat yang terbelit-belit. Harap kalian semua faham dengan apa yang aku nak sampaikan..^___^

Peringatan untuk diri ini...

Assalamualaikum.. 

Dah pukul 3:50am. Tapi masih tak tidur lagi. Hanya mengadap en.laptop mencari sedikit maklumat untuk presentation minggu depan. Terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan. Tapi tetap nak tunggu minit-minit terakhir baru terhegeh-hegeh nak siapkan. 

Hari ini tak ada beza dengan hari-hari semalam. Tetap masih di bumi Sintok melihat gelagat manusia yang bermacam-macam ragam. Ada yang mencuit hati, ada yang membuatkan hati ini tersentuh dan ada juga yang membuatkan aku berasa geram. 

Melihat gelagat manusia yang bermacam-macam ragam tu membuatkan aku terfikir yang kita ni semakin lupa dengan hukum agama. Termasuklah tuan punya diri yang sangat-sangat lemah ini. Namun, aku sentiasa mengingatkan diri sendiri, yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk minta agar dijauhkan. Amin-amin ya rabb... Sememangnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Tapi tidaklah salah andai kita cuba untuk mencari kesempurnaan itu demi kehidupan yang indah di akhirat sana. 

Pada aku, hidup ini sangat-sangat mudah untuk kita jalani andai kita tahu di mana kita berada dan apa matlamat kita. Itu adalah apa yang aku fikir. Dan perlu di ingat kalau nak di ikutkan fikir, semua orang boleh fikir macam apa yang aku fikir ini. Tapi nak buat tu yang susah. Aku sendiri pun mengakuinya. 

Tidak mudah untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan tetap lagi-lagi kalau benda tu tidak selalu kita buat. Tapi cubalah! Aku sendiri masih mencuba dan terus mencuba. Nak tak nak tetap kena paksa diri. 

Walaupun kadang-kala rebah tapi bila memikirkan nafas yang boleh terhenti bila-bila masa menjadikan aku takut! Sangat-sangat takut.  Tak dapat aku bayangkan andai kata nafas aku terhenti dalam keadaan aku tidak bersedia. Ya Allah...Ya Allah.. Aku berlindung kepada Mu!

Tidak mahu aku kenang apa yang telah terjadi. Dan tidak juga aku mahu bertanya apa yang akan berlaku esok hari. Yang penting adalah hari ini. Kerana hari ini akan menentukan di mana aku esok hari. Kerana hari ini jugalah yang akan memperlihatkan adakah aku berjaya berjuang dalam hidup ini. 

p/s: Jangan ditanya apa kata orang... Tapi tanyalah apa kata ALLAH....
        Mencari redha ALLAH itu yang utama.....
        Masih memperbaiki diri sendiri...... (-_-)


Kembali berblogging!

Assalamualaikum… 

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menulis di sini. Minggu yang sangat-sangat sibuk. Sibuk dengan assignment, sibuk dengan presentation, sibuk dengan mid term, sibuk dengan segala urusan dunia. Macam mana pula dengan urusan akhirat??? Allah… Makin leka diri ini.. (T_T) 

Ada yang bertanya ke mana menghilangnya blog aku. Nampaknya aku dah ada pembaca yang setia menanti kemunculan entri-entri terbaru dari aku (hehe..tq ceq pahmi di atas kesetiaan anda untuk men”stalking” blog sy! Apalah sangat yang ada pada entri saya kalau nak di bandingkan dengan entri ceq pahmi tu. Sentiasa ada ayat-ayat yang mampu menggegar jiwa!huhuu.. keep writing ok!). 

Semalam salah seorang kawan aku ada cerita satu kisah yang agak menarik pada pandangan aku. Mengenai sesuatu yang sangat-sangat ditakuti oleh golongan perempuan tetapi disukai oleh golongan lelaki iaitu POLIGAMI. Kenapa aku cakap poligami ini disukai oleh golongan lelaki? Sebabnya, cuba korang bangkitkan isu poligami ini di depan lelaki. Yang pertama korang nampak mesti senyuman di wajah mereka. Cubalah kalau nak tahu betul ke tidak…huhuu.. 

Kebanyakan lelaki yang aku jumpa masing-masing ada simpan niat terpendam ni. Maksud aku, kalau tanya mana-mana lelaki pun “nak tak kahwin lebih dari satu??” Jawapan diorang mesti macam ini “kalau mampu apa salahnya”. Ada ke yang jawab “tak nak”??. Setakat ini aku tak pernah lagi dengar jawapan macam tu. 

Dulu ada seorang kawan aku tanya soalan bunyi ala-ala macam ni “ko terima tak poligami??? Lama juga aku ambil masa nak jawab. At last aku tak jawab apa-apa. Membenarkan pun tidak, tak benarkan pun tidak. “Speechless”. Jadi kawan aku menganggap diam aku tu sebagai tanda tidak bersetuju. Tapi cepat-cepat aku jawab macam ni “mana mungkin untuk aku menolak sesuatu yang telah Allah syariatkan. kalo aku tolak poligami bermakna aku menolak ayat Allah.berdosalah aku camtu”. Then, kawan aku tu pun diam. TAMAT.hehee.. 

Poligami bukanlah mengenai soal adat tapi ia adalah soal hukum!. Jadi berhati-hatilah semasa membicarakan mengenai hukum Allah.. Walahu'alam…

Sebenarnya tak terfikir pun nak cerita pasal poligami. Jari-jari aku menaip mengikut alunan fikiran aku. Apa yang terlintas difikiran itulah yang di taip..huhuu.. Semoga kita semua sentiasa berada dalam  redha Allah swt... 

p/s: Hitam putih masa depan sendiri yang menentukan.. Dua tiga hari ini bumi sintok dibasahi hujan. Membuatkan student-student UUM lebih selesa menyelubung diri di dalam bilik. Cuaca yang sangat-sangat sesuai untuk tidur!hahah..^___^

Jangan persoalkan takdir ALLAH

Assalamualaikum…

Kali ni tajuk entri aku agak serius bunyinya. Memang kena serius dalam hal-hal macam ni. Dan ini juga adalah salah satu sebab kenapa aku buat blog. Untuk sampaikan sesuatu perkara yang tak dapat aku sampaikan secara berdepan. Blog inilah sebagai salurannya. Ini adalah kisah benar yang berlaku beberapa minggu yang lepas. Teruskan membaca okey!

 

Satu hari tu aku terbaca satu post kawan aku kat facebook dia. Aku dah lupa ayat-ayat dia. Tapi lebih kurang macam ni la bunyinya. “Sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang Allah takdirkan untuk kita”. Kalau tuan punya facebook baca tolong betulkan ayat di atas yer. (tapi ala-ala macam ni la kan maksudnya..heeee). Lepas tu aku pun komen kat post tu. Sangat-sangat ringkas aku komen “takdir ALLAH penuh HIKMAH”. Then, tak lama kemudian ada kawan-kawan yang lain turut serta komen. Dan bila aku baca komen-komen tersebut, hati aku betul-betul terkilan, sedih dan kasihan… Antara komen-komen yang aku ingat adalah: 

“Allah tak adil sebab bagi nasib yang berlainan terhadap hamba-hambanya” 

“aku tak nak jadi jahat, tapi Allah dah takdirkan aku untuk jadi jahat. Lepas tu kat akhirat nanti aku masuk neraka kena azab dengan Allah. Padahal bukan aku yang nak jadi jahat tapi Allah dah takdirkan camtu. Camne tu?” 

“Seorang kaya dan seorang lagi miskin. Yang kaya memang sangat beruntung sebab memang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya. Yang miskin pula perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi kaya. Dan kadang-kadang walaupun dah berusaha bersungguh-sungguh tapi tetap miskin. Kenapa Allah nak susahkan hamba-hamba dia?”  

 

Sebelum aku teruskan entri ni aku nak korang semua beristighfar banyak-banyak.Astagfirullahalazim…Astagfirullahalazim….Astagfirullahalazim!!! Diorang mengatakan bahawa tujuan diorang timbulkan pertanyaan seperti di atas bukanlah bermaksud nak mempertikaikan atau mempersoalkan apa yang Allah dah buat. Hanya nak mencari suatu kebenaran dan kepastian. 

 

Okey! Pada aku pula, tak ada apa yang perlu kita ragui dengan Allah. Malah tak sepatutnya timbul persoalan kenapa Allah buat macam ni, kenapa Allah buat macam tu. Seorang Islam sepatutnya percaya dan amat-amat yakin pada takdir Allah. Jalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Kita ni hanya seorang hamba. Hamba yang telah Allah ciptakan dengan sempurna tanpa cacat cela dan telah dibagi bermacam-macam nikmat. Nikmat untuk melihat, nikmat untuk bercakap, nikmat untuk makan dan banyak lagi. Apa lagi yang kita nak. Andai kata Allah minta kita membalas balik nikmat-nikmat yang Dia dah bagi kat kita, tak kan mampu kita untuk membalasnya. 

 

Di sini aku bagi satu contoh, katakanlah Ahmad seorang pembuat anak patung. Bila patung tu dah siap, Ahmad letakkan patung tersebut di dalam sebuah kotak. Esoknya Ahmad keluarkan patung tersebut untuk di letak di atas meja. Esoknya lagi Ahmad rasa patung ciptaannya tu perlu diubah bentuknya dan Ahmad pun ubahla patung tersebut. Kenapa Ahmad nak ubah patung tu? Sebab bagi Ahmad patung tu akan nampak lagi cantik bila diubah. Macam tu jugalah antara kita dengan Allah. Allah yang menciptakan kita jadi bergantung kepada Allah nak buat kita macam mana pun. Segala yang kita ada sekarang ni pun hanyalah pinjaman semata-mata.

 

Allah juga tak pernah nak menyusahkan hamba-hambaNya. Setiap takdir Allah pada kita sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Percayalah. Andai kata dilanda ujian atau musibah anggaplah ianya sebagai teguran dari Allah supaya kita lebih menghambakan diri padaNya. Kenapa Allah tegur? Sebab Allah sayangkan kita dan supaya kita tak terus leka dengan keseronokan dunia. Apa yang aku kongsi kan kat sini adalah dari sudut pandangan aku sendiri dan juga hasil pertanyaan aku kepada seorang sahabat yang lagi arif tentang hal agama. Aku tak mampu nak bagi dalil-dalil yang berkaitan sebab tahap aku bukan di situ. Andai kata ada silap di mana-mana tolong betulkan okey.. Pembetulan dari anda sangat di alu-alukan. (^____^)

 

Akhir sekali aku harap sangat-sangat korang baca satu artikel yang lagi mantap sebagai panduan dan penaik motivasi korang semua. Klik (di sini) untuk baca artikel tersebut. Dan petikan ini aku ambil dari artikel tersebut. 

“Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

p/s: Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu...

Pesan Seorang Abah

Sekolah rendah: Abah selalu ingatkan adik supaya tiap-tiap pagi sebelum pergi sekolah mesti buat zikir-zikir yang abah dah ajar pada adik. Sampaikan adik selalu menjadi orang yang terakhir sampai ke sekolah. kadang-kadang adik tipu abah cakap yang adik dah buat semata-mata supaya abah boleh hantar adik pergi sekolah dengan cepat.
anak-pintar

Sekolah menengah: Permintaan adik untuk mahu masuk ke sekolah berasrama telah abah izinkan. setiap kali hantar adik balik ke asrama, dalam kereta mesti abah akan ingatkan adik supaya jaga sembahyang, sembahyang di awal waktu, banyakkan berzikir dan selawat. abah selalu cakap abah tak minta apa-apa dari anak-anak. tak minta duit, tak minta belikan hadiah besar-besar. yang abah minta cuma satu iaitu doakan kesejahteraan abah dunia akhirat tiap-tiap kali lepas sembahyang. masa ini semuanya terjaga sebab adik terikat dengan peraturan asrama yang mewajibkan sembahyang berjemaah tiap-tiap waktu. 
universiti 
Universiti: Ditakdirkan semakin lama adik semakin jauh dari abah. bila adik masuk universiti, abah selalu pesan dekat adik supaya libatkan diri dengan ceramah-ceramah agama dan usrah. abah ada bagi adik satu buku khas untuk adik baca tiap-tiap lepas sembahyang maghrib. abah pun selalu sangat  ingatkan adik supaya adik kaitkan setiap perbuatan yang adik buat dengan sunnah nabi. abah kata tak susah mana nak buat. masa makan, masa tidur, masa potong kuku, masa masuk tandas semua tu kita boleh kaitkan dengan sunnah nabi. abah cakap kalau dah biasa buat benda ini secara tidak langsung akan sebati dengan diri kita.

sedih 
Abah, tahukah dikau anakmu ini sangat takut menjalani hidup di tempat orang ini. hanya berbekalkan pesanan yang abah bagi adik jadikan sebagai peringatan dan panduan. NAMUN…..anakmu ini semakin lalai dan leka. zikir yang abah ajar masa adik kecil-kecil dulu adik dah tak amalkan. pesanan abah supaya adik sembahyang di awal waktu juga jarang-jarang adik amalkan.ya Allah…. buku yang abah bagi pada adik hanya tersusun rapi di atas meja tanpa di sentuh. adik lebih senang pergi ke mesyuarat-mesyuarat program dari pergi ke masjid mendengar ceramah agama.adik malu dengan diri sendiri, malu dengan abah dan sangat-sangat malu dengan Allah. seorang anak yang telah dididik dengan ilmu agama yang cukup lebih senang memilih keseronokan dunia berbanding akhirat.. YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH!  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...