Bila ilmu tanpa amal...

Assalamualaikum wbt...

Terdapat satu kisah dimana seorang pelajar bertanya pada seorang ustaz. 

Ustaz, tolonglah jawab soalan saya. Saya benar-benar inginkan jawapan dari ustaz.

Ustaz itu menjawab..

Tanya sajalah wahai anak murid ku. Andai ada soalan pasti akan ada jawapannya.

Pelajar itu terus bertanya..

Saya agak pelik tentang satu perkara wahai ustaz. Kenapa ramai orang yang ada pendidikan agama yang tinggi boleh terlibat dengan gejala yang sudah jelas-jelas Allah larang. Malah mereka langsung tidak merasa bersalah. Tolong ustaz jelaskan pada saya. Saya benar-benar ingin tahu.


Ustaz itu tersenyum lalu menjawab..

Jawapannya sangat-sangat mudah wahai anak murid ku. Hal ini kerana mereka hanya punya ilmu tapi mereka tidak beramal dengan ilmu tersebut. Ilmu tanpa amal diibaratkan seperti pohon yang tidak berbuah. Berkatnya  ilmu seseorang itu apabila dia beramal dengannya. 

Bukankah orang bijak pandai sudah mengatakan bahawa ilmu tanpa amal itu sia-sia semata. Kamu belajarlah setinggi mana pun. Tapi sekiranya ilmu yang kamu dapat itu kamu tidak amalkan ianya hanyalah sia-sia malah hanya akan menjadi beban untuk mu di akhirat nanti. 


p/s: 
Tempat: Dewan Seminar Kompleks Pusat Islam Baru (UUM)
Tajuk: Rasuah, Islam dan Mahasiswa

First Giveaway Umidanish

Assalamualaikum wbt....
Hari ini tiba-tiba teringin sangat nak join First Giveaway Umidanish ni.. Dan ini kali pertama aku join contest macam ini di blog. Saja nak mencuba nasib mana tahu dapat hadiah tu kan..^__^ 

Okey! Cara-cara nak join senang je. Cuma buat satu entri ringkas, letak banner then link kan ke entri tersebut. Senang je kan!

Nak join?? Klik SINI
Dah siap!^____^

Terima kasih cikgu!

Assalamualaikum kawan-kawan...

Entri ini adalah entri berbentuk ucapan terima kasih tidak terhingga khas untuk sahabat blogger baru iaitu cikgu!. Kenapa aku nak ucap terima kasih kat dia ni?? Okeyy.. Sila tengok gambar dibawah...


Cantik tak?? Cantik kan2...huhu..ni award dari cikgu tanda penghargaan dia pada aku sebab jadi follower dia yang ke-777..Terima kasih cikgu!

Tak cukup dengan award ni cikgu hadiahkan lagi satu banner free untuk aku..(Alahaii..susah-susah je cikgu nila..huhu)..


Comel sungguh kan! Terima kasih cikgu kerana bersusah payah carikan kartun katak yang comel-comel untuk saya...Sangat-sangat menghargainya..

Okeyylahh.. Nak cerita sikit pasal cikgu nie.. Kenapa aku dok panggil dia cikgu dari tadi.. Sebabnya nama blog dia wancikgumuzik so aku pun panggillah cikgu...^__^  Nak bagi korang tengok header blog cikgu nih..

 
Sila klik untuk lebih jelas
Dan untuk pengetahuan korang cikgu ni ambil tempahan untuk buat header and banner. So kalau ada sesiapa yang berminat nak dapat header n banner yang cantik-cantik silalah tempah dengan cikgu  kita ni yerr.. Tak mahal pun. Rm10 je..huhuu...

Then, kat bawah ni aku nak tunjuk bukti-bukti yang menunjukkan bahawa memang cikgu hadiahkan banner-banner tu kat aku..huhuu..Nak tunjuk bukti segalaaa.. Mestila! Nanti kang korang ingat aku nipu plak..Okey2..Layan jela yerk bukti-bukti ni. Dan sebelum terlupa, aku pun tak tahu yang cikgu akan beri hadiah pada follower dia yang ke-777.. Agak terkejut jugalah pada mulanya. Apa-apa pun terima kasih lagi untuk cikgu sebab hadiahkan banner katak yang comel tu ok!..






Cikgu ni orangnya sangat-sangat concern a.k.a perihatin! Sebabnya aku dah la jarang online gara-gara final exam yang dah nak dekat ni tapi cikgu still bersabar menunggu aku..cewahh..huhuu.. Asal aku buka blog dan mesti ada pesanan dari cikgu di kotak shout box.. Terima kasih lagi sekali cikgu!..Semoga ukhuwah berpanjangan ok!..^___^

p/s:
kawan-kawan semua silalah jengah n wajib follow blog cikgu ni ok..Banyak benda menarik korang akan dapat. Sebab apa korang diwajibkan untuk follow blog cikgu?? Sebab Ben Ashaari yang femes itu pun follow cikgu tau!hehe...Hebat cikgu kan! ^____^
 




Sekadar renungan bersama

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah aku masih di sini. Aku masih mampu menaip. Aku masih mampu berfikir dengan baik. Juga masih mampu menggunakan segala nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah... Dua hari aku meninggalkan blog ini tanpa sebarang catatan. Bukan kerana dilanda kesibukan, cuma tiada idea yang dapat aku kongsikan.

Bila seharian tidak menulis rasa jiwa bagaikan sepi. Mungkin rasa ini akan berkurang bila aku sudah bosan dengan alam blog ini. Tapi buat masa ini, izinkanlah aku mencatat segala rasa dan buah fikiran aku di sini. Maafkan aku juga andai terdapat catatan rasa di blog ini yang berbentuk emosi dan peribadi. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang kadang-kala tidak mampu menahan gelodak di hati. Sebagai salah satu terapi diri, blog inilah yang ku cari.

Hari ini tiba-tiba hati terasa seperti ada sesuatu yang perlu aku kongsikan dengan kalian. Semoga ianya dapat dijadikan sebagai peringatan kita bersama.Sedang aku membelek berita harian online di en.laptop, mata aku tiba-tiba berhenti pada satu tajuk yang membuatkan aku berfikir sejenak. 

Aku terfikir apa sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka sehingga meraka sanggup berbuat begitu. Apa yang mereka cari dalam hidup ini. Tidak takutkah mereka dengan azab Allah. Aku teringat kata-kata dari seorang ustaz yang hadir di sini untuk memberi ceramah. 

"Tanda Allah sayang pada kita, bila kita mahu membuat kejahatan akan muncul satu musibah untuk kita. Itu maknanya Allah suruh kita berfikir dan belajar dari musibah tersebut. Tapi tanda Allah tidak sayang pada kita, bila mana kita membuat kejahatan, kita tidak berasa apa-apa. Malah akan mengulangi kejahatan tersebut."

Astagfirullahalazim.. Tiba-tiba hati menjadi sangat-sangat takut. Aku takut bila mana hidayah Allah itu pergi tanpa sempat aku gunakan sebaiknya. Hidayah Allah itu perlu dicari bukan dinanti. Ya! Aku juga teringat dengan satu pesanan dari  seorang yang aku kasihi. 

"Hidayah Allah itu ada dimana-mana. Ia tidak pernah jauh melainkan kita yang jauh darinya"

Benar hidayah itu milik Allah dan Dia lah yang berkuasa menentukan  pada siapa akan diberikan hidayah itu. Tapi usaha untuk mendapatkannya berada di tangan kita sendiri. Bagaimana kita mahu mendapat hidayah Allah sedangkan Al-Quran dan Sunnah yang wajib dijadikan sebagai panduan kita ketepikan. Kita mahukan hidayah Allah, tapi kita sendiri tak berusaha untuk dekat pada-Nya. Sama-sama kita renungkan....

Satu lagi kata-kata beliau yang sentiasa tersemat diingatan. 

"Tidak susah sebenarnya nak menilai seseorang. Lihat saja pada solat 5 waktunya. Jika sempurna solatnya  maka sempurnalah cara hidupnya. Tapi jika solat 5 waktu itu sahaja tidak mampu di jaga maka adalah cacat celanya"

Maksudnya di sini seseorang yang menjaga solatnya pasti mampu menjalani hidup dengan cara yang selamat dan diredhai. Kalau dilihat masalah-masalah sosial yang berlaku sekarang, walaupun pelbagai kempen dan usaha membanteras giat dijalankan tapi masalah ini tidak pernah dapat diselesaikan. Malah semakin berleluasa. Kalian rasa apa sebenarnya yang menjadi punca semua permasalahan ini. Jawapannya adalah solat.

Perkara ini sekiranya diulas dengan Al-Quran dan Hadis maka semakin panjanglah entri ini. Tapi seperti yang aku katakan pada entri-entri yang lepas. Tahap aku bukan di situ. Apa yang aku kongsikan di sini adalah melalui pemahaman aku dan juga pesanan dari orang-orang yang rapat dengan ku. Semoga dengan cara menulis begini akan dapat memberi manfaat pada kita semua. Aku sendiri masih belajar memperbaiki diri. Sama-samalah kita...wallahualam.... 

p/s:

Kalau nak tahu apa yang membuatkan aku tiba-tiba berfikir begini klik  SINI

Seorang yang amat aku kasihi adalah abah aku! Terima kasih abah....

Bahagia


Aku mahu mencatat sesuatu di sini...
Tapi bukan sekarang...
Mungkin di lain hari...
Aku kembali mengarang...

Mood: Aku bahagia dengan apa yang aku yakini kebenarannya..






Kenapa susah nak dapat kerja II

Assalamualaikum wbt..
Entri ini adalah sambungan dari entri yang lepas. Kalau nak baca entri lepas klik SINI . Aku mahu terus menuju kepada tujuan yang asal. Agak kemalasan untuk membuat pendahuluan  yang panjang-panjang ini.

Okey! Tahukah korang semua yang bahawasanya para-para penemuduga kerja ini hanya mengambil masa tak sampai 3 minit untuk membuat keputusan samada diorang mahu ambil korang bekerja ataupun tidak! Sila percaya okey! Benda ini fakta yang aku dapat dari penceramah seminar kerjaya tu. 

Bila fikir-fikir balik dalam masa 3 minit tu tak sempat kot nak bagi diorang tengok sijil-sijil kita semua. So, apa sebenarnya yang diorang tengok dan lihat tentang diri kita sampaikan diorang boleh buat keputusan dalam masa tak sampai 3 minit?

Perkara yang diorang tengok adalah penampilan kita. Terus terang aku cakap kalau diberi pilihan seorang menarik dan seorang lagi kurang menarik yang mana penemuduga akan pilih? Jawapannya sudah tentu yang berperwatakan menarik! Maksud menarik di sini bukanlah bererti korang mesti cantik atau hensem. Tapi cara korang berpakaian, cara korang menjawab soalan dan yang paling penting good manners. 

Aku teringat satu cerita yang penceramah tu ceritakan. Ada seorang lelaki datang ke satu company untuk hadir temuduga. Tapi bila ditanya pasal kelulusan yang dia ada, kelulusan tersebut tidak menepati syarat yang company tu mahukan. Jadi sudah terang lagi bersuluh lah yang lelaki tu tidak akan dapat kerja tersebut. Tapi sangat mengejutkan apabila company buat keputusan untuk ambil dia bekerja walaupun tak punya kelulusan seperti yang disyaratkan.

So!korang tahu apa yang membuatkan company tu terima dia? Semuanya gara-gara salah seorang penemuduga tu ternampak lelaki tersebut mengutip sampah di atas lantai then masukkan sampah tersebut dalam tong sampah.

See?? Walaupun dia tidak ada kelulusan tapi disebabkan dia punya kelakuan yang baik so company tu pun ambil dia bekerja. Satu lagi fakta aku nak kongsi dengan korang, walau setinggi manapun ilmu di dada tapi kalau kelakuan kita buruk, tetap tidak akan kemana. Para penemuduga percaya bahawa orang yang ada kelakuan yang baik pasti akan membawa keuntungan kepada company. 

Ada satu lagi persoalan. Antara orang yang telah berkeluarga dan orang yang masih bujang yang mana ada kelebihan dalam mendapatkan pekerjaan? The answer is orang yang telah berkeluarga! Kenapa? Sebab company percaya bahawa orang yang telah berkeluarga dan berjaya menguruskan keluarganya dengan baik pasti juga mampu untuk menguruskan pekerjaan dengan baik. 

Semua benda ni aku dapat dari seminar tu. Bukan sekadar omong-omong kosong. Penceramah pun bukan calang-calang orang. Semoga apa yang aku kongsikan ni dapat manambah serba sedikit ilmu di dada. Andai ada kesalahan, teguran amatlah dialu-alukan. 

Wassalam~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...