Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Cikgu Tadika je??????

Situasi A

Orang itu : ko watpe skrg??keje dah???
Aku : haa...da keje...=)
Orang itu : keje pe??
Aku : Cikgu tadika....=)
Orang itu : owhhh...sementara la ni ehhh...ok2...
Aku : (-_-!)

**********
Situasi B

Orang itu : midah!!ko wat pe skrg????
Aku : keje kat tadika..ngajar anak2 kecik..=)
Orang itu : laa...ko x apply ke jawatan XXXXX aritu??
Aku : errr...x pun...
Orang itu : rugila ko..gaji ok tau..standard degree...
Aku : huhuuuu...xpelaaa...rezki kat sini...=)

**********
Situasi C

Orang itu : ko niee....degree in International Affairs...tp keje kat tadika..ajo budak2..x berbaloii...
Aku : heheeeeeeeeee......^_______^ 

**********
Situasi A

Sepanjang saya bekerja di sini belum terlintas lagi di fikiran ni untuk apply kerja lain. Kenapa mesti timbul persoalan "sementara"??? Jawapannya TIDAK! Apa yang saya buat sekarang ni adalah kerana minat. Yer!saya sangat suka dengan budak-budak. Sejujurnya, selesai saja sesi praktikal tahun lepas, terus saya cari mana-mana tadika yang sesuai untuk saya bekerja. Kadang-kadang saya terfikir. Hina sangatke jadi guru tadika ni......(SEDIH)

Situasi B

Bukan duit yang saya kejarkan. Bukan gaji tinggi yang saya gilakan. Kalau fikir duit@gaji memang dari awal-awal lagi saya tolak jauh-jauh karier seorang guru tadika ini. Tapi...kerana di tadika inilah bermulanya perubahan saya. Kerana adanya anak-anak kecil inilah yang membuatkan diri ini lebih dekat dengan Allah. Mana mungkin saya tinggalkan tempat yang sangat-sangat berkat ini. Bohong jika saya kata saya tidak jeles melihat rakan-rakan sebaya yang lain kerja di company-company besar yang gajinya sudah terang-terang beriban-riban. Tapi saya yakin, ganjaran dari Allah itu lebih besar dan bermakna. Inilah saham akhirat saya..I'Allah...(HAPPY) 

Situasi C

Huhuuu...Setiap kali ayat ini kedengaran di telinga, saya hanya mampu ketawa kecil. Dalam hati memujuk diri..(takpelah dila...saba2....kita kan kerja di jalan Allah..Ape yg x berbaloi pulokk!(Senyummmmmmm)). Entahla ekk.. Sepanjang saya ajar anak-anak kecil ni tak pernah sedetik pun berasa rugi. Malah saya berasa pahala saya sentiasa berjalan. Setiap hari saya ajar anak-anak kecil ini akan ilmu Allah. Dari yang tak kenal alif, ba, ta..sekarang dah pandai baca buku "qiraati". Daripada yang tak kenal ABC, sekarang sudah lancar membaca. Malah baru-baru ini sempena hari guru saya dapat banyak kad hasil buatan mereka sendiri dan di dalam kad itu tertulis "i love you teacher hamidah". Ohh!!touching!! Walaupun agak comot dan tulisannya ada yang turun bukit naik bukit tapi saya bangga! Berbaloi juga hasil didikan saya. (ALHAMDULILLAH)

p/s: ALLAH KNOWS BEST.....Assalamualaikum...=)

Teacher…oo teacher…


“Teacher…oo teacher….” Bersungguh-sungguh haziq memanggil aku sambil tangannya menggoncang-goncang tangan aku minta diperhatikan.

“Yer haziq sayang…nape…..” aku membalas dengan nada yang agak malas di situ.

“teacherrr…. Haziq rase kan nanti kalo Haziq da besaaa haziq nak jadik orang yang bawak sampah tu..Haziq nak bawak lori sampah la teacherrrr….”  Sambil tangannya menunjuk ke arah beberapa orang yang sedang mengangkut sampah-sampah di luar.

Ternganga sebentar aku dengan kata-kata haziq..... -_-!!!

“teacherrrr…teacher dengaa tak haziq cakap nieee….” 

“Errrr….. haaa..dengarla…teacher  tengah dengar la ni…” Rasa sedikit tidak puas hati dengan kata-kata haziq aku pun bertanya lagi sekali.

“betulke nanti da besaa haziq nak bawak lori sampah..nape haziq nak bawak lori sampah pulakk…??” Beria aku mengaju soalan terhadap haziq.

“yelaaa..haziq nak kutip la sumee sampah kat tanah tuu..kan kotooo..Allah kan suke yang berseh-bersehh..nanti kalo haziq tak kutip nanti makin banyakla sampah..pastuu mesti Allah tak nak dekat dengan haziq….” Allah ya Allah! Touching! Terus aku peluk anak kecil itu. Tak tahan! Mengalir air mata dengan kata-kata si hebat Haziq!Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kamu sayang!=)

teacher tak baca bismilllah la tu…sebab tu salah…

“Teacher..teacher..nape huruf “g” teacher tu panjang sangat ekonyee…”soal salah seorang anak murid aku dengan penuh perasaan ingin tahu.

Bila aku tengok semula huruf “g” yang aku tulis memang sah la terpanjang sikit ekornya. Tapi pada aku ok je. Cuma mungkin untuk anak-anak kecil ini agak pelik bagi mereka.

“Ha ar la…Teacher rasa teacher tersalah tulis la..takpe..takpe…teacher buat semula yerr…” Dengan rasa yang tidak berperasaan aku pun padamlah “g” tersebut dengan niat untuk menulis semula “g” yang baru. Belum sempat aku menulis tiba-tiba datang satu suara yang sangat-sangat aku kenali.

“Tu laa…teacher tak baca bismilllah la tu…sebab tu salah…” Errrkkkk….Sentap!! Tapi muka tetap kena cool.

“hehee…mekasih Haziq sebab ingatkan teacher…okeyyy, sekarang teacher baca bismillah k…Bismillahirrahmanirrahim….sambil tangan aku menulis huruf “g” di whiteboard.

“Haaa….kan da cantek tuuu…sebab Allah tolong la tuu…” seloroh si anak kecil itu. Allah….terkedu aku seketika. Selepas itu aku lebih berhati-hati dengan segala tindak-tanduk aku sebab anak-anak kecil ini pemerhati yang sangat-sangat hebat!

May Allah bless u Haziq!teacher sayang kamu….

Mood: Mendidik dan terdidik….
Wassalam...

"mama dengan papa dah bercerai...."

Allah...Penat rupanya didik anak-anak kecil ini. Tak sempat untuk berangan jauh-jauh. Setiap minit ada je yang memanggil. "teacher...teacher...amir buat saya", "teacher...teacher..adik tak tau la nak buat ni camne...adik kecik lagii..adik tak tau..." Allah...comelnyaaa!!Geram!Rasa nak picit-picit je pipi diorang nihh..

Sedang aku melayan mulut-mulut mereka yang tak henti-henti bercakap, datang seorang anak kecil duduk dihadapan ku sambil memegang kertas dan pensil.

"teacher.....mama dengan papa fayyad dah bercerai..fayyad tak tahu nak lukis yang mana satu..papa ke mama..."
Allah!!!luluh hati ini mendengarnya.. Sebak dada melihat si anak kecil yang sangat tulus hatinya. Kasihan!!

Aku ambil anak ini dan ku peluk erat sambil berbisik padanya.."takpela fayyad..fayyad lukisla dua-dua..nanti balik tunjuk kat mama ngan papa ea"

"tapi mama ngan papa kan dah bercerai..mama duk uma lain..papa duk uma lain..fayyad ada dua uma.."

Ya Allah...sayunya hati melihat wajah suci anak ini!

"it's ok sayang...nanti fayyad balik uma papa fayyad tunjukla kat papa..then bila balik uma mama, tunjuk kat mama plak..okeyy..."

"oklah kalu camtu..."kata fayyad dengan lenggok manja sambil berlari menyambung lukisannya...

Fayyad sayang....May Allah bless u always...Kuatkan hatimu sayang!...Semoga menjadi mujahid yang hebat....luv u!:-')

Kenapa susah nak dapat kerja II

Assalamualaikum wbt..
Entri ini adalah sambungan dari entri yang lepas. Kalau nak baca entri lepas klik SINI . Aku mahu terus menuju kepada tujuan yang asal. Agak kemalasan untuk membuat pendahuluan  yang panjang-panjang ini.

Okey! Tahukah korang semua yang bahawasanya para-para penemuduga kerja ini hanya mengambil masa tak sampai 3 minit untuk membuat keputusan samada diorang mahu ambil korang bekerja ataupun tidak! Sila percaya okey! Benda ini fakta yang aku dapat dari penceramah seminar kerjaya tu. 

Bila fikir-fikir balik dalam masa 3 minit tu tak sempat kot nak bagi diorang tengok sijil-sijil kita semua. So, apa sebenarnya yang diorang tengok dan lihat tentang diri kita sampaikan diorang boleh buat keputusan dalam masa tak sampai 3 minit?

Perkara yang diorang tengok adalah penampilan kita. Terus terang aku cakap kalau diberi pilihan seorang menarik dan seorang lagi kurang menarik yang mana penemuduga akan pilih? Jawapannya sudah tentu yang berperwatakan menarik! Maksud menarik di sini bukanlah bererti korang mesti cantik atau hensem. Tapi cara korang berpakaian, cara korang menjawab soalan dan yang paling penting good manners. 

Aku teringat satu cerita yang penceramah tu ceritakan. Ada seorang lelaki datang ke satu company untuk hadir temuduga. Tapi bila ditanya pasal kelulusan yang dia ada, kelulusan tersebut tidak menepati syarat yang company tu mahukan. Jadi sudah terang lagi bersuluh lah yang lelaki tu tidak akan dapat kerja tersebut. Tapi sangat mengejutkan apabila company buat keputusan untuk ambil dia bekerja walaupun tak punya kelulusan seperti yang disyaratkan.

So!korang tahu apa yang membuatkan company tu terima dia? Semuanya gara-gara salah seorang penemuduga tu ternampak lelaki tersebut mengutip sampah di atas lantai then masukkan sampah tersebut dalam tong sampah.

See?? Walaupun dia tidak ada kelulusan tapi disebabkan dia punya kelakuan yang baik so company tu pun ambil dia bekerja. Satu lagi fakta aku nak kongsi dengan korang, walau setinggi manapun ilmu di dada tapi kalau kelakuan kita buruk, tetap tidak akan kemana. Para penemuduga percaya bahawa orang yang ada kelakuan yang baik pasti akan membawa keuntungan kepada company. 

Ada satu lagi persoalan. Antara orang yang telah berkeluarga dan orang yang masih bujang yang mana ada kelebihan dalam mendapatkan pekerjaan? The answer is orang yang telah berkeluarga! Kenapa? Sebab company percaya bahawa orang yang telah berkeluarga dan berjaya menguruskan keluarganya dengan baik pasti juga mampu untuk menguruskan pekerjaan dengan baik. 

Semua benda ni aku dapat dari seminar tu. Bukan sekadar omong-omong kosong. Penceramah pun bukan calang-calang orang. Semoga apa yang aku kongsikan ni dapat manambah serba sedikit ilmu di dada. Andai ada kesalahan, teguran amatlah dialu-alukan. 

Wassalam~~

Kenapa susah nak dapat kerja?

Assalamualaikum wbt..

Pada mulanya tidak ada niat pun untuk membuat entri hari ini. Sebab kemalasan yang teramat. Tapi disebabkan ada benda yang menarik perhatian aku, so timbullah idea untuk aku kongsikan sesuatu dengan korang semua. 

Minggu lepas adalah minggu yang tidak ada rehat bagi aku. Sibuk dengan kuliah, sibuk juga dengan macam-macam seminar. Dan! (Ini yang aku nak kongsi ini) Seminar yang aku pergi tu berkaitan dengan perancangan kerjaya. Banyak juga ilmu yang aku dapat dari seminar ini. Aku teringat dengan satu soalan yang penceramah tu bagi.

Majikan memerlukan para-para lepasan universiti/kolej untuk mengisi jawatan kosong di syarikat mereka. Tapi kenapa para lepasan universiti/kolej kata mereka susah untuk dapat kerja @ tidak ada kerja kosong untuk mereka?

Aku pun terfikir-fikir. Nape ekk??? Kalau kita tengok sekarang memang banyak jawatan kosong yang masih belum di isi. Tak percaya? Okey..Meh sini aku tunjuk sikit..






See?? Banyak je kan kerja kosong. Aku sendiri akui memang bukan senang nak dapat kerja sekarang ini. Kalau dulu ada segulung ijazah dah boleh nak berbangga tapi sekarang ijazah pun nilainya sama macam SPM. Macam mana tu?? Aku sendiri pun risau macam-mana la pula bila aku dah keluar alam universiti ini. Terus dapat kerja ke?? Tak pun tanam anggur dulu ke?? Aku sendiri tak pasti. 

Tapi! satu benda kita wajib percaya. Rezeki Allah itu sangat-sangat luas. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Bak kata seseorang, hitam putih masa depan kita sendiri yang menentukan. Rahmat Allah itu tidak akan pernah putus untuk hamba-hamba-Nya yang sentiasa berusaha pada jalan-Nya. (niat nak cari kerja sebab apa??fikir-fikir balik..sama-sama kita betulkan niat ok!) ^___^

Sebenarnya aku nak kongsikan sesuatu yang aku dapat dari seminar ini. Tapi nantila aku buat entri baru okey. Bila entri panjang-panjang ni pun payah gak sebab takut orang bosan nak baca..hehee.. Akhirul kalam.. Jumpa di entri yang selanjutnya!

p/s:
Penghuni UUM akan berkurang untuk masa beberapa minggu ini. Masing-masing balik kampung bercuti! Aku je yang masih setia di sini. Selamat bercuti la yerk!..(-_-)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...