Masa yang berlalu begitu pantas..

Assalamualaikum... 
Hari ini aku pergi ke kuliah seperti biasa. Agak malas sebenarnya. Tapi ku gagahkan jua diri ini. Dalam kuliah aku rasakan mata aku berpinar-pinar. Rasa seperti semua perkataan yang keluar dari mulut lecturer Somalia aku tu menari-nari atas kepala aku. Aku tengok nota, aku nampak katil. Aku tengok lecturer aku nampak bantal. 

Inilah akibat kelampauan aktiviti malam. Syok sangat surf internet sampai tak sedar dah pukul 2:00 pagi. Cepat sungguh masa berlalu. Aku ambil handset tengok tarikh. Dah nak masuk bulan 4! Aduh! Bila fikir-fikir balik, apala perkara berfaedah yang aku dah buat dalam semester ni di UUM.hmm.. Harap-harap adala..huhuu. 

Tiba-tiba aku teringat yang 28 Mac hari itu besday rumet aku! Dah cukup 23 dah yer Ain Atiqah. Dah boleh kahwin!..heheh.. Apa-apa pun, selamat hari lahir untuk rumet tersayang. Semoga dengan meningkatnya umur mu, meningkat jugalah iman mu. Selain itu, semoga meningkat jugalah ketinggian mu..(Gurau!hehe).. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga diri mu sentiasa berada dalam redha Allah swt. Amin ya rabb. 

Tinggal 2 bulan je lagi kita dapat tinggal sama-sama. Lepas ini u kat Kluang dan i kat Segamat. Mai la datang rumah yer...hahah..Tiada titik noktah dalam sebuah perhubungan yang di namakan PERSAHABATAN. Sayang kamu!! Hadiah coming soon ok.. huhuu.. 

Tamat kisah rumet. Esok banyak benda yang perlu diselesaikan. Mid term dan oral Spanish. Terbelit-belitlah lidah aku esok. Wish me luck ok!.............Akhir kata........................... Menulis itu indah!! (^___^)

Kembali berblogging!

Assalamualaikum… 

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menulis di sini. Minggu yang sangat-sangat sibuk. Sibuk dengan assignment, sibuk dengan presentation, sibuk dengan mid term, sibuk dengan segala urusan dunia. Macam mana pula dengan urusan akhirat??? Allah… Makin leka diri ini.. (T_T) 

Ada yang bertanya ke mana menghilangnya blog aku. Nampaknya aku dah ada pembaca yang setia menanti kemunculan entri-entri terbaru dari aku (hehe..tq ceq pahmi di atas kesetiaan anda untuk men”stalking” blog sy! Apalah sangat yang ada pada entri saya kalau nak di bandingkan dengan entri ceq pahmi tu. Sentiasa ada ayat-ayat yang mampu menggegar jiwa!huhuu.. keep writing ok!). 

Semalam salah seorang kawan aku ada cerita satu kisah yang agak menarik pada pandangan aku. Mengenai sesuatu yang sangat-sangat ditakuti oleh golongan perempuan tetapi disukai oleh golongan lelaki iaitu POLIGAMI. Kenapa aku cakap poligami ini disukai oleh golongan lelaki? Sebabnya, cuba korang bangkitkan isu poligami ini di depan lelaki. Yang pertama korang nampak mesti senyuman di wajah mereka. Cubalah kalau nak tahu betul ke tidak…huhuu.. 

Kebanyakan lelaki yang aku jumpa masing-masing ada simpan niat terpendam ni. Maksud aku, kalau tanya mana-mana lelaki pun “nak tak kahwin lebih dari satu??” Jawapan diorang mesti macam ini “kalau mampu apa salahnya”. Ada ke yang jawab “tak nak”??. Setakat ini aku tak pernah lagi dengar jawapan macam tu. 

Dulu ada seorang kawan aku tanya soalan bunyi ala-ala macam ni “ko terima tak poligami??? Lama juga aku ambil masa nak jawab. At last aku tak jawab apa-apa. Membenarkan pun tidak, tak benarkan pun tidak. “Speechless”. Jadi kawan aku menganggap diam aku tu sebagai tanda tidak bersetuju. Tapi cepat-cepat aku jawab macam ni “mana mungkin untuk aku menolak sesuatu yang telah Allah syariatkan. kalo aku tolak poligami bermakna aku menolak ayat Allah.berdosalah aku camtu”. Then, kawan aku tu pun diam. TAMAT.hehee.. 

Poligami bukanlah mengenai soal adat tapi ia adalah soal hukum!. Jadi berhati-hatilah semasa membicarakan mengenai hukum Allah.. Walahu'alam…

Sebenarnya tak terfikir pun nak cerita pasal poligami. Jari-jari aku menaip mengikut alunan fikiran aku. Apa yang terlintas difikiran itulah yang di taip..huhuu.. Semoga kita semua sentiasa berada dalam  redha Allah swt... 

p/s: Hitam putih masa depan sendiri yang menentukan.. Dua tiga hari ini bumi sintok dibasahi hujan. Membuatkan student-student UUM lebih selesa menyelubung diri di dalam bilik. Cuaca yang sangat-sangat sesuai untuk tidur!hahah..^___^

Layan lagu sat!

Klik untuk dengar lagu






MENANTI CINTA

Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab
*
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku

Reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Repeat *
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu

p/s: Bila dengar lagu ni mesti senyuummmm je memanjang!..(^______^)

Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab

*
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku

Reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Repeat *

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu
Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab

*
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku

Reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Repeat *

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu
Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab

*
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku

Reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Repeat *

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu

..............

Memang sengaja aku biarkan tidak bertajuk. Kerana tiada kata-kata yang tepat dapat menggambarkan perasaan aku sekarang. Baru lepas baca mesej dari salah seorang yang aku amat-amat sayangi. Seorang yang membesar bersama-sama. Makan minum bersama-sama. Seorang yang hidup sebumbung dengan ku sejak aku kecil hingga kini. Seribu kemaafan ku mohon atas kesilapan ku itu. Tujuan aku tidak lain dan tidak bukan hanya untuk MEMPERTAHANKAN mu. Jauh sekali mahu memburukkan mu. Tolonglah faham. 


Kau soroklah macam mana pun kisah kau, macam mana sakit perasaan kau, macam mana susah payahnya diri kau, KAMI tetap mengetahuinya kerana pertalian hati KAMI dengan kau sangat utuh. 


Senyuman manis yang kau berikan, pahit  yang KAMI nampak. Bahagia yang kau tunjukkan, duka yang KAMI lihat. Kerana antara KAMI dan kau tidak ada jurang yang memisahkan. 


Bahagianya kau, bahagia jugalah KAMI. Deritanya kau, derita jugalah KAMI. Tariklah balik penyesalan kau terhadap aku.. Ayat yang kau berikan amat pedih. Tak tahan aku menanggungnya.. Ya Allah! Salahkah aku??? (T_T) Seandainya memang aku yang bersalah, maafkan lah aku. Aku SAYANGKAN kau! 


Mood: Sangat-sangat sedihh... 

Aku dan “KAMU”

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman, Tidak perlu mencari isteri sekuat Hajar dan Sarah andai diri tidak seteguh Ibrahim, Mengapa mengharap isteri sesetia Zulaikha sedangkan diri tidak setampan Yusuf, Jangan didamba isteri sehebat Khadijah andai diri tidak sesempurna Rasulullah S.A.W.. 


NAMUN…......
Bagiku, “KAMU” sememangnya sehebat Sulaiman. Tetapi aku tidaklah secantik Balqis.. “KAMU” sememangnya seteguh Ibrahim. Tetapi aku tidak pula sekuat Hajar dan Sarah.. “KAMU” sememangnya setampan Yusof. Tetapi aku tidak lah sesetia Zulaikha. “KAMU” walaupun tidak sesempurna Rasullullah S.A.W, namun bagiku “KAMU” cukup sempurna dipandangan mataku. Tetapi aku tidak lah sehebat Khadijah untuk “KAMU” jadikan sebagai isteri.. 


Sesungguhnya diri ini sememangnya tidak layak untuk “KAMU”. Pasti ada yang lebih baik menanti “KAMU”. Pilihlah yang terbaik. “KAMU” berhak mendapatkannya.  Aku percaya pada jodoh yang telah ALLAH tetapkan. Seandainya “KAMU” sememangnya tercipta untuk ku, jauh pun “KAMU” berlari tetap akan kembali pada ku suatu hari nanti. Aku percaya itu. Doaku sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan “KAMU”…..


Mood: Teringat kenangan lama...(-_-)

Apa tu Bachelor of International Affairs Management????

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian… 
Untuk pengetahuan korang (yang tak nak tahu tu tak apa), aku merupakan salah seorang student yang mengambil course yang aku sebut kat title tu di UUM. Atau dengan perkataan lain course INTAF. Kalau kat UUM, student-student course lain tanya ambil course apa? Cakap INTAF diorang faham lah tu. Perlu ke untuk aku buat entri untuk course ini??Pada aku sangat perlu. Kenapa?? Sila baca dibawah.. 


Pertama, bila makcik-makcik atau pakcik-pakcik kat kampung aku tanya ambil course apa aku akan cakap aku ambil course perhubungan antarabangsa. Lepas tu mesti makcik-makcik dan pakcik-pakcik tu jawab “wahhh…antarabangsa laa.. Mesti kena banyak pergi luar negara nanti kan” 


Kedua, bila kawan-kawan aku dari universiti lain tanya aku ambil course apa. Aku akan jawab aku ambil course International Affairs. Lepas tu mesti diorang tanya aku balik. “tak pernah dengar pun nama course tu, belajar pasal apa ekk??? Kalau dah habis belajar kerja apa ekk??? 


Bila kena tanya camtu rasa macam geram pun ada. Tapi tak kisah la. Sememangnya course aku ni jarang di dengar di Malaysia. Tapi sebenarnya  kalau korang pergi universiti-universiti lain pun banyak juga course INTAF ni. Cuma nama je yang lain. Sebabnya cuba kalau aku cakap aku ambil course Sains Politik. Mesti korang tahu kan..kan2!… 


Sebenarnya course INTAF dengan Sains Politik lebih kurang banyak sama. Sebab sepanjang aku ambil course ni semua subjek yang aku belajar berkaitan dengan politik. Kalau 5 hari aku ada kuliah, 5 hari tu lah aku belajar pasal politik. Best ke belajar pasal politik ni?? Bergantung pada minat la. Kalau korang jenis yang suka berdebat, suka nak ambil tahu pasal isu-isu semasa, suka nak ambil tahu keadaan politik sesuatu negara tu, suka nak selidik pasal orang-orang yang berpolitik ni, silakan lah untuk ambil course ni..huhuu.. 


Aku selalu dengar sesetengah pengkritik kata “politik itu kotor”. Dan aku sebagai seorang student yang belajar politik nak bagitahu yang “politik” itu tak kotor. Orang yang terlibat dalam politik itu juga tidak kotor. Yang kotor adalah orang yang “bermain” politik. Kalau tak faham, fahamkan lagi okeyy!heheh.. Tak nak banyak bebel kali ni. Cukup setakat ini. Panjang umur kita jumpa lagi. 


p/s: Bila cakap pasal politik ni tiba-tiba aku teringat dekat assignment-assignment aku yang berlambak tu.. Bila nak start buat ni..Wahai diri..kenapa kamu malas sangat ni..(T_T)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...