Ujian Itu Indah!

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas kesempatan yang diberikan ini. Terlalu-lalu lama rasanya tidak menjengah blog ini. Tidaklah sesibuk mana tapi mungkin kerana tiada idea dan yang paling penting ketiadaan internet amat-amat menyukarkan aku untuk mengupdate. Dah berangan nak pakai broadband tapi duit pulak TAKDE...so....Tunggu ada duitla yerk.. Sekarang saya adalah penganggur terhormat..^___^ .. Sebelum entri ini menjadi panjang lebar amat-amat ingin sekali aku untuk memberitahu kalian bahawasanya tulisan aku di dalam blog ini akan berubah mengikut mood aku. Jadi janganlah pening kepala bila nampak sekejap aku membahasakan diri "aku" atau "saya". 

**********
Okeylah.. Praktikal pun dah habis. Sekarang aku tengah sibuk mencari peluang-peluang kerja yang ada. Tak kisahlah kerja apapun yang penting halal. Aku pun tak segan silu nak cakap yang aku buat bisnes pisang goreng kat depan rumah. Tapi bukan kat rumah aku, kat rumah keluarga angkat aku. Mula-mula malu-malu kucing jugaklah. Tapi dah lama-lama muka pun jadi muka tak tahu malu. Yang penting duit masuk.huhuuu.. Aku pun tak pernah terfikir akan jual pisang goreng kat depan rumah ni. Semuanya tiba-tiba. Mungkin tuhan nak tunjuk betapa susahnya nak mencari duit. Seriously aku dah merasa. Bukan senang ok. Nak kumpul jadi sepuluh ringgit pun payah. Alhamdullillah, pengalaman ni membuatkan aku lebih menghargai mak bapak aku. Aku jadi kagum kerana walaupun cuma bapak aku seorang yang bekerja dengan gaji yang tak cecah seribu, namun diorang dapat membesarkan kami 6 beradik dengan sempurna. Aku yakin semuanya kerana diorang IKHLAS. Ikhlas dalam membuat apa sahaja. Ikhlas dalam mendidik kami 6 beradik. Ikhlas dalam mencari rezeki yang halal dan yang paling penting ikhlas menghadapi ujian-ujian yang Allah beri. 

Tidak dinamakan "hidup" sekiranya tiada dugaan. Nak dapatkan kehidupan yang indah perlulah bersusah payah dulu. Tapi angan-angan orang sekarang tinggi. Semuanya nak yang indah-indah belaka. Bila tiba-tiba susah mendatang terus jatuh terjelepuk seolah-olah susah tu akan bersama dengan diorang sampai bila-bila. Aku kadang-kadang pelik dengan orang sekarang. Tak boleh susah sikit. Ada je yang mengalah terus. Padahal waktu susah itulah yang akan mengajar kita untuk lebih mengenal erti hidup dan erti bertuhan. Tuhan dah bagi kita peluang untuk muhasabah balik perkara-perkara yang telah kita buat. Mungkin ada silap kita di mana-mana. Kita sepatutnya bersyukur kerana menjadi insan yang dipilih Allah untuk menerima ujian-Nya. Itu petanda yang Allah sayang dan mahu kita membetulkan kesilapan kita. Bayangkan kalau kita terus leka dengan kesilapan kita apakah yang jadi?? Ya Allah!!Tak sanggup nak membayangkan..Terima kasih untuk segala ujian-Mu Ya Allah....

**********
Apa yang aku tulis ni sama-sekali tidak dirancang dan di draf. Tiba-tiba masuk bab ikhlas dan dugaan. Mungkin kerana orang-orang dikeliling aku sedang diuji dengan bermacam jenis ujian membuatkan fikiran aku lebih ke arah itu. Aku sendiri sedang diuji. Tapi mungkin aku sedar yang ujian ini membuatkan aku lebih rapat dengan Allah menyebabkan aku tak terasa beban dengan ujian tersebut. Ya! Tidak mudah untuk ikhlas dan terkadang lupa untuk menahan sabar dengan ujian ini. Tapi keyakinan yang kuat bahawa setiap kesulitan itu pasti terselit kesenangan membuatkan aku mampu menghadapinya hingga hari ini. Kalau kita rasa diri kita sangat susah dan menyedihkan sebenarnya ada orang yang lagi susah dan lagi menyedihkan nasibnya dari kita.  Percayalah!

Sesusah-susah kita, kita masih mampu merasa nikmatnya makanan. Ada orang sampai mati kelaparan kerana tiada makanan. Sesusah-susah kita, kita masih merasa nikmatnya rumah berdinding batu dan beratap. Tapi ada orang terpaksa berbumbungkan langit dan berdindingkan kotak..Ya Allah... Aku bersyukur di atas segala nikmat ini. Nikmat sakit, nikmat susah..kerana dengan nikmat ini mampu membuatkan aku merasa nikmatnya syurga-Mu...Amin...Amiinnn.T_T


p/s: Bersedia untuk temujanji yang ke-4....

Kecil Hati

Bila aku berkecil hati, DIAM adalah penawar yang paling mujarab....
Jadi...jangan bertanya kenapa aku lebih suka memilih untuk berdiam....
Itu tandanya aku mahu mengubat hati yang tengah PANAS!

Kisah Baru I

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menulis di sini. Ketenangan itu masih ku rasa. Niat aku untuk lebih rajin mengupdate blog tidak kesampaian. Idea juga semakin berkurangan. Ya! Aku sangat sibuk menjalani latihan praktikal sampaikan tiada masa untuk menjengah ke sini walaupun sebentar. Bulan lepas langsung tidak merasa cuti Sabtu dan Ahad. Semuanya gara-gara sibuk dengan program jabatan. 

Pengalaman aku membuat latihan praktikal di sini membuatkan aku takut untuk menghadapi situasi bekerja yang sebenar. Takut andai aku tidak mampu membahagikan masa dengan baik. Takut juga sekiranya aku terlalu sibuk dengan kerja sampaikan tidak punya masa untuk diri sendiri dan keluarga. Tapi, siapalah kita yang nak menentukan apa yang akan berlaku pada masa  depan. Yang penting usaha kita pada hari ini yang akan menentukan apa yang akan berlaku esok hari. Aku teringat pada satu kata-kata hikmah. "Esok sudah tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku hari ini, tapi hari ini masih lagi boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok". 

**********

Tidak banyak yang aku boleh coretkan untuk kalian. Sekadar mengisi masa yang masih berbaki. Suasana untuk bekerja juga semakin pudar dek kerana raya yang semakin menghampiri. Bulan Ramadhan kali ini merupakan bulan yang penuh dengan dugaan untuk aku. Mungkin ini peluang yang diberikan oleh Allah untuk aku  menghapus dosa-dosa lama. Tidak ingin sekali aku bersangka buruk. Setiap ujian yang Allah turunkan pasti ada sebab musababnya. Aku pasti. Aku beruntung dan sangat-sangat bersyukur kerana keluarga sentiasa di sisi. Namun aku sedikit terkilan kerana telah banyak menyusahkan mak dan abah. Ingat bila habis belajar boleh la aku tolong sikit-sikit mak dan abah. Tapi belum sempat aku membalas jasa mereka datang pula dugaan sebegini. Takpee...SABAR....

**********

Oleh kerana takut aku tidak sempat untuk membuka blog pada waktu-waktu yang akan datang ingin sekali aku mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Juga selamat menyambut hari raya khas untuk kalian semua. Semoga rahmat Allah swt sentiasa bersama kita semua..Wassalam~~


 
p/s: 7 September 2011.. Temujanji dengan doktor pakar pulak! Mohon doa kalian semua..Hopefully everything going very well.....^____^

Sekadar Melepaskan Rindu..

Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Masih punya waktu untuk melihat wajah-wajah orang yang disayangi. Dan yang paling penting Alhamdulillah kerana masih diberi waktu untuk menghambakan diri pada yang Esa.
Lama aku tidak update blog. Oleh kerana kerinduan jari jemari aku yang meronta-ronta minta untuk dimenarikan di papan keyboard, ku turutkan jua. Aku menangguhkan dahulu kerja-kerja di atas meja semata-mata untuk melepaskan kerinduan ini. Juga semata-mata untuk melepaskan apa yang ada di hati. Tidaklah semuanya, mungkin hanya sedikit. Sekadar berkongsi apa yang dirasa.
**********
Hampir sebulan meninggalkan blog sepi bagaikan tidak bertuan. Kesibukan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar praktikal membuatkan aku kesuntukan masa yang teramat. Di tambah lagi dengan kepayahan untuk mendapatkan kemudahan internet. Betul-betul menyekat niat aku setiap kali ingin mengupdate blog. Walaupun di pejabat kemudahan internet telah tersedia ada, tapi entah kenapa rasa tidak seronok untuk aku gunakan semata-mata untuk mengupdate blog. Mungkin mood untuk menulis itu terganggu dek kerana suasana pejabat yang dikelilingi oleh kerja, kerja dan kerja…
Hampir sebulan juga aku menjalani latihan praktikal di JPNIN Pahang. Bermacam perkara telah aku lalui. Suka dan duka telah aku rasai. Sampaikan tidur malam aku turut terganggu gara-gara memikirkan apa pula dugaan yang menanti esok hari. Namun… aku bersyukur. Masih ada kekuatan dalam kesusahan ini. Semuanya mengajar aku untuk menjadi lebih matang dalam mengharungi hidup. Walaupun ada kesusahan yang mendatang namun semuanya terubat dengan kehadiran rakan sepejabat yang baik-baik semuanya. Kadang-kadang hati tergelak sendiri melihat karenah mereka. Namun, dalam diam-diam melihat mereka tersenyum aku tahu pasti ada terpalit sedikit duka di hati mereka. Lumrah hidup. Bukan setiap masa bahagia di samping. Tiba masa ada juga derita menghampiri. 
Terlalu banyak cerita yang ingin diluah. Tapi hati seakan mahu lagi berahsia. Mungkin di lain entri akan ku luah segala yang dipendam. Atau mungkin tidak. Entah.. aku sendiri tak pasti. Mungkin juga aku akan lebih gigih untuk mengupdate blog selepas ini. Insyaallah.. Akhir kata, terima kasih pada yang masih sudi berkunjung ke sini walaupun tuannya jarang-jarang sekali muncul. Terima kasih juga pada yang sudi menjadi follower. Akan ku follow kembali kalian semua. TQ SO MUCH!..
Mood: Biasa-biasa je….

Sibuknya!!

AKU NAK MENULIS..
TAPI MASA YANG KU PUNYA HANYA SEBENTAR..
SANGAT SIBUK WAKTU INI...
RINDU DENGAN KAMU WAHAI BLOG!!!

p/s: Nak masuk U susah..Nak keluar pun susah..
Macam-macam borang kena isi..Nak packing barang lagi..
Dulu masa awal-awal datang bawa satu beg je..
Tapi bila nak keluar ni alih-alih tengok dah ada  tiga beg!
Adehhh...

Malam ku bermimpi

Klik untuk dengar lagu.


P: Malam Ku Bermimpi
Hai dengan Satu Bintang
Berkata-kataku Di Jendela
Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang
Asmara Bergelora Meresap Ke Dada

L: Malam Ku Terlihat Oh Sekuntumlah Bunga
Baunya Harum Menarik Hati
Tak Sanggup Menahan Rasa Asmara
Meresap Mendalam Menusup Di Jiwa

P: Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

P&L: Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda

L: Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

P&L:Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda 
 -End-

Ohh.. Sangat suka layan lagu nih.. Rasa masam lama-lama gitu.. Tersenyum sorang-sorang bila terlalu menghayati liriknya.. Huhuu... Senang hati sangat gamaknya...Till then.. Jangan biarkan misteri menyelubungi hidup anda! Bahagia-bahagia selalu okeyy...^____^


p/s: Masih berbaki 2 paper.. Tapi kenapa aku rasa macam dah habis ni... hehee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...