Showing posts with label tentang blog. Show all posts
Showing posts with label tentang blog. Show all posts

Tutorial untuk blog

Assalamualaikum semua!

Sejak baru-baru ada blog ni aku dah tak pandang benda lain. Asyik duduk depan laptop je semata-mata nak edit itu, nak edit ini, nak tukar template blog la, nak tukar background blog la, nak bagi ada warna-warna la. Macam-macam sampaikan kepala pun dah serabut. Buat assignment pun tak ada la serabut macam ni. Sebenarnya aku lebih suka kalau blog aku nampak simple dan tersusun. Memudahkan korang nak baca juga kan. Tapi disebabkan kepala aku yang dah pening nak main-main dengan en.html, aku buat keputusan untuk lebih tumpukan perhatian pada entri. Dah penat nak edit-edit. Setakat ini jela yang “budakpandai” ni mampu. Bukan tak boleh nak buat tapi sebab dah tak larat nak menghadap kod-kod en. html ni. Rasa macam seorang hacker pula bila edit-edit kod ni..hehe.. Usaha untuk menaiktarafkan lagi blog aku ni akan disambung bila aku rajin nanti. 

Okey la.. Untuk memanjangkan lagi entri ni aku nak kongsi sesuatu dengan korang. Aku buat blog ni tanpa di ajar oleh sesiapa. Aku cari sendiri kat internet dan cari blog-blog tutorial yang menyediakan tutorial yang sangat mudah untuk di fahami. Berpandukan blog tutorial tersebut, aku boleh tahu macam mana nak improve kan lagi blog aku ni. Contoh, cara tarik pengunjung supaya baca blog kita, cara ringankan blog supaya orang tak menyampah nak tunggu blog kita di loading dan banyak lagi la. Untuk tahu lebih lanjut korang boleh klik link kat bawah ni ok. 
  1. blog tutorial 1 
  2. blog tutorial 2 
  3. blog tutorial 3  
3 blog ni memang aku jadikan sebagai panduan kalau ada apa-apa masalah dan diorang sangat-sangat bagus ok! Kalau korang tak faham atau ada apa-apa masalah pasal blog just tanya je. Jangan malu-malu, jangan segan-segan nanti sesat jalan!heheh.. Jangan risau sebab diorang mesti reply punya. Bila buat blog macam-macam ilmu baru aku dapat. Terima kasih banyak-banyak pada 3 blog di atas. Tapi blog aku ni masih baru, entri pun belum banyak lagi. Akan berusaha dengan lebih gigih lepas ini okeyy! (^____^) Chaiyuk2!! 
p/s: Kali ni entri aku ada motif. Aku nak kenalkan blog-blog tutorial yang dah banyak bantu aku. TQVM!! Dan lagi satu minta maaf la kalau korang sakit mata tengok warna blog aku ni. huhuu

Blog title yang??

Salam..
First, agak-agak pandai sambung title tu sila lah sambung sendiri yer. Macam mana boleh pilih blog title "Hati Ini Milik Mu"?. Aku sendiri tak pasti. Masa tengah sibuk-sibuk nak pilih tu tiba-tiba terlintas nama ni. So teruskan jela. Jangan kata aku jiwang karat sudah. Yang aku maksudkan dengan "Hati Ini Milik Mu" ni adalah pemilik hati ni hanya Allah swt. Dia yang mencipta dan mematikan kita so dah tentulah segala yang ada pada diri kita ni hak  Allah swt. Betul tak? Betul kan!..heee. Sebenarnya nak letak title Blog Budak Pandai sama macam blog address.. Tapi tak nak lah berbangga-bangga bagai. Tak lah pandai mana pun..hihii

Second,  jangan pelik la kalau aku kurang menggunakan bahasa sms di blog ni. Sebabnya itu adalah salah satu teknik aku untuk meramaikan pengunjung. Walaupun ada la juga sikit-sikit terlepas bahasa sms, "takpe" lah.. Dimaafkan..huhuu..kalau nak tahu macam mana cara nak tarik lebih ramai pengunjung atau dengan kata lain "traffic" rajin-rajinlah tanya dengan en.google okay!

Third, blog ini adalah blog bebas. Maksud aku, takda tujuan yang sebenar masa aku mula-mula nak buat blog. Hanya sekadar suka-suka dan suka hati akulah nak buat entry pasal apa pun...(ganasnya ayat)hee.. Blog ini adalah tempat untuk meluahkan perasaan, juga sebagai catatan perjalanan seorang yang bernama "Hamidah Binti Jamal", selain sebagai satu platform untuk berdakwah!(mudah-mudahan)..

Last, merujuk perkara-perkara yang telah dihuraikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa blog ini adalah blog untuk saya menaip apa sahaja yang terlintas di fikiran.(akibat terlalu banyak buat assignment ayat dalam blog pun dah macam ala-ala ayat assignment..heheh)..Akhirulkalam..Sentiasa lah berbahagia dengan apa yang anda ada dan perolehi..(motif?????) hahahha..(gelak beso)

update 1: Blog title sudah ditukar kepada Blog.Budak.Pandai atas sebab-sebab untuk menaiktarafkan lagi mutu blog ini. Sekian terima kasih..hehe

Apa yang perlu ada pada seorang blogger?

Salam...

Berasa sangat penat hanya kerana menyiapkan satu blog yang sangat simple macam ni. Buat assignment pun tak penat sampai lagu ni. Hampir seharian aku bergelumang dengan en.google. Macam-macam perasaan muncul. Marah!geram!sakit hati dan banyak lagi la. Tapi segala perasaan yang hanya boleh membuatkan aku menghidap penyakit darah tinggi tu, akhirnya dibalas dengan kegembiraan dan kemudahan. Terima kasih pada senior-senior blogger yang banyak buat tutorial untuk menghasilkan satu blog yang baik. Ingat!janji Allah itu pasti. Setiap kesusahan pasti dibalas dengan kemudahan.ALHAMDULILLAH..

Untuk seorang blogger baru macam aku, aku dah boleh berpuas hati dengan blog Hati Ini Milik Mu ini. Untuk permulaan aku sudah dikira sebagai BERJAYA!hehe.. Hopefully, lepas ni boleh buat entry yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada semua. Okey! sebelum aku melangkah lebih jauh dalam dunia blog ni, aku nak kongsikan satu artikel yang sangat bagus khusus untuk seorang blogger yang baru macam aku ni. Artikel ni mengenai apa yang perlu ada pada seorang blogger atau dengan kata lain, "Kod Etika Seorang Blogger".

Kod etika yang perlu dijadikan panduan:

* Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.
* Tidak memplagiat hasil tulisan.
* Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.
* Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.
* Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.
* Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.
* Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai
* Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.
* Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...