Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Doa Dari Anakmu...

Dia: nape diam??
Aku: Tak de benda nak dibualkan...
Dia: kalo geram..marahlah..kalo sedih..luahkan...kalo bosan, ckap..
Aku: ................
Dia: -sign out-

***********
Assalamualaikum wbt....
Sesungguhnya aku bukanlah seorang yang mudah untuk dikenali dan difahami. Aku akui itu. Bila ditanya kenapa aku lebih suka mendiamkan diri daripada berkata-kata..aku sendiri tak pasti kenapa. Yang pasti aku lebih suka melihat dan mendengar daripada berkata. 

Pernah sekali seorang rakan bertanya kenapa aku lebih suka mendiamkan diri. Jawapan aku senang, "malas nak bercakap". Tergelak rakan aku dengan jawapan tu. Mungkin dia rasa aku sedang bergurau tapi hakikatnya memang aku malas. Malas untuk berkata-kata. Mungkin juga aku takut andai apa yang keluar dari mulut aku mampu membuatkan sesiapa berkecil hati. Jadi jalan terbaik adalah diam. 

**********

Apapun, Alhamdulillah.. Masih diberi peluang merasa indahnya dunia. Syukur Alhamdulillah.. Tidak ternilai harganya. Namun sahabat dan juga DIRI, indah dunia cukuplah sekadar dimata. Jangan di bawa sampai  ke hati, takut padahnya melarat ke mati.

Masa aku kini banyak dihabiskan di rumah. Memasak, mengemas rumah, mencuci pakaian merupakan rutin harianku. Terkadang mengeluh dek kerana kerja rumah yang tidak akan pernah habis. Tapi bila melihat keadaan mak yang banyak menghabiskan masa di atas katil dan solatnya yang berbangkukan kerusi membuatkan hati aku menjadi sayu. Aku jadi marah dengan diri sendiri. Selayaknya aku dihukum kerana mengeluh dengan ibu sendiri..Maafkan dila mak...T_T

Biarlah sepenat mana, sekurang-kurangnya hati ini teramat senang kerana masih dapat melihat mak menjamah makanan hasil air tanganku. Biar sesusah mana, sekurang-kurangnya aku bahagia bila mendengar gurauan mak terhadap sup aku yang tak berapa nak sedap tu..\\>.<//..

Ya Rabb...
Sembuhkan ibuku...
Gugurkan dosa-dosanya..
Jika memang ini ujian untuk ibuku...
Jangan Kau bebankan melebihi kesanggupannya...
Terima seluruh amal baiknya...
Sayangilah dia..
Ya Rabb...
Hanya pada Mu ku berserah...
Amin...amin...

-Doa dari anak-anakmu-



Mood : Hanya sekadar catatan kosong..Diri ini tenang di sini....

Terima kasih...

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah... Syukur pada Allah untuk segala nikmat ini. Untuk rezeki..kebahagiaan..dan kedamaian ini. Buat keluarga yang sentiasa bersama di dalam susah dan senang. Masih ku ingat sewaktu permohonan ku untuk masuk ke maktab tidak diterima. Keluarga akulah yang menaikkan semangat aku kembali untuk tidak pernah berputus asa. Mereka jugalah yang bersusah payah mengambil bermacam-macam borang permohonan untuk aku memohon di tempat pengajian yang lain. Dan alhamdulillah sekarang aku di sini. Terima kasih mak, abah, along, angah, akak, ali dan pudin. Sayang kamu semua!

Buat teman-teman yang sudi berkongsi suka dan duka. Ain, wani dan dayah jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Sedihnya kita, sedih jugalah korang. Gembiranya kita, gembira jugalah korang. TQ so much! A big hug for all of you my friend!..^___^  Tidak dilupa pada teman-teman lama yang sering bertanya khabar. Aku tetap sama seperti dahulu yang kau kenal. Tiada yang berubah melainkan saiz badan.(kihkihhh :-P)

Buat "kamu" yang kadang-kala ada dan kadang-kala tidak ada. Kadang-kala sejuk dan kadang-kala panas. Kadang-kala sayang dan kadang-kala benci. Walaupun begitu, aku tahu kau sentiasa mengambil berat tentang diri ini. Terima kasih kerana menjagaku sehingga kini. Walaupun jauh di mata namun "kamu" terlalu dekat di hati ini. 

******************************************

Bila aku baca balik ayat-ayat aku di atas muncul perasaan sedih di hati. Betapa sikitnya orang-orang yang hadir dalam hidup aku.....(-_-)

p/s: Hanya sekadar renungan untuk diri sendiri. Walau setinggi mana kita berdiri, walau berjuta duit kita miliki, walaupun berpijak bukan di bumi sendiri. Jangan pernah lupa asal-usul diri.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...