Bila ilmu tanpa amal...

Assalamualaikum wbt...

Terdapat satu kisah dimana seorang pelajar bertanya pada seorang ustaz. 

Ustaz, tolonglah jawab soalan saya. Saya benar-benar inginkan jawapan dari ustaz.

Ustaz itu menjawab..

Tanya sajalah wahai anak murid ku. Andai ada soalan pasti akan ada jawapannya.

Pelajar itu terus bertanya..

Saya agak pelik tentang satu perkara wahai ustaz. Kenapa ramai orang yang ada pendidikan agama yang tinggi boleh terlibat dengan gejala yang sudah jelas-jelas Allah larang. Malah mereka langsung tidak merasa bersalah. Tolong ustaz jelaskan pada saya. Saya benar-benar ingin tahu.


Ustaz itu tersenyum lalu menjawab..

Jawapannya sangat-sangat mudah wahai anak murid ku. Hal ini kerana mereka hanya punya ilmu tapi mereka tidak beramal dengan ilmu tersebut. Ilmu tanpa amal diibaratkan seperti pohon yang tidak berbuah. Berkatnya  ilmu seseorang itu apabila dia beramal dengannya. 

Bukankah orang bijak pandai sudah mengatakan bahawa ilmu tanpa amal itu sia-sia semata. Kamu belajarlah setinggi mana pun. Tapi sekiranya ilmu yang kamu dapat itu kamu tidak amalkan ianya hanyalah sia-sia malah hanya akan menjadi beban untuk mu di akhirat nanti. 


p/s: 
Tempat: Dewan Seminar Kompleks Pusat Islam Baru (UUM)
Tajuk: Rasuah, Islam dan Mahasiswa

First Giveaway Umidanish

Assalamualaikum wbt....
Hari ini tiba-tiba teringin sangat nak join First Giveaway Umidanish ni.. Dan ini kali pertama aku join contest macam ini di blog. Saja nak mencuba nasib mana tahu dapat hadiah tu kan..^__^ 

Okey! Cara-cara nak join senang je. Cuma buat satu entri ringkas, letak banner then link kan ke entri tersebut. Senang je kan!

Nak join?? Klik SINI
Dah siap!^____^

Terima kasih cikgu!

Assalamualaikum kawan-kawan...

Entri ini adalah entri berbentuk ucapan terima kasih tidak terhingga khas untuk sahabat blogger baru iaitu cikgu!. Kenapa aku nak ucap terima kasih kat dia ni?? Okeyy.. Sila tengok gambar dibawah...


Cantik tak?? Cantik kan2...huhu..ni award dari cikgu tanda penghargaan dia pada aku sebab jadi follower dia yang ke-777..Terima kasih cikgu!

Tak cukup dengan award ni cikgu hadiahkan lagi satu banner free untuk aku..(Alahaii..susah-susah je cikgu nila..huhu)..


Comel sungguh kan! Terima kasih cikgu kerana bersusah payah carikan kartun katak yang comel-comel untuk saya...Sangat-sangat menghargainya..

Okeyylahh.. Nak cerita sikit pasal cikgu nie.. Kenapa aku dok panggil dia cikgu dari tadi.. Sebabnya nama blog dia wancikgumuzik so aku pun panggillah cikgu...^__^  Nak bagi korang tengok header blog cikgu nih..

 
Sila klik untuk lebih jelas
Dan untuk pengetahuan korang cikgu ni ambil tempahan untuk buat header and banner. So kalau ada sesiapa yang berminat nak dapat header n banner yang cantik-cantik silalah tempah dengan cikgu  kita ni yerr.. Tak mahal pun. Rm10 je..huhuu...

Then, kat bawah ni aku nak tunjuk bukti-bukti yang menunjukkan bahawa memang cikgu hadiahkan banner-banner tu kat aku..huhuu..Nak tunjuk bukti segalaaa.. Mestila! Nanti kang korang ingat aku nipu plak..Okey2..Layan jela yerk bukti-bukti ni. Dan sebelum terlupa, aku pun tak tahu yang cikgu akan beri hadiah pada follower dia yang ke-777.. Agak terkejut jugalah pada mulanya. Apa-apa pun terima kasih lagi untuk cikgu sebab hadiahkan banner katak yang comel tu ok!..






Cikgu ni orangnya sangat-sangat concern a.k.a perihatin! Sebabnya aku dah la jarang online gara-gara final exam yang dah nak dekat ni tapi cikgu still bersabar menunggu aku..cewahh..huhuu.. Asal aku buka blog dan mesti ada pesanan dari cikgu di kotak shout box.. Terima kasih lagi sekali cikgu!..Semoga ukhuwah berpanjangan ok!..^___^

p/s:
kawan-kawan semua silalah jengah n wajib follow blog cikgu ni ok..Banyak benda menarik korang akan dapat. Sebab apa korang diwajibkan untuk follow blog cikgu?? Sebab Ben Ashaari yang femes itu pun follow cikgu tau!hehe...Hebat cikgu kan! ^____^
 




Sekadar renungan bersama

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah aku masih di sini. Aku masih mampu menaip. Aku masih mampu berfikir dengan baik. Juga masih mampu menggunakan segala nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah... Dua hari aku meninggalkan blog ini tanpa sebarang catatan. Bukan kerana dilanda kesibukan, cuma tiada idea yang dapat aku kongsikan.

Bila seharian tidak menulis rasa jiwa bagaikan sepi. Mungkin rasa ini akan berkurang bila aku sudah bosan dengan alam blog ini. Tapi buat masa ini, izinkanlah aku mencatat segala rasa dan buah fikiran aku di sini. Maafkan aku juga andai terdapat catatan rasa di blog ini yang berbentuk emosi dan peribadi. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang kadang-kala tidak mampu menahan gelodak di hati. Sebagai salah satu terapi diri, blog inilah yang ku cari.

Hari ini tiba-tiba hati terasa seperti ada sesuatu yang perlu aku kongsikan dengan kalian. Semoga ianya dapat dijadikan sebagai peringatan kita bersama.Sedang aku membelek berita harian online di en.laptop, mata aku tiba-tiba berhenti pada satu tajuk yang membuatkan aku berfikir sejenak. 

Aku terfikir apa sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka sehingga meraka sanggup berbuat begitu. Apa yang mereka cari dalam hidup ini. Tidak takutkah mereka dengan azab Allah. Aku teringat kata-kata dari seorang ustaz yang hadir di sini untuk memberi ceramah. 

"Tanda Allah sayang pada kita, bila kita mahu membuat kejahatan akan muncul satu musibah untuk kita. Itu maknanya Allah suruh kita berfikir dan belajar dari musibah tersebut. Tapi tanda Allah tidak sayang pada kita, bila mana kita membuat kejahatan, kita tidak berasa apa-apa. Malah akan mengulangi kejahatan tersebut."

Astagfirullahalazim.. Tiba-tiba hati menjadi sangat-sangat takut. Aku takut bila mana hidayah Allah itu pergi tanpa sempat aku gunakan sebaiknya. Hidayah Allah itu perlu dicari bukan dinanti. Ya! Aku juga teringat dengan satu pesanan dari  seorang yang aku kasihi. 

"Hidayah Allah itu ada dimana-mana. Ia tidak pernah jauh melainkan kita yang jauh darinya"

Benar hidayah itu milik Allah dan Dia lah yang berkuasa menentukan  pada siapa akan diberikan hidayah itu. Tapi usaha untuk mendapatkannya berada di tangan kita sendiri. Bagaimana kita mahu mendapat hidayah Allah sedangkan Al-Quran dan Sunnah yang wajib dijadikan sebagai panduan kita ketepikan. Kita mahukan hidayah Allah, tapi kita sendiri tak berusaha untuk dekat pada-Nya. Sama-sama kita renungkan....

Satu lagi kata-kata beliau yang sentiasa tersemat diingatan. 

"Tidak susah sebenarnya nak menilai seseorang. Lihat saja pada solat 5 waktunya. Jika sempurna solatnya  maka sempurnalah cara hidupnya. Tapi jika solat 5 waktu itu sahaja tidak mampu di jaga maka adalah cacat celanya"

Maksudnya di sini seseorang yang menjaga solatnya pasti mampu menjalani hidup dengan cara yang selamat dan diredhai. Kalau dilihat masalah-masalah sosial yang berlaku sekarang, walaupun pelbagai kempen dan usaha membanteras giat dijalankan tapi masalah ini tidak pernah dapat diselesaikan. Malah semakin berleluasa. Kalian rasa apa sebenarnya yang menjadi punca semua permasalahan ini. Jawapannya adalah solat.

Perkara ini sekiranya diulas dengan Al-Quran dan Hadis maka semakin panjanglah entri ini. Tapi seperti yang aku katakan pada entri-entri yang lepas. Tahap aku bukan di situ. Apa yang aku kongsikan di sini adalah melalui pemahaman aku dan juga pesanan dari orang-orang yang rapat dengan ku. Semoga dengan cara menulis begini akan dapat memberi manfaat pada kita semua. Aku sendiri masih belajar memperbaiki diri. Sama-samalah kita...wallahualam.... 

p/s:

Kalau nak tahu apa yang membuatkan aku tiba-tiba berfikir begini klik  SINI

Seorang yang amat aku kasihi adalah abah aku! Terima kasih abah....

Bahagia


Aku mahu mencatat sesuatu di sini...
Tapi bukan sekarang...
Mungkin di lain hari...
Aku kembali mengarang...

Mood: Aku bahagia dengan apa yang aku yakini kebenarannya..






Kenapa susah nak dapat kerja II

Assalamualaikum wbt..
Entri ini adalah sambungan dari entri yang lepas. Kalau nak baca entri lepas klik SINI . Aku mahu terus menuju kepada tujuan yang asal. Agak kemalasan untuk membuat pendahuluan  yang panjang-panjang ini.

Okey! Tahukah korang semua yang bahawasanya para-para penemuduga kerja ini hanya mengambil masa tak sampai 3 minit untuk membuat keputusan samada diorang mahu ambil korang bekerja ataupun tidak! Sila percaya okey! Benda ini fakta yang aku dapat dari penceramah seminar kerjaya tu. 

Bila fikir-fikir balik dalam masa 3 minit tu tak sempat kot nak bagi diorang tengok sijil-sijil kita semua. So, apa sebenarnya yang diorang tengok dan lihat tentang diri kita sampaikan diorang boleh buat keputusan dalam masa tak sampai 3 minit?

Perkara yang diorang tengok adalah penampilan kita. Terus terang aku cakap kalau diberi pilihan seorang menarik dan seorang lagi kurang menarik yang mana penemuduga akan pilih? Jawapannya sudah tentu yang berperwatakan menarik! Maksud menarik di sini bukanlah bererti korang mesti cantik atau hensem. Tapi cara korang berpakaian, cara korang menjawab soalan dan yang paling penting good manners. 

Aku teringat satu cerita yang penceramah tu ceritakan. Ada seorang lelaki datang ke satu company untuk hadir temuduga. Tapi bila ditanya pasal kelulusan yang dia ada, kelulusan tersebut tidak menepati syarat yang company tu mahukan. Jadi sudah terang lagi bersuluh lah yang lelaki tu tidak akan dapat kerja tersebut. Tapi sangat mengejutkan apabila company buat keputusan untuk ambil dia bekerja walaupun tak punya kelulusan seperti yang disyaratkan.

So!korang tahu apa yang membuatkan company tu terima dia? Semuanya gara-gara salah seorang penemuduga tu ternampak lelaki tersebut mengutip sampah di atas lantai then masukkan sampah tersebut dalam tong sampah.

See?? Walaupun dia tidak ada kelulusan tapi disebabkan dia punya kelakuan yang baik so company tu pun ambil dia bekerja. Satu lagi fakta aku nak kongsi dengan korang, walau setinggi manapun ilmu di dada tapi kalau kelakuan kita buruk, tetap tidak akan kemana. Para penemuduga percaya bahawa orang yang ada kelakuan yang baik pasti akan membawa keuntungan kepada company. 

Ada satu lagi persoalan. Antara orang yang telah berkeluarga dan orang yang masih bujang yang mana ada kelebihan dalam mendapatkan pekerjaan? The answer is orang yang telah berkeluarga! Kenapa? Sebab company percaya bahawa orang yang telah berkeluarga dan berjaya menguruskan keluarganya dengan baik pasti juga mampu untuk menguruskan pekerjaan dengan baik. 

Semua benda ni aku dapat dari seminar tu. Bukan sekadar omong-omong kosong. Penceramah pun bukan calang-calang orang. Semoga apa yang aku kongsikan ni dapat manambah serba sedikit ilmu di dada. Andai ada kesalahan, teguran amatlah dialu-alukan. 

Wassalam~~

Aku adalah seorang aku

Aku adalah seorang aku. Tidak ada definisi yang tepat dapat menggambarkan siapa seorang aku. Kau berhak mengatakan apa sahaja mengenai seorang aku. Tapi walau apa kata kau, aku tetap akan menjadi seorang aku..

Aku hanyalah seorang aku yang punya rasa kasih dan sayang. Juga seorang aku yang punya rasa seperti apa yang kau rasa. Tiada beza antara kita. Yang beza cuma iman di dada...

Aku hanyalah mahu menjadi seorang aku yang boleh kau kasihi dan cintai. Bukan untuk dimusuhi bukan juga untuk ditentangi. Aku juga mahu menjadi seorang aku yang tahu menghargai apa itu kehidupan. Maka benarkanlah...

Seorang aku mahu berhenti di sini...

pinjam dr pakcik google..
Mood: Jiwa kacau-kusut-gilakk-etc....huhuu..(^___^)

Kenapa susah nak dapat kerja?

Assalamualaikum wbt..

Pada mulanya tidak ada niat pun untuk membuat entri hari ini. Sebab kemalasan yang teramat. Tapi disebabkan ada benda yang menarik perhatian aku, so timbullah idea untuk aku kongsikan sesuatu dengan korang semua. 

Minggu lepas adalah minggu yang tidak ada rehat bagi aku. Sibuk dengan kuliah, sibuk juga dengan macam-macam seminar. Dan! (Ini yang aku nak kongsi ini) Seminar yang aku pergi tu berkaitan dengan perancangan kerjaya. Banyak juga ilmu yang aku dapat dari seminar ini. Aku teringat dengan satu soalan yang penceramah tu bagi.

Majikan memerlukan para-para lepasan universiti/kolej untuk mengisi jawatan kosong di syarikat mereka. Tapi kenapa para lepasan universiti/kolej kata mereka susah untuk dapat kerja @ tidak ada kerja kosong untuk mereka?

Aku pun terfikir-fikir. Nape ekk??? Kalau kita tengok sekarang memang banyak jawatan kosong yang masih belum di isi. Tak percaya? Okey..Meh sini aku tunjuk sikit..






See?? Banyak je kan kerja kosong. Aku sendiri akui memang bukan senang nak dapat kerja sekarang ini. Kalau dulu ada segulung ijazah dah boleh nak berbangga tapi sekarang ijazah pun nilainya sama macam SPM. Macam mana tu?? Aku sendiri pun risau macam-mana la pula bila aku dah keluar alam universiti ini. Terus dapat kerja ke?? Tak pun tanam anggur dulu ke?? Aku sendiri tak pasti. 

Tapi! satu benda kita wajib percaya. Rezeki Allah itu sangat-sangat luas. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Bak kata seseorang, hitam putih masa depan kita sendiri yang menentukan. Rahmat Allah itu tidak akan pernah putus untuk hamba-hamba-Nya yang sentiasa berusaha pada jalan-Nya. (niat nak cari kerja sebab apa??fikir-fikir balik..sama-sama kita betulkan niat ok!) ^___^

Sebenarnya aku nak kongsikan sesuatu yang aku dapat dari seminar ini. Tapi nantila aku buat entri baru okey. Bila entri panjang-panjang ni pun payah gak sebab takut orang bosan nak baca..hehee.. Akhirul kalam.. Jumpa di entri yang selanjutnya!

p/s:
Penghuni UUM akan berkurang untuk masa beberapa minggu ini. Masing-masing balik kampung bercuti! Aku je yang masih setia di sini. Selamat bercuti la yerk!..(-_-)






Pilihlah apa saja tajuk yang kalian mahu

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..
ihsan dari pakcik google..
Hari ini tak ada tajuk atau topik yang tepat untuk aku kongsikan dengan kalian semua. Walaupun begitu, jari-jari aku daripada tadi meronta-ronta meminta sesuatu seolah-olah mahu menari di en.keyboard. Hati hanya menurut. Apa yang terlintas difikiran itulah yang akan aku luahkan. 

Hanya sekadar berkongsi setiap apa yang dirasa. Tidak pernah aku memaksa kalian untuk membaca. Jika ada yang sudi membaca terima kasih tidak terhingga. Andai tidak sudi tidak mengapa. Kalian berhak memilih apa yang kalian rasa. 

Maaf andai catatan rasa di blog ini membuatkan kalian berasa entah apa-apa. Apa yang aku tulis adalah apa yang aku rasa. Tidak pernah berniat untuk menyinggung sesiapa. Andai ada yang terasa maaf aku pinta. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa. Tidak terlepas dari khilaf dan dosa. Namun aku sentiasa berusaha untuk menjadi lebih dewasa. Sokonglah aku wahai sahabat-sahabat semua. Maaf sekali lagi pada hati yang terluka. 

Andai ada yang salah, tegurlah. Andai ada yang berkecil hati, berterus-teranglah. Jangan dipendam perasaan marah. Kerana implikasinya amat parah. Dendam itu menyakitkan diri. Dendam itu menghitamkan hati.  Ucapkan kemaafan biarpun tidak melakukan kesilapan. Kerana dengan kalimah itu ia mampu meredakan sebuah kemarahan. 

p/s:
Tidak mahu berkata pada sesiapa, hanya sekadar peringatan untuk diri sendiri. Kita sering memandang kehidupan orang lain sangat membahagiakan sehingga kita lupa dengan setiap apa yang kita ada. Bersyukurlah untuk segala nikmat yang telah diberikan-Nya.

Minta maaf untuk ayat yang terbelit-belit. Harap kalian semua faham dengan apa yang aku nak sampaikan..^___^

Gedik vs Berlagak

Assalamualaikum wbt..
Baru selesai menyiapkan assignment. Penat..penat...dan penat.. Rasa macam dah tak sanggup pula nak menghadap buku-buku. Sangat-sangat kagum dengan orang-orang yang gigih mencari ilmu ni. Bila la aku nak ada semangat macam tu.(-_-)

Untuk entri kali ini aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua. Hanya sekadar pandangan dari seorang yang bergelar "perempuan". Aku teringat beberapa minggu yang lepas bila aku dengan kawan-kawan aku keluar saja dari kelas adala sorang mamat yang tak dikenali tiba-tiba je cakap "baru abis kelas ke???". Oleh kerana kami tak kenal mamat tersebut dan takut-takut bukan kami yang dia tegur so jalan terbaik kami pun buat tak tahu jela. 

Tak lama kemudian, dengarlah suara-suara sumbang yang agak menyakitkan telinga bagi sesiapa yang mendengarnya. "belagak giler...ingat aku nak ngurat ko ape!". Oleh kerana kami rasa ayat tu ditujukan pada kami maka kami pun pandanglah mamat tadi. Memang sah dia tujukan kat kami. Agak panas hati jugalah tengok muka dia. Nak buat macam-mana, kami tak kenal. Kalau kenal tak adala nak buat tak tahu je tadi. 

Okey! Aku rasa ramai je perempuan pernah kena situasi macam ini. Kalau korang kena apa korang jawab balik kat mamat tu??Marah?? Tak pun bagi jelingan tajam??Minta maaf?? atau blahh je dari situ.(kaso sikit ayat!huhu).. Aku pilih langkah yang terakhir sekali. Bak kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak tekan enter & submit macam-mana nak backspace balik?? Even benda tu boleh di delete tapi kenangan itu tidak akan boleh dipadam!(entah pape melalut dah ni..). 

Orang macam itu jangan dilayan. Jika kita layan dia kata kita ni gedik tapi bila tak layan dandan kata berlagak. Jadi! aku tak buat apa-apa pun kat mamat tu. Hanya pandang dia dengan pandangan yang kosong dan terus blahh dari situ. Tak kisah la nak kata apapun. I know myself better. 

Tak layan bukanlah bermakna menyombong diri, bukan juga bermaksud ingin meninggi diri, hanya sekadar ingin menjaga diri dan hati. Kalau dengan member tak ada hal punya. Boleh je nak bual duduk semeja. Tapi ni orang yang tak dikenali.Hmm...Salah ke bila tak balas pertanyaan mamat tu? Aku pun terfikir-fikir.  Sebenarnya aku boleh je datang kat dia minta maaf semua. Tapi disebabkan dia dah terlepas buat sesuatu yang pada aku sangat-sangat tidak matang jadi aku pun blahh jela. Kadang-kadang diam itu perlu! 

So, moral of the story BUDI BAHASA budaya kita!Aku malas nak explain banyak-banyak. Korang faham-faham sendiri la dengan perkataan "budi bahasa" itu...

p/s: Respect urself then others will respect u..

Kahwin lagi..

Assalamualaikum wbt....
pakcik google punya..
Okey! Motif aku letak gambar cincin?? Begini ceritanya. Selesai sahaja kelas yang agak mendebarkan pagi tadi (berdebar sebab kena present tapi slide tak bawa!) aku pun keluarlah kelas dengan perasaan senang hati dan lega. Bernasib baik sebab nama tak dipanggil. Kalau tak naye jugalah. 

Berbalik pada cerita, keluar je kelas aku pun ambil hp tengok kalau-kalau ada mesej sebab aku tengah menunggu balasan mesej dari seseorang. Kalau tak jangan haraplah aku nak belek-belek hp. Sampaikan kalau ada mesej masuk pun aku malas nak baca sebabnya dah tau dari siapa. Siapa lagi kalau bukan en.maxis dan en.celcom. (hampeh). 

Okey! Berbalik pada cerita, bila tengok hp nampak ada satu mesej masuk. Then aku pun bacalah. Mengharap orang yang aku tunggu tu balas. Tapi malang sekali. Bukan orang yang ditunggu-tunggu. Agak hampa disitu. Tak apalah. Baca jela mesej yang entah dari siapa tu. Aku baca sekali lalu je sebab tak tahu dari siapa. Sekali bila aku ternampak perkataan "BERTUNANG" terus bulat mata aku. Aku baca lagi sekali untuk pastikan betul-betul siapa yang hantar mesej ini. 

"salam..upa, aza, yam, phia n midah!aku nak tunang 11/6 nanti..aku tau korang dah abis belaja time tu..so, korang kena datang tau..mekasihh!"

Terkebil-kebil mata aku memandang hp aku yang dah agak buruk tu. Bila tengok senarai nama dalam mesej tu barulah aku tahu siapa yang hantar mesej ini dan siapa yang akan bertunang. Erin! wahh.. Masa tu juga aku call dia untuk pastikan betul-betul. Lupa terus mesej yang aku tunggu-tunggu tadi. Seorang demi seorang ahli group kami nak berkahwin. Sorang dah selamat. Siapa lagi kalau bukan pn.ulfa kita. Lepas erin aku dah boleh agak siapa.heheh... 

Bila cakap soal jodoh ni tiba-tiba aku rasa pening-pening lalat. Umur dah semakin meningkat. Sepatutnya umur-umur camni dah kena mula cari-cari calon. Yeke?? Tu akak ipar aku yang cakaplah. Aku iyakan jela. Malas nak layan sebenarnya...(single is better buat masa sekaranglah kan2..hehe).. 

Akhir kata, selamat bertunang pada sesiapa yang nak bertunang. Selamat mendirikan rumahtangga pada yang nak bernikah tak lama lagi tu. Semoga Allah merahmati kalian. Sebelum terlupa kepada kawan-kawan dan juga diri sendri ini, doa-doalah dari sekarang supaya dipertemukan dengan pasangan yang soleh@solehah dari sekarang. Tak semestinya esok nak kahwin hari ini baru nak doa. Dan tak semestinya belum ada rasa nak berkahwin so tak perlulah nak doa. Berkahwin bukan untuk setahun dua tapi untuk selamanya. Sekian...

p/s: 
Magrib tadi baru aku dapat mesej dari orang yang aku tunggu-tunggu. Tahniah kat MAK sebab berjaya membiakkan ayam-ayam ternakan dia!!hehe..nanti dila balik mesti dah penuh reban ayam tu.(^___^)

Bila cakap pasal ayam tiba-tiba teringat kat en."kamu"..ok kah anda disana? dah balik sana terus senyap ekk..wish u best of luck!

Lelaki jahat

Assalamualaikum...
Sebelum teruskan membaca sila klik lagu dibawah okey. Sebab apa aku suruh korang klik? Sebab aku nak suruh korang dengar satu muzik yang tiap-tiap hari aku dengar ^___^..(aku panggil muzik sebab tak ada lirik..hanya melodi semata-mata)



Tiap kali aku on laptop mesti aku buka lagu ini dulu. Tak tahulah kenapa suka sangat dengar. Bila dengar muzik dia rasa macam ada semangat baru. Okeylah nak cerita sikit mana aku dapat muzik ini. Muzik ini aku mula dengar dari satu cerita korea "Bad Guy a.k.a Lelaki Jahat"...(kantoi suka tengok cerita korea..huhuu. Sebelum tu layan gambar dulu okey!






 

Walaupun tengok banyak kali tetap tak bosan. Drama ni tahun lepas punya. Kalau korang nak tengok satu drama korea yang ada jalan cerita lain daripada yang lain aku cadangkan tengoklah "Bad Guy"! Jalan cerita dia memang berbeza dari drama korea yang aku dah pernah tengok sebelum ini. Its all about revange. Seorang lelaki yang mahu membalas dendam terhadap sebuah keluarga. Tapi kesian! Sebab rupa-rupanya keluarga itu adalah keluarga sebenar dia. Till now, i’m still shock with the ending..Alahai..syedih2...:-(

p/s: Kemaafan adalah dendam terindah! Buat entri ni sambil layan muzik di atas!^___^
     

Terima kasih...

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah... Syukur pada Allah untuk segala nikmat ini. Untuk rezeki..kebahagiaan..dan kedamaian ini. Buat keluarga yang sentiasa bersama di dalam susah dan senang. Masih ku ingat sewaktu permohonan ku untuk masuk ke maktab tidak diterima. Keluarga akulah yang menaikkan semangat aku kembali untuk tidak pernah berputus asa. Mereka jugalah yang bersusah payah mengambil bermacam-macam borang permohonan untuk aku memohon di tempat pengajian yang lain. Dan alhamdulillah sekarang aku di sini. Terima kasih mak, abah, along, angah, akak, ali dan pudin. Sayang kamu semua!

Buat teman-teman yang sudi berkongsi suka dan duka. Ain, wani dan dayah jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Sedihnya kita, sedih jugalah korang. Gembiranya kita, gembira jugalah korang. TQ so much! A big hug for all of you my friend!..^___^  Tidak dilupa pada teman-teman lama yang sering bertanya khabar. Aku tetap sama seperti dahulu yang kau kenal. Tiada yang berubah melainkan saiz badan.(kihkihhh :-P)

Buat "kamu" yang kadang-kala ada dan kadang-kala tidak ada. Kadang-kala sejuk dan kadang-kala panas. Kadang-kala sayang dan kadang-kala benci. Walaupun begitu, aku tahu kau sentiasa mengambil berat tentang diri ini. Terima kasih kerana menjagaku sehingga kini. Walaupun jauh di mata namun "kamu" terlalu dekat di hati ini. 

******************************************

Bila aku baca balik ayat-ayat aku di atas muncul perasaan sedih di hati. Betapa sikitnya orang-orang yang hadir dalam hidup aku.....(-_-)

p/s: Hanya sekadar renungan untuk diri sendiri. Walau setinggi mana kita berdiri, walau berjuta duit kita miliki, walaupun berpijak bukan di bumi sendiri. Jangan pernah lupa asal-usul diri.....

If you love someone...

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah masih lagi berkemampuan untuk menulis di sini. Baru selesai berlatih role play untuk kelas Spanish. Agak penat dan seronok. Ketawa je lebih. Berlakonnya tak pun. Susah rupanya jadi pelakon ini. Ingat lepas habis nak terus tidur tapi tiba-tiba teringin nak surf internet then terjumpalah satu note yang sangat menarik perhatian aku. Tajuk dia IF YOU LOVE SOMEONE.. Aku nak berjiwang sat!^___^


If you love someone because you think that he or she is really gorgeous...
then it's not love... It's ~INFATUATION~...

If you love someone because you think that you shouldn't leave him because others think that you shouldn't...
then it's not love... It's ~COMPROMISE~...

If you love someone because you think that you cannot live without his touch...
then it's not love... It's ~LUST~...

If you love someone because you have been kissed by him...
then it's not love... It's ~INFERIORITY COMPLEX~...

If you love someone because you cannot leave him thinking that it would hurt his feelings...
then it's not love... It's ~CHARITY~...

If you love someone because you share everything with him...
then it's not love... It's ~FRIENDSHIP~...

but.. If you feel the pain of the other person more than him even when he is stable and you cry for him... 
that's ~LOVE~...

If you get attracted to other people but stay with him without any regrets...
that's ~LOVE~...

If you let him go knowing that he has to go but he doesn't want to...
that's ~LOVE~.

Sambil mengadap en.laptop aku terfikir-fikir.......... Apa yang aku fikir aku pun tak tahu... Apa yang sebenarnya aku nak cakap ini... Aku pun tak pasti... Sesungguhnya aku bukanlah orang yang sesuai untuk bercakap soal cinta ini. Sebab aku pun dah lupa rasa bercinta sesama manusia tu macam-mana (means antara lelaki dan perempuan). Kadang-kadang tu pernah jugalah teringat cinta-cinta monyet dulu. Tapi ingat bukan kerana sayang. Hanya kadang-kala aku terkenang..

p/s: hidup ini ibarat air sungai yang mengalir. Kita tidak akan boleh menyentuh air yang sama dua kali kerana arus yang telah berlalu akan terus berlalu tanpa kembali lagi.. So enjoy every moment of life...

Nak makan pun ada protokol ke?

Assalamualaikum wbt.....
Rasa sudah lama sangat tidak update blog . Semuanya gara-gara jadual yang sangat-sangat padat. Sampaikan nak buat satu entri pun tidak sempat. Hari ini nasib baiklah ada masa yang boleh dicuri tapi dengan syarat kena taip cepat-cepat. Kalau tak nanti semua kerja tak jadi nak buat. 

Minggu ini macam-macam seminar aku pergi. Seminar keusahawanan la, diskusi politik la, program praktikum la.. Macam-macam la. Belum lagi dengan kuliah yang tak boleh nak ponteng lagi dah. Sebab dah banyak kali sangat ponteng. Kalau ponteng lagi jawabnya semester depan aku ada lagi la kat UUM ni. 

Yang aku suka bab-bab pergi seminar atau mana-mana program ni adalah makanan dia! Makan memang puas hati. Program dari pagi sampai petang. Pagi-pagi dah tersedia sarapan. Pukul 10:30am ada kudapan. Pukul 1:00 pulak makan tengahari. Petang sebelum balik ada minum petang. Kalau lah tiap-tiap hari macam ni makin membulatlah aku jawabnya. Hancur program diet aku. Bila dah makan banyak-banyak menyesal tapi kalau tak makan lagi lah menyesal. Rugi la kan dah bayar tapi tak makan.huhuu..(alasan)

Nak suruh kome semua layan gambar masa aku n the geng pergi kursus etika dan protokol. Kursus ini wajib di ambil untuk budak-budak course aku. Member-member satu batch semua dah ambil masa sem 3&4. Kami je lewat ambil. 

muka masing-masing dah kenyang..habis-habis je dapat sijil terus!^__^

tension sangat tunggu bas tak sampai-sampai..at last call kereta sapu..

kami dah sem akhir di uum ni!!^___^

makan roti jeke?????

sedap!!tapi cepat muak..

roti dah masuk perott...

yang dinanti-nanti....muncul juga akhirnya!

Sebenarnya kursus ini adalah kursus untuk kita belajar macam-mana etika makan yang betul bila kita berada di dunia profesional. Sangat-sangat berprotokol okey! Dan sangat-sangat tidak nikmat bila kena makan dengan etika dan protokol yang betul. Nak pegang sudu dan garfu pun ada cara dia. Malah nak minum air pun ada etika yang perlu diikut. Sebab tulah kalau kita tengok orang-orang korporat ni bila datang majlis makan punyalah sikit je. Sebabnya makan kat rumah atau kedai mamak juga yang best! 

Okey! Tak nak bebel panjang-panjang. Esok ada role play Spanish. So malam ni kena berlatih habis-habisan.    Nak dapat markah punya pasal. Doakan aku dapat berlakon dengan baik!!huhuu... 

p/s: Antara mayonis dan belacan yang mana akan ku pilih???(-_-!)

UPDATE: untuk "tumbesaran gambar dan view yang lebih cantik" sila right clik kat gambar then open in new tab okey!..^___^

Nothing to say, just......








............................................"kamu" yang merosakkan mood aku.......................................

Peringatan untuk diri ini...

Assalamualaikum.. 

Dah pukul 3:50am. Tapi masih tak tidur lagi. Hanya mengadap en.laptop mencari sedikit maklumat untuk presentation minggu depan. Terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan. Tapi tetap nak tunggu minit-minit terakhir baru terhegeh-hegeh nak siapkan. 

Hari ini tak ada beza dengan hari-hari semalam. Tetap masih di bumi Sintok melihat gelagat manusia yang bermacam-macam ragam. Ada yang mencuit hati, ada yang membuatkan hati ini tersentuh dan ada juga yang membuatkan aku berasa geram. 

Melihat gelagat manusia yang bermacam-macam ragam tu membuatkan aku terfikir yang kita ni semakin lupa dengan hukum agama. Termasuklah tuan punya diri yang sangat-sangat lemah ini. Namun, aku sentiasa mengingatkan diri sendiri, yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk minta agar dijauhkan. Amin-amin ya rabb... Sememangnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Tapi tidaklah salah andai kita cuba untuk mencari kesempurnaan itu demi kehidupan yang indah di akhirat sana. 

Pada aku, hidup ini sangat-sangat mudah untuk kita jalani andai kita tahu di mana kita berada dan apa matlamat kita. Itu adalah apa yang aku fikir. Dan perlu di ingat kalau nak di ikutkan fikir, semua orang boleh fikir macam apa yang aku fikir ini. Tapi nak buat tu yang susah. Aku sendiri pun mengakuinya. 

Tidak mudah untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan tetap lagi-lagi kalau benda tu tidak selalu kita buat. Tapi cubalah! Aku sendiri masih mencuba dan terus mencuba. Nak tak nak tetap kena paksa diri. 

Walaupun kadang-kala rebah tapi bila memikirkan nafas yang boleh terhenti bila-bila masa menjadikan aku takut! Sangat-sangat takut.  Tak dapat aku bayangkan andai kata nafas aku terhenti dalam keadaan aku tidak bersedia. Ya Allah...Ya Allah.. Aku berlindung kepada Mu!

Tidak mahu aku kenang apa yang telah terjadi. Dan tidak juga aku mahu bertanya apa yang akan berlaku esok hari. Yang penting adalah hari ini. Kerana hari ini akan menentukan di mana aku esok hari. Kerana hari ini jugalah yang akan memperlihatkan adakah aku berjaya berjuang dalam hidup ini. 

p/s: Jangan ditanya apa kata orang... Tapi tanyalah apa kata ALLAH....
        Mencari redha ALLAH itu yang utama.....
        Masih memperbaiki diri sendiri...... (-_-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...