Masa yang berlalu begitu pantas..
catatan rasa cik dila at Wednesday, March 30, 2011 10 comments
Labels: hari lahir, kembara hidup
Kembali berblogging!
catatan rasa cik dila at Wednesday, March 30, 2011 5 comments
Labels: kembara hidup, muhasabah diri
Layan lagu sat!
Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab
*
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku
Reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Repeat *
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu
p/s: Bila dengar lagu ni mesti senyuummmm je memanjang!..(^______^)
Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab
*
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku
Reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Repeat *
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu
Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab
*
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku
Reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Repeat *
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu
Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab
*
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku
Reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Repeat *
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu
catatan rasa cik dila at Sunday, March 27, 2011 0 comments
..............
catatan rasa cik dila at Saturday, March 26, 2011 2 comments
Labels: kembara hidup
Aku dan “KAMU”
NAMUN…......
catatan rasa cik dila at Saturday, March 26, 2011 8 comments
Labels: kembara hidup, kenangan
Apa tu Bachelor of International Affairs Management????
Pertama, bila makcik-makcik atau pakcik-pakcik kat kampung aku tanya ambil course apa aku akan cakap aku ambil course perhubungan antarabangsa. Lepas tu mesti makcik-makcik dan pakcik-pakcik tu jawab “wahhh…antarabangsa laa.. Mesti kena banyak pergi luar negara nanti kan”
Kedua, bila kawan-kawan aku dari universiti lain tanya aku ambil course apa. Aku akan jawab aku ambil course International Affairs. Lepas tu mesti diorang tanya aku balik. “tak pernah dengar pun nama course tu, belajar pasal apa ekk??? Kalau dah habis belajar kerja apa ekk???
Bila kena tanya camtu rasa macam geram pun ada. Tapi tak kisah la. Sememangnya course aku ni jarang di dengar di Malaysia. Tapi sebenarnya kalau korang pergi universiti-universiti lain pun banyak juga course INTAF ni. Cuma nama je yang lain. Sebabnya cuba kalau aku cakap aku ambil course Sains Politik. Mesti korang tahu kan..kan2!…
Sebenarnya course INTAF dengan Sains Politik lebih
Aku selalu dengar sesetengah pengkritik kata “politik itu kotor”. Dan aku sebagai seorang student yang belajar politik nak bagitahu yang “politik” itu tak kotor. Orang yang terlibat dalam politik itu juga tidak kotor. Yang kotor adalah orang yang “bermain” politik. Kalau tak faham, fahamkan lagi okeyy!heheh.. Tak nak banyak bebel kali ni. Cukup setakat ini. Panjang umur kita jumpa lagi.
p/s: Bila cakap pasal politik ni tiba-tiba aku teringat dekat assignment-assignment aku yang berlambak tu.. Bila nak start buat ni..Wahai diri..kenapa kamu malas sangat ni..(T_T)
catatan rasa cik dila at Saturday, March 26, 2011 6 comments
Labels: kembara hidup, politik
Skrin Laptop Rosak?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…
Apakah punca skrin anda rosak? Bagaimanakah cara untuk menjaga skrin laptop supaya tahan lama? Dan bagaimanakah cara untuk anda tahu samada skrin anda yang rosak atau motherboard yang rosak?....... Apa macam?? Ada gaya-gaya macam seorang pe"repair” laptop terhandal tak??? hahahh.. Minta maaf la banyak-banyak. Saja nak jadi seorang yang poyo sekejap. Untuk mengelakkan masa aku terbuang begitu sahaja baiklah aku buat satu entri untuk korang baca. (ada orang baca ke??) Tolonglah baca okey..hehee
Korang ada pengalaman skrin laptop rosak tak? Kalau ada berapa yang korang kena bayar untuk gantikan skrin yang baru? Sepanjang aku hidup sama-sama dengan laptop aku ni, cuma sekali je dia buat hal. Bila format dah ok balik. Aku tak kisah kalau kena format sebab data-data semua memang awal-awal dah siap backup. Tapi kali ni penyakit dia memang sangat-sangat serius. Aku punya skrin laptop main kenyit-kenyit mata dengan aku. Mula-mula aku dapat detect skrin aku problem bila ada garis-garis warna-warni keluar dekat paparan skrin. Aku biarkan dua tiga hari nak tengok mana la tahu esok-esok hilang ke kan. After seminggu alih-alih aku tengok bukan setakat garis-garis warna-warni yang keluar malah skrin aku tu berkelip-kelip. Cuba korang kelipkan mata korang. Haaa..macam tu lah gamaknya. Sampaikan kepala aku pun pening tengok skrin aku ni.
At last, aku pun buat keputusan untuk hantar kedai. Sebelum tu aku search dulu kat pakcik google apa sebenarnya masalah laptop aku ni. Dari maklumat-maklumat yang aku dapat memang sah lah skrin aku yang problem. Then aku survey la harga untuk baik pulih dan harga untuk ganti skrin baru. Ya Allah! Mahalnya! Mahal pun mahal la. Yang penting kamu cepat-cepat sihat yer en.laptop. Sekarang bila dah hantar kedai dan ganti skrin baru rasa macam dapat laptop baru pun ada sebab aku suruh abang kedai tu cuci sekali kipas laptop aku ni. Biasalah pakai pun dah 3 tahun habuk dah berkumpul-kumpul. Bila on tu bunyi bising je kan. Bila dah cuci ni senyap sikit.
Dekat sini aku nak pesan pada korang semua terutamanya kaum-kaum hawa ni. Kalau ada apa-apa problem dengan laptop janganlah terus hantar kat kedai. Senang-senang je kena tipu nanti. Internet kan ada. Gunakan sebaik-baiknya. Tanya dulu kat pakcik google apa sebenarnya masalah laptop korang tu. Selain tu tanya pada orang-orang yang lagi arif bab-bab macam ni. Minta pendapat dari sesiapa dulu okey! Aku nak share kan 1 blog dan 1 website yang boleh korang buat rujukan kalau ada apa-apa masalah pasal laptop ke, netbook ke dan lain-lain. Dan yang bagusnya diorang ni orang melayu. Sokong bisnes MELAYU!!! Kalau nak tengok just klik okey! (^___^).. Sebelum tu nak bagi korang tengok skrin aku yang lama. Bila tengok gambar macam tak ada apa-apa yang rosak je kan. Simpan buat kenangan je la..
1: nuzulquran.com 2: Wangsamaju computer repair
p/s: Sentiasalah belajar untuk menghargai sesuatu sebelum ia hilang dari pandangan mata kita....
catatan rasa cik dila at Friday, March 25, 2011 9 comments
Labels: macam-macam ada, masalah laptop
Jangan persoalkan takdir ALLAH
Assalamualaikum…
Kali ni tajuk entri aku agak serius bunyinya. Memang kena serius dalam hal-hal macam ni. Dan ini juga adalah salah satu sebab kenapa aku buat blog. Untuk sampaikan sesuatu perkara yang tak dapat aku sampaikan secara berdepan. Blog inilah sebagai salurannya. Ini adalah kisah benar yang berlaku beberapa minggu yang lepas. Teruskan membaca okey!
Satu hari tu aku terbaca satu post kawan aku kat facebook dia. Aku dah lupa ayat-ayat dia. Tapi lebih kurang macam ni la bunyinya. “Sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang Allah takdirkan untuk kita”. Kalau tuan punya facebook baca tolong betulkan ayat di atas yer. (tapi ala-ala macam ni la kan maksudnya..heeee). Lepas tu aku pun komen kat post tu. Sangat-sangat ringkas aku komen “takdir ALLAH penuh HIKMAH”. Then, tak lama kemudian ada kawan-kawan yang lain turut serta komen. Dan bila aku baca komen-komen tersebut, hati aku betul-betul terkilan, sedih dan kasihan… Antara komen-komen yang aku ingat adalah:
“Allah tak adil sebab bagi nasib yang berlainan terhadap hamba-hambanya”
“aku tak nak jadi jahat, tapi Allah dah takdirkan aku untuk jadi jahat. Lepas tu kat akhirat nanti aku masuk neraka kena azab dengan Allah. Padahal bukan aku yang nak jadi jahat tapi Allah dah takdirkan camtu. Camne tu?”
“Seorang kaya dan seorang lagi miskin. Yang kaya memang sangat beruntung sebab memang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya. Yang miskin pula perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi kaya. Dan kadang-kadang walaupun dah berusaha bersungguh-sungguh tapi tetap miskin. Kenapa Allah nak susahkan hamba-hamba dia?”
Sebelum aku teruskan entri ni aku nak korang semua beristighfar banyak-banyak.Astagfirullahalazim…Astagfirullahalazim….Astagfirullahalazim!!! Diorang mengatakan bahawa tujuan diorang timbulkan pertanyaan seperti di atas bukanlah bermaksud nak mempertikaikan atau mempersoalkan apa yang Allah dah buat. Hanya nak mencari suatu kebenaran dan kepastian.
Okey! Pada aku pula, tak ada apa yang perlu kita ragui dengan Allah. Malah tak sepatutnya timbul persoalan kenapa Allah buat macam ni, kenapa Allah buat macam tu. Seorang Islam sepatutnya percaya dan amat-amat yakin pada takdir Allah. Jalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Kita ni hanya seorang hamba. Hamba yang telah Allah ciptakan dengan sempurna tanpa cacat cela dan telah dibagi bermacam-macam nikmat. Nikmat untuk melihat, nikmat untuk bercakap, nikmat untuk makan dan banyak lagi. Apa lagi yang kita nak. Andai kata Allah minta kita membalas balik nikmat-nikmat yang Dia dah bagi kat kita, tak kan mampu kita untuk membalasnya.
Di sini aku bagi satu contoh, katakanlah Ahmad seorang pembuat anak patung. Bila patung tu dah siap, Ahmad letakkan patung tersebut di dalam sebuah kotak. Esoknya Ahmad keluarkan patung tersebut untuk di letak di atas meja. Esoknya lagi Ahmad rasa patung ciptaannya tu perlu diubah bentuknya dan Ahmad pun ubahla patung tersebut. Kenapa Ahmad nak ubah patung tu? Sebab bagi Ahmad patung tu akan nampak lagi cantik bila diubah. Macam tu jugalah antara kita dengan Allah. Allah yang menciptakan kita jadi bergantung kepada Allah nak buat kita macam mana pun. Segala yang kita ada sekarang ni pun hanyalah pinjaman semata-mata.
Allah juga tak pernah nak menyusahkan hamba-hambaNya. Setiap takdir Allah pada kita sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Percayalah. Andai kata dilanda ujian atau musibah anggaplah ianya sebagai teguran dari Allah supaya kita lebih menghambakan diri padaNya. Kenapa Allah tegur? Sebab Allah sayangkan kita dan supaya kita tak terus leka dengan keseronokan dunia. Apa yang aku kongsi kan kat sini adalah dari sudut pandangan aku sendiri dan juga hasil pertanyaan aku kepada seorang sahabat yang lagi arif tentang hal agama. Aku tak mampu nak bagi dalil-dalil yang berkaitan sebab tahap aku bukan di situ. Andai kata ada silap di mana-mana tolong betulkan okey.. Pembetulan dari anda sangat di alu-alukan. (^____^)
Akhir sekali aku harap sangat-sangat korang baca satu artikel yang lagi mantap sebagai panduan dan penaik motivasi korang semua. Klik (di sini) untuk baca artikel tersebut. Dan petikan ini aku ambil dari artikel tersebut.
“Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”
p/s: Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu...
catatan rasa cik dila at Thursday, March 24, 2011 5 comments
Labels: kembara hidup, muhasabah diri
Bau durian itu...
catatan rasa cik dila at Thursday, March 24, 2011 0 comments
Labels: macam-macam ada
Cara ajar anak cepat bercakap
- Biasakan berbual dengan anak-anak. Sejak hari pertama dia lahir bercakaplah dengan mereka. Walaupun diorang belum lagi faham apa yang kita sampaikan, sekurang-kurangnya diorang masih lagi boleh mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut kita. Kenapa aku cadangkan macam tu? Sebabnya aku selalu tengok abang-abang aku, akak aku dan akak-akak ipar aku berbual dengan anak-anak diorang. Masa diorang berbual dengan anak-anak diorang, aku perhatikan anak buah aku tu asyik tengok je mulut diorang. Mungkin anak buah aku pelik kenapa la benda tu asyik buka tutup je kan. Lepas tu mulut anak buah aku pun muncung-muncung la konon nya nak ikut mak ayah diorang bercakap juga. Tapi kesian, hanya dengar suara je tanpa kata-kata.huhuu.. Hasilnya anak buah aku memang cepat bercakap! Tapi bila dah pandai cakap tak berhenti lah pula cakapnya. Layankan jela.
- Rajin-rajinlah nyanyikan diorang lagu. Pastikan lagu yang mudah-mudah dan enjoy. Kenapa? Sebabnya aku selalu tengok akak aku nyanyikan lagu untuk anak dia. Lagu apa? “Twinkle Twinkle Little Star” ..heheh. Sampaikan aku pun dah terikut nyanyi sekali. Apa rasional nya nyanyi lagu depan anak-anak ni? Setakat yang aku perhatikan bila akak aku nyanyi kan lagu tu untuk anak dia, anak dia mesti ikut. Tak dapat ikut dengan mulut, dia akan goyangkan badan dia. Aku pernah jaga anak akak aku yang bernama Aqilah ni. Masa tu tak ada sapa nak jaga dia sebab akak aku kena kerja dan tak sempat nak cari orang untuk jaga. Then aku pun tawarkan la diri untuk jaga Aqilah ni sebab kebetulan masa tu tengah cuti semester. Akak aku di Selangor dan aku di Segamat. Korang bayangkanlah betapa jauhnya Aqilah ni merantau jauh dari ummi dan ayah dia dengan umur dia yang lagi sebulan nak setahun tu. Tapi dia steady je masa akak aku nak tinggalkan dia. Tak nangis pun. Akak aku rajin telefon semata-mata nak dengar suara si Aqilah ni dan yang paling aku tak boleh lupa, bila dia dengar suara akak aku nyanyi lagu kesukaan dia tu terus je dia goyangkan badan dia. Dia tahu okeyy tu ummi dia!! Bila aku nyanyi tak ada pula dia nak goyang-goyang badan.hmmmm..Selain tu dengan nyanyian diorang akan lebih cepat hafal. Nyanyi lagu baik-baik la yer..
- Jangan biasakan cakap pelat-pelat dengan anak. Makan jangan disebut “mamam”. Susu jangan disebut “cucu”. Biasakan sebut perkataan dengan betul. Bukan apa, budak-budak kecil ni sangat-sangat cepat belajar dan ingat. Diorang akan ikut setiap perbuatan dan percakapan kita. Contoh anak buah aku yang bernama Qayyum tu, masa kecil-kecil lagi dah pandai ajuk-ajuk orang. Kalau tengok orang suap makanan dalam mulut, dia pun ikut suap. Padahal kat tangan tak ada makanan pun. Lagi satu, kalau anak-anak suka cakap pelat-pelat, selalu lah betulkan. Kena rajin okey! Selalu ingatkan diorang cara sebutan yang betul.
- Sentiasa dedahkan anak-anak dengan perkataan yang baru. Tiap-tiap hari okey!. Banyak faedahnya. Contoh, satu hari tu aku pergi jalan-jalan dengan family aku kat Melaka. Abah aku teringin sangat nak naik Menara Taming Sari so kami sekeluarga pun beli la tiket yang sangat-sangat mahal tu. (nasib baik abah yang bayar..hehe). Nak dipendekkan cerita masa dah kat atas menara tu, anak buah aku yang bernama Ain ni sebut satu perkataan yang aku tak faham sambil jari telunjuk dia tunjuk ke arah manusia-manusia yang sedang seronok berenang kat swimming pool. Rupa-rupanya dia sebut perkataan “fish”. Dari atas menara nampak macam ikan kat dalam tasik la..huhuuu.. Masa tu baru aku tahu yang abang dan akak ipar aku rajin sebut perkataan benda-benda ataupun binatang dalam bahasa inggeris. Korang faham tak apa yang aku cakap tu. Maksud aku, bila depan Ain ada katak ataupun gambar katak, dandan dia sebut “frog”. Bila dia nampak bola dia akan sebut “ball”. Sebabnya dari kecil dah di ajar macam tu.
catatan rasa cik dila at Thursday, March 24, 2011 2 comments
Labels: kembara hidup, tips penjagaan anak
Tutorial untuk blog
catatan rasa cik dila at Wednesday, March 23, 2011 0 comments
Labels: tentang blog
Hamidah@Dila@budakpandai
Sila baca betul-betul.. Bahaya pada barang siapa yang tak baca betul-betul..hihii
Entri ni khas cerita pasal aku je. Tak ada kena mengena dengan orang lain samada yang masih hidup ataupun tak. Ramai member-member tanya kenapa family aku panggil aku dengan nama dila sedangkan nama dalam kad pengenalan aku hamidah. Bahkan bukan family aku je yang panggil aku dengan nama dila ni. Sedara mara, orang kampung dan ramai juga member-member masa sekolah dulu panggil aku dengan nama dila. Okey! terus menuju pada matlamat yang satu. Kenapa nama aku boleh berubah dari hamidah jadi dila.heheh… Alkisahnya bermula di sini..
Masa sesi pengenalan diri dengan kawan-kawan kat sekolah rendah dulu, aku pun sibuk la juga nak kenalkan diri aku ni dengan budak-budak lain. Nak kata peramah tak juga lah. Tapi aku ni jenis rimas bila tengok orang senyap-senyap sangat ni. Rasa gatal je mulut ni nak bertanya.heheh.. So langkah pertama aku cari la budak-budak yang agak penyenyap ni dengan tujuan untuk cari kawan nak bual-bual. Kenapa aku cari budak-budak yang penyenyap ni?? sebabnya kalau aku cari budak-budak yang banyak cakap ni automatically aku pula yang akan jadi penyenyap!hahah..
Bila dah jumpa sasaran aku pun terus buka langkah. Tanya ala-ala macam ni.."err…nama awak sape ekk” Budak tu pun tersengih-sengih nak jawab soalan aku. Yela..baru masuk sekolah kan. Malu-malu la sikit. Bila da lama masing-masing tunjuk belang. ok! berbalik pada soalan tadi, bila budak tu dah bagi tahu nama dia, aku pun dandan tu terus bagi tahu nama aku. Ala-ala macam ni la bunyinya.."nama kite hamidah tapi mak kite panggil kite dila..heee” (padahal budak tu tak tanya pun mak aku panggil aku nama apa). Bila aku jawab macam tu budak tu pun buat muka ala-ala terkejut sambil bertanya balik kat aku.."eh..nape mak awak panggil awak dila..jauhnye beza hamidah ngan dila”.. Bila dia tanya macam tu aku pun jawab la balik.."suke ati mak kite la nak panggil kite ape pun..mak kite, bukan mak awak!”..okey..sila jangan percaya yerr.. Tak tergamaknya aku nak jawab macam tu..huhuu.. Aku jawab macam ni la “kite pun tak tau la nape mak kite panggil dila..nanti kite tanye mak kite ekk” okey..perbualan kami tamat di situ sebab cikgu kelas kami dah masuk. Tapi persoalan budak tu menyebabkan aku tak boleh tumpukan perhatian sepenuhnya masa belajar. Aku nekad untuk tanya kat mak aku balik sekolah nanti.
Bila dah sampai rumah, aku relaks-relaks dulu..makan dulu..mandi dulu..pergi sekolah agama belah petang dulu..balik sekolah agama aku tidur dulu..then malam tu baru aku menempel kat mak aku untuk bertanyakan soalan cepumas tu. Sebelum tu aku pastikan dulu abah tak ada kat situ..sebabnya aku ni takut sikit banyak dengan abah aku ni.huhuu..soalan aku ala-ala macam ni la.."mak, camne name org (dulu bahasakan diri “org” dengan mak) boleh jadi ke hamidah??nape orang-orang kat sini sume panggil dila, bukan hamidah?? nape mak??..aku bertanya dengan nada ingin tahu…"sebabnye ko kan anak angkat..mak amik ko dari org indon mane ntah!!” erkk??? suara yang sangat-sangat aku kenal. Akak aku la!.tiba-tiba je ada. Tadi tak ada pun!! Bila aku dengar jawapan akak aku tu terus aku pandang mak aku. “betul ke mak?????” (sedih….). Mak aku yang agak terperanjat dengan jawapan akak aku tu terus ketawa..akak aku pun ketawa juga!. Drama apakah ini..Rasa macam nak keluar dari rumah tu tang tu juga.. Nasib baiklah mak cepat-cepat cakap yang jawapan akak aku tu tak betul pun! Saja nak bergurau..(lega)..
Lepas tu mak pun cerita la kat aku macam mana boleh munculnya nama dila ni. Mak cakap, dulu masa aku kecil aku sakit. Selalu menangis melalak-lalak tak berhenti..(kecik-kecik dah menyusahkan orang tua aku ni T_T..)Bila selalu sangat macam tu mak aku pun bawa la aku jumpa seorang ustaz. Nak dipendekkan cerita, ustaz tu suruh tukar nama atau dengan kata lain panggil dengan panggilan selain hamidah. So dari situlah munculnya nama dila. Sejak bayi lagi aku dah dipanggil dengan nama dila sampai la sekarang. Abah aku pernah la cuba untuk panggil nama sebenar aku hamidah sebab dia kata nama dila tak ada maksud, tapi sekejap je..lepas tu lupa, panggil dila balik. Mungkin sebab nama dila ni dah terlalu sebati dengan diri aku. Jadi…Begitulah kisahnya..
Bila dah besar ni aku pernah la search kat internet kes-kes yang sama ala-ala kes aku ni. Dan antara sebab musabab yang aku dapat la kan..antaranya mungkin sebab nama hamidah tu tak sesuai dengan aku, selain tu dulu pun seorang ustaz aku pernah cakap kalau nak bagi nama kat anak jangan bagi nama-nama yang berat maksudnya takut-takut si anak tak mampu nak bawa. kalau korang nak lagi faham apa maksud ustaz aku tu pandai-pandai la korang cari sendiri ok. Aku pun tak berani nak explain lebih-lebih sebab aku bukan ahlinya. Dan…..aku pun pernah la terfikir, maksud nama hamidah tu “yang terpuji”..adakah diri aku ni tak mampu nak bawa maksud “yang terpuji” tu??? Aku pun tak pasti. Untuk lebih selamat dan mudah, jangan fikir benda-benda macam ni. Allah lebih mengetahui dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.. Tamat di sini cerita pasal hamidah a.k.a dila..
Rasa macam panjang sangat pula entri ni. Belum cerita pasal hamidah a.k.a budakpandai lagi. Oleh sebab jari aku dah lama sangat bermain-main di en.keyboard ni, aku buat keputusan untuk berhenti di sini. (penat arr).. Lain kali la aku sambung okey!..Akhir kata………………selamat maju jaya kepada semua!!!motif????hahahaha..(nak suruh korang ketawa sbenonye..ketawe tak???ala ketawa laa..plzzz……..=)
p/s: penyenyap=pendiam, dandan=masa tu juga(aku pun tak pasti sangat..tapi dah biasa sebut sejak-sejak duduk kedah ni..hehe), menempel=dekat-dekat/melekat
catatan rasa cik dila at Wednesday, March 23, 2011 2 comments
Labels: kembara hidup
Pesan Seorang Abah
Sekolah menengah: Permintaan adik untuk mahu masuk ke sekolah berasrama telah abah izinkan. setiap kali hantar adik balik ke asrama, dalam kereta mesti abah akan ingatkan adik supaya jaga sembahyang, sembahyang di awal waktu, banyakkan berzikir dan selawat. abah selalu cakap abah tak minta apa-apa dari anak-anak. tak minta duit, tak minta belikan hadiah besar-besar. yang abah minta cuma satu iaitu doakan kesejahteraan abah dunia akhirat tiap-tiap kali lepas sembahyang. masa ini semuanya terjaga sebab adik terikat dengan peraturan asrama yang mewajibkan sembahyang berjemaah tiap-tiap waktu.
Universiti: Ditakdirkan semakin lama adik semakin jauh dari abah. bila adik masuk universiti, abah selalu pesan dekat adik supaya libatkan diri dengan ceramah-ceramah agama dan usrah. abah ada bagi adik satu buku khas untuk adik baca tiap-tiap lepas sembahyang maghrib. abah pun selalu sangat ingatkan adik supaya adik kaitkan setiap perbuatan yang adik buat dengan sunnah nabi. abah kata tak susah mana nak buat. masa makan, masa tidur, masa potong kuku, masa masuk tandas semua tu kita boleh kaitkan dengan sunnah nabi. abah cakap kalau dah biasa buat benda ini secara tidak langsung akan sebati dengan diri kita.
Abah, tahukah dikau anakmu ini sangat takut menjalani hidup di tempat orang ini. hanya berbekalkan pesanan yang abah bagi adik jadikan sebagai peringatan dan panduan. NAMUN…..anakmu ini semakin lalai dan leka. zikir yang abah ajar masa adik kecil-kecil dulu adik dah tak amalkan. pesanan abah supaya adik sembahyang di awal waktu juga jarang-jarang adik amalkan.ya Allah…. buku yang abah bagi pada adik hanya tersusun rapi di atas meja tanpa di sentuh. adik lebih senang pergi ke mesyuarat-mesyuarat program dari pergi ke masjid mendengar ceramah agama.adik malu dengan diri sendiri, malu dengan abah dan sangat-sangat malu dengan Allah. seorang anak yang telah dididik dengan ilmu agama yang cukup lebih senang memilih keseronokan dunia berbanding akhirat.. YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH!
catatan rasa cik dila at Wednesday, March 23, 2011 2 comments
Labels: kembara hidup, muhasabah diri
Khas buat kamu Cik Salwani!
catatan rasa cik dila at Wednesday, March 23, 2011 2 comments
Labels: hari lahir
Blog title yang??
catatan rasa cik dila at Tuesday, March 22, 2011 0 comments
Labels: tentang blog
Apa yang perlu ada pada seorang blogger?
catatan rasa cik dila at Monday, March 21, 2011 2 comments
Labels: tentang blog
My First Entry...
catatan rasa cik dila at Sunday, March 20, 2011 2 comments
Labels: kembara hidup